NOTA KHAS UNTUK SPAD DAN JPJ! TANGKAP SEMUA PEMANDU BAS YANG MEMANDU SECARA BERBAHAYA!




Bas ekspres yang terbabit kemalangan di kilometer 137.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampung Jayor, Pagoh, yang mengorbankan 14 nyawa awal pagi semalam mempunyai lapan saman sepanjang 2014 hingga tahun lalu.

Kalau korang buasa guna highway PLUS, maka mereka ini iaitu Pemandu Bas tak ubah seperti gangster jalanan. Malah dimana-mana saja mereka membawak bas macam jalan tu bapak depa punya. Sejak kebelakangan ni mereka lebih mengganas dan boleh menghimpit kereta sesiapa mereka mahu. Kalu kita hon mereka, maka mereka akan cuba mengancam nyawa kita sekeluarga.

Aku tak faham apa yang JPJ dan SPAD buat. Aku nak kasi contoh attitude Bus Driver yang sedang viral di media maya:



Tengoklah dengan begitu konfiden sekali si malaun ni layan phone dan hisap rokok. Apa dia tak fikri ke dia tengah bawak nyawa orang? Bahaya betul cara pemandu bas sekarang ni, nyawa-nyawa manusia dah serupa takde value. Bila berlaku kemalangan barulah masa tu SPAD dan JPJ kelam kabut nak bertindak.

Come on la SPAD, setiap malam kalau korang jaga highway, aku boleh gerenti banyak bas dan lori yang memandu secara bahaya yang boleh korang tangkap, aku pelik dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga jalanraya ni, sebab aku tak pernah nampak mereka pun. Jarang sangat nak nampak mereka bertugas waktu-waktu BAS dan LORI bermaharajalela di jalanraya.

Jangan la korang sedap tidur nyenyak kat rumah wahai pegawai SPAD semua, kerja korang kena korban banyak. Korang kena kerja waktu luar pejabat dan selalu kena turun ke jalanraya. Aku biasa nampak kereta JPJ dan SPAD di highway yang berdekatan dengan bandar besar sahaja. What about highway yang jauh dari pekan-pekan besar? Tak nampak batang hidung pun?

Aku bukan nak kondem korang tapi kalau korang buat kerja dan ajar pemandu BAS lahanat serta pemandu lori ni, aku percaya pasti jalanraya kita akan mejadi lebih selamat. Kalau tidak, kita hanya mampu tengok video viral itupun kalau ada yang sempat ambik video la, kalau tak, tunggu pemandu BAS korbankan lebih nyawa.

Aku kondem dan bagi solution ni, Penegerusi SPAD kena buat lebih banyak operasi around the clock agar jalanraya menjadi tempat yang selamat untuk kita guna dan bukan lagi tempat kenderaan besar membuli kenderaan kecil. Lagi satu, aku nak mintak SPAD dan pihak berkuasa lain agar menahan mereka yang memandu secara bahaya dan ambil air kencing mereka, aku dengar banyak yang salahguna dadah yang memandu bas ni.

Cukup la buat masa ni, nanti aku bebel lagi..

4 Responses to "NOTA KHAS UNTUK SPAD DAN JPJ! TANGKAP SEMUA PEMANDU BAS YANG MEMANDU SECARA BERBAHAYA!"

  1. kalau tak silap dulu ada usaha untuk memasang alat had laju pada kenderaan berat tetapi terbantut kerana mendapat bantahan dari rakan dalam parti ... rakan mungkin nak jaga periuk nasi dan monopoli kroni dan sponsor. apakah cadangan berkenaan boleh dihidupkan semula?

    ReplyDelete
  2. Ini bukan kali pertama bas masuk gaung.
    Dulu ada sorg menteri tu cakap akan siasat smp ke lubang cacing bila bas turun dari genting jatuh kedalam gaung.
    Xtau apa kesudahan siasatan smp ke lubang cacing itu.
    Tapi menteri lubang cacing masih lg menjadi menteri cuma tukar portfolio je.

    ReplyDelete
  3. lebuhraya plus bangi-sg besi, 5.30am-7.00am
    bas & lori berlumba2 melebihi had laju

    ReplyDelete
  4. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!