PANAS BERAPI! Prime Domestic mula tunjuk taring!

Prime Domestic, sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan oleh Joe bekas gitaris Wings mula tunjuk taring dengan showcase di The House, G-Tower Ahad malam lepas.

Selama ini nama Joe sudah dianggap sebati dengan kumpulan Wings.

Petikan gitarnya seumpama nafas bagi kumpulan rock legenda itu. Bagi peminat rock tempatan, tidak ada Joe tanpa Wings, dan begitulah sebaliknya.

Tetapi sejarah Joe bersama Wing sudah ditinggalkan. Gitaris terkenal itu bagaikan sudah berpatah arang dan kini memutuskan untuk mencari haluan sendiri.

Bersama Hillary Ang, bekas gitaris Search, Joe menubuhkan Prime Domestic dan menampilakan bekas vokalis Mojo, Aweera serta Gee (bes) dan Ainoll (dram).

Bagi Aweera, selepas gagal bersama Mojo, peluang diberikan JOe untuk bersama Prime Domestic umpama mimpi yang menjadi kenyataan kerana dia membesar dengan muzik Search dan Wings.

"Saya masih terkejut dan berbangga dapat berkerja bersama legenda muzik Malaysia. Setakat ini kami sudah merakamkan tiga buah single dan lagu seterusnya akan dirakamkan tidak lama lagi. Ini kali pertama saya merakamkan album penuh," katanya.


Showcase Prime Domestic pada malam Ahad lepas mendapat sambutan peminat. Prime Domestic tampil dengan beberapa lagu baru antaranya Sedingin Pluto, Satukan Impian dan beberapa buah lagu Wings dan Search.

Ketika sidang media sebelum ini, Joe memberitahu Prime Domestic akan menerbitkan album dalam masa terdekat dan proses rakaman sedang berjalan.

Joe memberitahu, dia tidak mahu Prime Domestic dibayangi kumpulan asal mereka, sama ada Wings mahupun Search.

“Tidak akan ada bunyi mirip Wings mahupun Search dalam Prime Domestic. Kami nak berikan sesuatu yang lebih agresif kepada peminat selain berazam untuk berfikir di luar kotak demi memeriahkan muzik tempatan,” kata Joe.

2 Responses to "PANAS BERAPI! Prime Domestic mula tunjuk taring!"

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!