KARI BERAPI! Mat Sentol Bapa Special Effect filem Melayu

Jika sebut nama Abdul Rasip Yahya entu ramai yang tidak kenal, apatah lagi alau tanya generasi baru.

Tetapi kalau sebut nama Mat Sentol, tentu ramai abang-abang atau kakak-kakak yang mengenali pelakon komedi dan pengarah filem 1950-an hingga 1970-an.

Namun tahukah kita. Mat Sentol boleh dianggap sebagai perintis atau Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.

Mat Sentol, 91, yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perfileman memiliki pengalaman luas dalam penghasilan teknik kesan khas menerusi filem arahannya.
 
Antara filemnya yang memperlihatkan teknik kesan khas adalah Mat Bond, Mat Tiga Suku dan Mat Magic.

Mat Sentol berkata tidak ramai yang mengetahui kebolehannya itu dan beliau sanggup berkongsi ilmu mengenai kebolehan tersebut dengan mereka yang berminat.

Pelakon yang kini menetap di Singapura itu berkata demikian selepas menyampaikan ceramah mengenai pengalamannya dalam dunia perfileman pada Program Kajian Insan 'Khazanah Seni Negara' di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), di sini pada Selasa.

Pada majlis yang dianjurkan oleh Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) dengan kerjasama Finas, Mat Sentol turut dianugerahkan dengan gelaran "Bintang Lagenda dan Ahli Kehormat CCIG sebagai penghargaan kepada bakat seni yang dimiliki pelakon veteran itu semasa hayatnya.

Anugerah itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

0 Response to "KARI BERAPI! Mat Sentol Bapa Special Effect filem Melayu"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!