PANAS BERAPI! Lindsay Lohan pakai burkini di sebuah pantai di Thailand

Bekas bintang Disney, Lindsay Lohan dilihat tampil dengan burkini ketika bercuti di Phuket, Thailand minggu lalu, lapor US Weekly.

Aktres berusia 31 tahun itu dilaporkan melakukan aktivit mendayung dengan lengkap menutup kepalanya.

Burkini berwarna hitam dan merah yang dipakai Lindsay itu tidak memperlihatkan bentuk tubuhnya yang seksi.

Aktres itu berada di Thailand untuk bercuti selama dua minggu selepas berkunjung ke Dubai.

Lindsay sebelum ini dia beberapa kali dilihat mengenakan tudung dan mengakui sedang mendalami Al-Quran.

Dalam satu temubual sebelum ini, pelakon filem Mean Girls itu mengakui mendapat ketenangan jiwa dengan membaca Al-Quran.

"Belajar tentang Al-Quran memberikan ketengangan jiwa kepada saya dan saya jumpa tujuan saya berada di dunia ini.

"Anda tidak boleh sewenang-wenangnya menukar agama, dan ia sesuatu yang saya tidak mahu komen buat masa ini," katanya berhubung status agamanya sekarang.

0 Response to "PANAS BERAPI! Lindsay Lohan pakai burkini di sebuah pantai di Thailand"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!