Terkini! Wings perjuang nasib artis, artis lain buat apa?

Wings merupakan sebuah kumpulan rock tidak asing lagi di tanahair kita.

Selain Search, Wings merupakan kumpulan rock lagenda yang menpunyai ramai peminat.

Biarpun ada sedikit pegesaran yang menyebabkan gitarisnya, Joe angkat kaki, namun Awie, Eddie dan Black teruskan perjuangan Wings.

Malam ini hingga Ahad (9 April), Wings mengadakan konsert di Istana Budaya dengan menampilkan beberapa artis ternama yang lain.

Konsert yang diberi nama Wings & Superfriends ini mengundang Datuk M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Ito, Datuk Hattan, Datuk Siti Nurhaliza dan beberapa artis ternama yang lain.

Beberapa pemuzik terkenal juga turut diundang untuk memeriahkan konsert Wings & Superfriends: Belenggu Irama ini.

Gitaris asal Wings, Sham turut tampil untuk merancakkan persembahan selama empat malam berturut-turut itu.

Menurut Datuk Awie, selain menghiburkan peminat, konsert ini juga bertujuan mengunpul dana bagi membantu beberapa artis yang berdepan masalah kewangan dan ditimpa penyakit.

Antara artis yang dibantu ialah Yazit Ahmad bekas pemain drum Search yang mengalami sakit buah pinggang dan Sahara Yaakob yang dikhabarkan mempunyai masalah kewangan.

Dalam satu temubual bersama sebuah rancangan hiburan di stesen televisyen popular baru-baru ini, Datuk Awie berkata, Wings berharap agar sebuah badan dapat ditubuhkan untuk membantu artis yang ditimpa masalah.

Jadi kepada peninat muzik rock tempatan, sama-sama lah membantu artis-artis tempatan dengan menonton konsert Wings & Superfriends: Belenggu Irama di Istana Budaya.

Sokonglah muzik tempatan.

1 Response to "Terkini! Wings perjuang nasib artis, artis lain buat apa?"

  1. Aku nak pi; sbb. memang minat sgt. WINGS yg. legenda hebat kita ni! Tapi LECEH betul ; pi jemput si Hatt** yg. buat isyarat tangan Setan Baphomet kat TV apahal (dah tua bangka tak sedaq diri); si ctSembap yg. punya rakus menghina YAB DS Jamal tercinta kita serta si sar*p penjilat madey tu! Awatlah hang Wi*gs oi??!!!

    Tok Landak.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!