PANAS BERAPI! INI AHLI PARLIMEN BUKAN BERMUSIM TETAPI IKHLAS BERJUANG UNTUK RAKYAT!


SINDROM baru nak tunjuk muka di kampung-kampung daerah pedalaman melanda pemimpin pembangkang sejak kebelakangan ini dan tidak terkecuali di Baling.

Maklumlah, dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang, apa yang penting bagi pembangkang adalah menghemoikan diri ke kawasan-kawasan itu untuk meraih undi.

Walaupun sebelum ini nama-nama kampung itu barangkali tidak pernah diketahui mereka apatah lagi mengingati nama orang-orang kampung di situ.

Namun strategi lapuk yang digunakan secara bermusim itu kelihatan agak menjengkelkan apabila digunakan di Baling yang pernah mendapat jolokan daerah paling bahagia di Malaysia pada 2014.

Kenapa tidak? Pemimpin yang ligat turun padang sepanjang masa adalah Ahli Parlimennya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang lebih dikenali sebagai Tok Azeez dalam kalangan penduduk kampung.


Cubalah bertanya kepada wartawan yang sering mengikuti Tok Azeez, apa masalah penduduk kampung yang tidak berada dalam radarnya malah jika ada dapur orang kampung yang tidak berasap pun pasti akan tiba bantuan.

“Tok Azeez ni sangat sensitif dengan masalah orang kampung, orang susah. Pantang dengar cerita orang susah pasti turun kalau tak ada di kawasan pun beliau hantar orangnya.

“Ibaratnya, orang kampung adalah paha kanannya, cubit sikit paha kirinya pun terasa juga,” akui seorang rakan wartawan.

Kebajikan penduduk tidak pernah dilupakan Ahli Parlimen itu tanpa menggira batas politik, kaum mahupun bangsa itu termasuk di kawasan ‘hitam’ untuk pemimpin Barisan Nasional (BN) di situ seperti Kampung Memali.

Apa yang lebih penting kebajikan penduduk ini diberikan secara berterusan tanpa menggira masa dan bukan bermusim terutama ketika pilihan raya umum sahaja.

Selain itu, pembangunan Baling juga diberi penekanan oleh BN termasuk tiga projek besar iaitu masjid daerah Baling, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan hospital pakar.


Kewujudan pusat pengajian seperti UiTM dan hospital baharu ini pasti secara tidak langsung memberi limpahan ekonomi untuk penduduk.

Tentu sahaja di belakang projek ini adalah usaha wakil rakyat di kawasan tersebut.

Abdul Azeez menyandang kawasan Parlimen Baling setelah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 dengan menewaskan calon Pas selain itu BN turut menyandang Dewan Undangan Negeri (DUN), Bayu dan Kupang.

Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP pula baru beberapa minggu lepas mengumumkan untuk meletakkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

di Parlimen Baling selain dijangka turut bertanding di DUN Bayu.

Sesuatu yang pasti laluan pembangkang bukan mudah di Baling kerana orang kampung adalah jauhari yang mengenal manikam.

Apa pun mereka boleh mencubanya tanpa mengenepikan hakikat bahawa segala tentang Baling itu adalah Tok Azeez dan Tok Azeez adalah Baling.



7 Responses to "PANAS BERAPI! INI AHLI PARLIMEN BUKAN BERMUSIM TETAPI IKHLAS BERJUANG UNTUK RAKYAT!"

  1. Maaf admin..aku tk menafikan pembangunan yg dibawa oleh bn..ia adalah tanggungjawab parti yg dipilih utk bawa perubahan sesuatu kawasan..tapii menjadiikn azeez raheem sebagai contoh tk begitu tepat..mungkin parpukari melihat azeez dari sudut lain..azeez nii kalau tkde publisiti mana dia mau buat kerja..kawan2 yg rapat dgn beliau tahu benar perangaii sebenar dia..sorry parpukarii..👎👎🙏🙏✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. ".ia adalah tanggungjawab parti yg dipilih utk bawa perubahan sesuatu kawasan" - Beb, highway di kelantan yg kumpul derma orang ramai apa cerita? Dah siap ke belum?

      Sembang mudah la. Cam taik.

      Delete
    2. Belom siap lagii..baru naiikkn papan tanda..kahkahkah..🚗🚕🚓🚙🚶

      Delete
    3. http://celahgelegar.blogspot.my/2018/02/gambar-5-tahun-sekali.html?m=1


      Parpukari..tolong buka link diatas..azeez raheem buat hal..😂😁😄😃😅

      Delete
  2. ¬ hal yg tidak pernah terbayangkan kini menjadi kenyataan,dengan keluarga saya untuk AKY SANTORO kami ucapkan banyak terimah kasih karna berkat BANTUAN AKY SANTORO ALHAMDULILLAH keluarga kami bisa lepas dari segala HUTANG HUTANG. karna nomor togel yang di berikan KY SANTORO YAITU-4D. nya BENAR BENAR TERBUKTI TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN.125 juta.ALLHAMDULILLAH saya bisa menutupi semua tuhang hutang saya.dan MOTOR saya yg dulunya aku gadaikan,kini sudah di tebus kembali.dan kami juga sudah membuka usaha kecil kecilan,kami tidak menduga KY SANTORO TELAH MERUBAH NASIB KAMI DALAM SEKEJAP.dan hanya AKY SANTORO Lah DUKUN TOGEL YANG PALING BERSEJARAH DI KELUARGA KAMI.ini adalah benar benar kisah nyata dari saya.dan saya tidak malu menceritakannya.semua tentang kesusahan yg perna saya jalani.karna di situlah saya mulai berfikir bahwa mungkin masih banyak saudara kami yg membutuhkan bantuan seperti saya.yang ingin seperti saya silahkan hub AKY SANTORO DI NOMOR(_0823_1294_9955_)Atau KLIK DISINI



    DI JAMIN 100% TEMBUS.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI.DAN SAYA SANGAT YAKIN BAHWA ANGKA GHOIB YANG DI BERIKAN KY SANTORO DAPAT MERUBAH NASIB ANDA SEPERTI SAYA.SEBELUMNYA SAYA MOHON MAAF KALAU ADA PERKATAAN SAYA YANG KURANG SOPAN.TOLONG DI MAAF KAN.TERIMAH KASIH.THANK'Z ROOMX ZHOBATH.!!!

    ReplyDelete
  3. ye ke? aku rasa ada gak kalangan pemimpin kerajaan pun sama gak...mmmm

    azmi

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!