OMG BERAPI! Selepas Search, Yazit muncul bersama Rampage

Umum mengetahui perbalahan antara Yazit Ahmad dan anggota Search yang lain.

Ada episod saman menyaman hingga konsert yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Akhirnya empat anggota Search terus bersama kumpulan lagenda itu manakala Yazit bawa haluan sendiri.

Yazit yang mendeita sakit buah pinggang kini meneruskan cintanya kepada muzik dengan kumpulan Rampage - sebuah kumpulan yang ditubuhkan 17 tahun dahulu bersama Zham (bass) dan Moq (vokalis).

Untuk rekod Zham dan Moq juga merupakan anggota Search untuk album 'Selepas Banjir', yang diterbitkan pada tahun 1999. Shah Slam merupakan gitaris untuk album tersebut.

Namun, 'Selepas Banjir' tidak menjadi, akhir yazit umum Search dibubarkan seterusnya dia menubuhkan Rampage bersama Zham dan Moq serta Cha'a sebagai gitaris.

Rampage merakamkan sebuah album dengan tajuk 'Rempuh' namun entah di mana silapnya, album yang sudah siap sepenuhnya itu tidak dapat dikeluarkan.

Selepas 17 tahun, akhirnya album Rampage itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Kali ini, Rampage ada anggota baru menggantikan Cha'a. Jemboo bekas gitaris Def Gab C dan Rithan gitaris Deja Voodoo Spells mengisi kekosongan Cha'a.

Kepada peminat muzik rock, selain menunggu album dari Prime Domestic, tunggu juga kemunculan album Rampage yang tentunya akan mengegarkan.

0 Response to "OMG BERAPI! Selepas Search, Yazit muncul bersama Rampage"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!