AUWWWW! Juri MLM: Aznil ganti Najip Ali

Astro memutuskan pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi akan menggantikan Najip Ali sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM) bermula malam ini.

Penguman itu dibuat Astro dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan MLM untuk peminat, tenaga produksi program mengambil keputusan untuk menggantikan kerusi juri Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi,” kata kenyataan itu.

Najip sebelum ini meminta maaf di atas keterlanjuran kata-kata mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Ok Chope episod 26 yang disiarkan oleh MediaCorp Channel 5 baru-baru ini.

0 Response to "AUWWWW! Juri MLM: Aznil ganti Najip Ali"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!