PANAS BERAPI! Putin kecam serangan AS ke atas Syria

Serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) ke atas pangkalan udara Syria melanggar undang-undang antarabangsa, kata Presiden Russia, Vladimir Putin.

Reuters melaporkan jurucakap Putin, Dmitry Peskov sebagai berkata pemimpin Rusia itu menyifatkan tindakan AS itu sebagai 'menyerang negara berdaulat' atas alasan yang direka. 

Putin menyifatkan serangan AS itu sebagai cubaan memesongkan perhatian dunia daripada kematian penduduk awam Iraq. 

Peskov juga dilaporkan berkata, Russia tidak percaya Syria memiliki senjata kimia seperti didakwa AS.

0 Response to "PANAS BERAPI! Putin kecam serangan AS ke atas Syria"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!