What? Amy Search keluarkan jenama pakaian sendiri

Ikon Rock Tanahair, Amy Search kini tidak hanya menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian sebaliknya mula menceburi bidang fesyen.

Biarpun bergelar Ikon Rock, tapi Amy tidak fokus kepada fesyen rock sebaliknya dia menampilkan fesyen Islamik yang kontemporari untuk lelaki.

Dengan jenama pakaiannya iaitu General Products by Amy Search, vokalis kumpulan rock lagenda itu membuktikan dia  serius untuk menceburkan diri dalam bidang fesyen.

Lelaki berusia 59 tahun ini sebenarnya sudah lama berhasrat mahu menghasilkan labelnya sendiri kerana memang meminati fesyen.

Ujar pemilik nama Suhaimi Rahman ini, sepanjang 35 tahun sebagai penyanyi, fesyen itu memang tidak dapat dipisahkan dan ia sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan karier seninya.

"Saya memang sudah lama pasang hasrat untuk memiliki label pakaian sendiri tetapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan kerana tiada pengalaman.

"Kewujudan General Products by Amy Search adalah satu impian yang jadi kenyataan dan anda akan lihat lebih banyak pakaian dihasilkan menerusi jenama ini," katanya.

Pada Minggu Fesyen Islamik Asia 2017 (AIFW2017) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini, buat pertama kalinya koleksi terbaharu jenama General Products by Amy Search diperkenalkan.

Menjelas lanjut mengenai koleksi General Products by Amy Search, penyanyi yang sangat dikenali dengan lagu Fantasia Bulan Madu dan Isabella memberitahu, dia mahu tampilkan sesuatu yang segar dan tetap mempunyai 'feel' Amy Search.

Ujar Amy, dia tidak akan memberi fokus kepada pakaian berbentuk Islamik sahaja sebaliknya merancang untuk mempelbagaikan rekaan menerusi jenamanya pada masa hadapan.

0 Response to "What? Amy Search keluarkan jenama pakaian sendiri"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!