PANAS BERAPI! AZIZAN OSMAN, A BEAUTIFUL LIE YANG MENGGEGARKAN.....WAJIB BACA

 INI APA PUNYA JILAKE NI? Kenapa rakyat Malaysia mudah terpengaruh dengan penipuan sebegini?  Mari aku nak share benda yang aku kutip dari atas talian untuk dikongsikan bersama dengan korang yang belum lagi kena tipu dengan mamat yang membeli PHD tipu ni. Pertama sekali, tengok kat bawah ni. Universiti yang Azizan kata dapat PHD tu dah menafikan.
 Kalau korang rasa aku tipu, nah bawah ni ada keratan dari biodata si Azizan kaki kencing ni, sudah terang lagi bersuluh Azizan kata ambik PHD dari Universiti tersebut. Kat atas tu universiti berkenaan sudah menafikannya..tapi aku tau masih ramai pengikut dia masih taksub dan seolah-olah sudah kena rasuk dengan dia.
 Takpalah aku PK kasi dia Pizza punya PHD, agar yang dah kena kencing tu rasa seronok dan tak rasa mereka ditipu dengan begitu teruk sekali. Ada lagi, teruskan membaca...
 Tapi dia tau setelah dia kencing ramai manusia, para penyokong dia yang ibarat kata kena rasuk tu akan terus pertahankan dia awalau mereka tahu mereka telah ditipu hidup-hidup. Azizan Osman sangat cerdik, dia dah belajar pattern penipuan dari Mahaguru penipu seperti Ayah Pin dan Abu Ya Ashaari. Dan dia tahu the moment dia dapat sentuh butang rahsia mida bawah sedar maka mereka ini akan sanggup buat apa sahaja.

 Tak cukup dengan itu, Universiti Malaya juga membuat penafian pernah keluarkan apa saja Ijazah kehormat kepada penipu paling gemok dalam Malaysia ni. Ikutr hati nak je aku maki mamat yang suka charge orang berpuluh ribu satu kursus ni, tapi rilek dulu. Korang kenali dia dulu kemudian nanti baru aku akan start memaki..
 Kat bawah ni, bekas VC UM yang mempertikai Azizan, yang kemudiannya Azizan reply dan kata dia ambik serius. masalahnya. Tetapi hingga kini, apa yang kita tahu dia memang sudah kantoi dan memang tak boleh nak lari lagi..cumanya aku sangat bengang dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni..
Para penyokong Azizan Osman aka Conman no 1 Malaysia ni tetap mempertahankan dia, malah mereka seolah-olah redha ditipu kerana menurut mereka, banyak sudah yang dia bantu hingga berjaya menjadi jutawan. So aku nak tanya para pentaksub Azizan ni, tolong buktikan pada aku berapa banyak usahawan yang telah dia jutawankan sangat?

Ada satu artikel aku nak share dengan korang dari seorang rakan bloggers tentang Azizan Osman ni. Berikut adalah petikan dari blog tersebut:

Mungkinkah Dr. Azizan Osman dah sampai ketahap Keramat Hidup...? itu soalan yang tercetus dalam kepala ketika duduk minum bersama-sama sekumpulan usahawan yang merupakan alumni kepada seminar anjuran pakar pemasaran no. 1 di negara kita.

Saya sendiri tak pernah mengikuti mana-mana seminar keusahawanan ataupun seminar mengenali potensi diri melalui tarikh lahir yang dianjurkan oleh pakar pemasaran no. 1 Malaysia, Dr. Azizan Osman itu. Jadi tak berapa tahu sangat apakah ilmu yang diperturunkan oleh beliau sepanjang menganjurkan seminarnya.

Memang ada keinginan untuk mengikuti seminar anjuran Dr. Azizan Osman sebab sering mendengar betapa kesemua seminar anjuran beliau telah dihadiri oleh ribuan orang sejak dari dulu sampai sekarang. Tambahan pula dia menyatakan dalam promosi Bangkit Berniaga, telah melahirkan seramai 45,000 usahawan berjaya!. Mungkin dengan menghadiri seminarnya itu saya akan menjadi usahawan atau jutawan yang 45,001!

Dr. Azizan Osman seorang pakar pemasaran

Kebetulan baru-baru ini, seorang kawan telah datang ke rumah selepas waktu magrib untuk mengajak saya keluar minum dan berkumpul bersama sekumpulan usahawan lain di sebuah kedai tak berapa jauh dari rumah.

Pada mulanya saya tak tahu rupa-rupanya mereka semua dan termasuk kawan saya itu merupakan para peserta seminar anjuran Dr. Azizan Osman. Sepanjang perjalanan, kawan saya itu asyik bertanya apa pendapat saya terhadap pakar pemasaran no. 1 Malaysia itu. Saya dah dapat rasakan kawan tersebut nampaknya ada sedikit menaruh harapan pada kehebatan Dr Azizan Osman.

Secara jujur saya hanya mengatakan bahawa Dr. Azizan Osman merupakan seorang yang bijak dalam aktiviti pemasaran. Itu adalah fakta yang tak dapat dinafikan walaupun ada ramai juga yang tak bersetuju.

Ada juga orang yang tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan 'pakar', saya pasti ia ditujukan pada Dr. Azizan. Bagi mereka yang tak bersetuju penggunaan ayat pakar itu dalam mempromosikan tawaran perniagaan, ia kelihatan seperti seorang yang takbur dan membangga diri. Sedangkan itu adalah sifat yang tercela dalam agama.

Kita boleh bahaskan pendapat penggunaan perkataan pakar itu dalam perniagaan, tapi untuk menafikan bahawa Dr. Azizan Osman merupakan seorang pakar pemasaran, saya rasa agak sukar kerana ternyata orang yang tidak bersetuju itu sendiri tidak dapat menandingi Dr Azizan dari segi keupayaan menarik puluhan atau ratusan ribu pemintat menyertai seminar yang dianjurkan.

Ambil berkat bergambar dengan kereta Dr. Azizan Osman

Dari segi kewangan pula ternyata Dr. Azizan Osman telah berjaya mengumpulkan jutaan ringgit atau mungkin puluhan juta ringgit. Kekayaan beliau diterjemahkan daripada gaya hidupnya sendiri dengan kereta mewah yang menjadi rebutan para peminatnya untuk posing gambar. Siap berbaris untuk mendapat kesempatan merakamkan gambar ditepi kereta kepunyaan Dr. Azizan.

Kalau dalam golongan mereka yang mencintai para tok keramat, ia semupama cubaan mengambil berkat. Jika tak dapat bersama tok keramat, dapat memegang tongkat tok keramat saja sudah memadai. Sebab itu saya lihat Dr. Azizan dah jadi macam seorang keramat hidup dalam dunia keusahawanan dan kejayaan serta kekayaan.

Apabila saya bersama dengan kumpulan usahawan yang dibawa oleh kawan saya itu, saya mendapat banyak lagi cerita bukti keramat hidup yang dimiliki oleh Dr. Azizan Osman. Dalam seminarnya, banyak orang telah berubah menjadi hebat dan menakjubkan.

Bagi yang tak pernah berjaya berhenti merokok, mereka telah membuang kotak rokok on the spot sebaik saja mendapat galakan daripada Dr. Azizan Osman. Bagi yang bertudung labuh pula, mereka sanggup bangkit berdiri dan menari apabila dialunkan dengan petikan gitar Man Kidal dalam seminar anjuran pakar pemasaran No. 1 Malaysia itu.

Bukankah semua itu sesuatu yang luar biasa?. Malah setiap kali tawaran dibuka untuk mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus lebih lanjut anjuran Dr. Azizan Osman dengan kos ribuan ringgit, berpusu-pusu peserta bangun berdiri dan memecut ala-ala Husain Bolt. Mereka akan berebut untuk mendaftar!.

Peserta meratib nama Dr. Azizan Osman

Saya tak pasti samada itu adalah arahan ataupun ajaran Dr. Azizan Osman, tetapi sepanjang 3 jam saya bersama para usahawan bekas pelajarnya, mereka asyik menyebur nama belaiu dari mula sampai habis.

Malah salah seorang usahawan (part time lagi) yang merupakan seorang perempuan, dia mengelilingi meja dari seorang ke seorang menceritakan semua cerita dan kehebatan Dr. Azizan Osman tanpa henti dan sedikitpun tidak merasa penat.

Setiap kali nama Dr. Azizan Osman disebut, terpapar rasa puas dan seronok di mukanya. Dia menceritakan betapa telah bertukar menjadi seorang yang kaki berniaga dan mampu buat duti dengan menjual apa saja yang melintas. Salah satu sumber pendapatannya adalah menjual semua buku tulisan Dr. Azizan Osman ang dibeliya secara pukal.

Wanita tersebut bukannya tak ada kerja, malah dia punyai kerjaya yang tetap dan stabil. Suaminya juga punya kerja yang hebat, tetap dan stabil. Tapi dek penangan Dr. Azizan Osman, mereka tak puas hanya dengan apa yang mereka ada. Habis kerja, malamnya mereka buka kedai makan, sambil berniaga si isteri pula main FB untuk promosi barangan secara online.

Esok pula pergi poskan barangan yang orang beli. Kadang-kadang tidur sampai pukul 3 atau 4 pagi buat promosi barangan online. Bangun siang buka FB dan layan PM orang yang berminat. Pendek kata hidupnya adalah kerja-kerja, cari duit sebanyak mungkin, legat menggunakan masa untuk jadi kaya.

Apa nasihat alumni Dr. Azizan Osman

Malam itu, saya menerima nasihat dari mereka untuk turut sama sertai semua seminar anjuran Dr. Azizan Osman. Adalah sesuatu yang amat merugikan buat mereka yang tidak sertai kursus beliau dan tidak mengambil kesempatan mendalami kehebatan beliau.

Saya rasa rimas dan terfikir-fikir kegilaan apakah ini? mereka sepatutnya berbincang dan memberikan tumpuan pada perniagaan mereka sendiri. Tapi sebaliknya mereka telah menjadi agen pemasaran untuk Dr. Azizan Osman secara percuma. Mereka syik mempromosikan kehebatan Dr. Azizan Osman.

Saya tak dapat berfikir dengan jelas dengan fenomena itu. Bagaimana seorang lelaki yang buat duit puluhan atau ratusan juta ringgit daripada para peminatnya, dalam masa yang sama semua orang yang telah bertungkus lumus himpun duit untuk terut serta dalam kursus anjuran lelaki itu, keluar kursus dan menjadi pula ajen lelaki tersebut dan seolah-olah terlupa untuk membina keupayaan dan kebijaksanaan diri mereka sendiri...?

Apa pendapat anda dengan fenomena Dr. Azizan ini. Ada yang kata pada saya semua kumpulan itu adalah orang upahan Dr. Azizan Osman seperti mana yang diamalkan oleh para penjual ubat di pasar malam atau di tepi jalan. Tapi saya tak rasa mereka diupah, sebaliknya mereka secara terasuk telah sukarela mempromosikan Dr. Azizan Osman di mana saja mereka berada, sepanjang waktu jaga mereka.

Apakah kita sedang menyaksikan seorang keramat hidup muncul di negara kita? Apakah Dr. Azizan Osman dah sampai ke tahap keramat?, tolong berikan pendapat anda...!!!##$%$#-Sumber
Serupa biskut pun ada, sekejap ada sekejap sudah hilang!

28 Responses to "PANAS BERAPI! AZIZAN OSMAN, A BEAUTIFUL LIE YANG MENGGEGARKAN.....WAJIB BACA"

  1. Assalamualaikum, sy xpernah join seminar yg diadakan oleh beliau.. tpi pd pndangan sy, apa yg baik drpd DAO perlu dimanfaatkan, apa yg xberapa baik mungkin bole ditegur dgn cara yg baik dan berhikmah. inshaAllah. maaf, cuma sekadar berkongsi pandangan je.

    ReplyDelete
  2. Dia ni sama standard dengan si bibir merah & si rambut sarang tebuan. Kaki tipu..1 malaysia ditipunya terutama melayu. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku melayu..dan aku yakin aku tdk ditipu oleh orang yg ngko tuduh menipu 1 malaysia trutama org melayu...ngko sape nak suka2 main tabur jer mewakili org melayu yg kata ditipu...klu dh mnjunjung kiblat sana, jgn nk suka2 main tabur mcm tu..nmpak sgt hati perut ngko busuk, merangkak laa korg nti wahai org2 yg punyai hati yg hitam lg busuk..!!!

      Delete
    2. Najib pun tak mengaku melayu..inikan pulak kau yg lebih2 11.28. Kau sanjung, kau jilat la pahlawan bugis, dan jawa kau tu. Termasuk ratu minang d puaka haram jadah. Hanya tinggal yg lembam2 dalam parti umno

      Delete
  3. Sepatutnya Madey ambik dia ni bukan Midin sebagai Tukang Kempen.

    ReplyDelete
  4. Kenapa zahid hamidi tak ajak azizan ni berucap sama-sama kat pbb hari tu? Hahaha..cuba siasat phd zahid pulak dtg dari mana..dulu buat master kt upm kelas sekali pun tak pernah dtg.

    ReplyDelete
  5. Memang ramai motivator yang jadi jutawan dengan hanya menjual air lior. Ada juga yang anak anak ambil upsr...pmr..spm yg jadi mangsa. Mereka ini ikut motivasi ni kerana ketakutan takut tak dapat baik.Padahal anak tu dah memang pandai pun. Motivator masukan sikit cerita agama...maka ibu bapa pun pecaya sebab takut dan anak kawan kawan pun pergi. Harap kerajaan ambil berat penipuan begini. Kalau kita perhatikan kebanyakan motivator di dalam bidang perniagaan ini...mereka pernah gagal didalam bisnes. Oleh itu mereka menjual kegagalan kepada orang ramai...mereka menyatakan dengan jelas mereka gagal di dalam bisnes. Oleh itu bagaimana mereka boleh membentuk usahawan sedangkan mereka dah gagal. Contoh "Berani Gagal" dia gagal dlm bisnes fortiss...tetapi dia berjaya menjual kegagalan ... dengan Berani Gagal dan dapat jadi jutawan. Begitu juga motivasi upsr..pmr...kekadang anak mereka pun bukan lah berjaya sangat ...berbanding lentung di program motivasi mereka.

    ReplyDelete
  6. Untuk pengetahuan semua dia ni memang betul2 pakar pemasaran...pakar jual air liur la...

    ReplyDelete
  7. Anon 6.36 am...
    Jangan tulis perkara yg tidak betul ...Zahid memang ada buat Mba dan Phd. Saya pun buat MBA diupm ketika itu. Tak perlulah dibandingkan dia dengan pakar pemasaran air liur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KIHKIHKIHKIH................ngaku je camni,
      terus semua orang tak berani taknak caya.

      Delete
    2. Zahid buat mhrd..bukan mba. Kelas tak penah hadir. Macam mana pulak kau boleh ngaku buat mba sama-sama dengan dia? Kahkahkah

      Delete
  8. 10.15 tolong bagi tau tahun bila? Jgn nak kelentong

    ReplyDelete
  9. Tak payah gaduh2.
    Kat Malaysia ni mmg terlalu ramai org MELAYU yg pegang PhD.
    Dari pemimpin atasan sampailah pada mrk yg melepak tepi jalan.
    Jadi apa yg nak diherankan pun.
    1.PhD memburukkan negara sendiri.
    2.PhD membusukkan nama pemimpin Melayu utk 'rampas' kuasa.
    3.PhD memusnahkan kejayaan org lain.
    4.PhD krn berebut bisnes dan harta.
    Sebut aje apa yg org Melayu tak boleh buat dgn PhD.
    Semua boleh ...
    Tak payahlah gembar-gemburkan sangat,
    nanti yg kononnya utk sedarkan org lain tu pulak yg terlajak PhD nya.

    ReplyDelete
  10. komen lah cara berkhemah.
    jangan hina dan caci makhluk Allah yang lain.
    walaupun guna nama Anonymous tapi Allah tahu siapa anda.

    ReplyDelete
  11. Cuba tukar nama tu daripada azizan osman kepada Najib Razak. Tengok apa kata Orang UMNO .. Kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  12. Sama lah..yang umno dok puja la ni..pemimpin matsom...najib razak@mo1@piem1mdb

    ReplyDelete
  13. Susah2 sangat nak tackle masalah sipemegang PhD palsu ni, kita ramai2 pergi mengadu senyap2 kat DoJ US sajalah biar dorang keluarkan saman sivil. Amacam? Setuju? Kalau tersilap pun kita boleh tarik balik saman bila2 masa saja kan? Yg penting, takde sapa pun yg akan viralkan !!

    ReplyDelete
  14. Tah lew.aku ni yg jenis susah nk percaya orang.sesetengah amat taksub dgn mlm.bolehcjadi cepat kaya.sama juga dgn si azizan tu.ada yg ckp klu sape2 dengar pakar mlm berceramah boleh nangis.tapi dia tk tau klu aku soal balik pakar tu.dia yg menangis nk jwab soklan aku.kepada peminat tegar mam.atau peminat setia azizan.aku tk pernah tngok lagi ahli mlm kaya depan mata aku setelah berusaha keras.termasuk jiran2 aku n isteri aku n adik aku.buang masa,duit dan tenagahasil nya taukeh mlm jew yg pakai kreta bosau.

    ReplyDelete
  15. Bill gates steve jobs dan ramai lagi takde phd bagai. Silap la kau azizan. Tanpa phd lagi org respek. Aparaa sesal kendian tak guna beb

    ReplyDelete
  16. PM pun boleh kena tampar dengan bini..apa nak jadi dengan negara kita. Hahaha..

    ReplyDelete
  17. Betul ..motivate dia berguna.. tak perlu declare ade phd pun org respek..skrg kan dah jatuh...cepat naik cepat jgk jatuhnya

    ReplyDelete
  18. Krup krap krup krap (bunyi makan popkon)
    Artikel baca xbest sgt...
    Lagi best baca org bebalas komen.

    ReplyDelete
  19. Habis keburukan dia ko tunjukkan.Dia ada salah kat ko ke?

    ReplyDelete
  20. aku pernah bersembang dgn seorang ahli pengubatan alternatif, cukup popular org pergi berubat dgn dia, setiap hari beratus org berubat segala mak nenek penyakit, sebetulnya ada beberapa kawan aku tampak bertambah sihat setelah dpt rawatan dia.rawatan yg dia beri percuma 100%.
    satu hari aku dpt peluang berbual dgn dia, dia bgtau aku dgn emosi yg agak kecewa, dia bgtau, disebabkan terlampau ramai pelanggan dtg jadi dia belikan kerusi plastik dlm jumlah berpuluh2buah juga la. Tapi dia bgtau selepas beberap minggu, kerusi yg dia beli tu pun hilang satu2 hingga tak tinggal lg. Yang dia kesal betapa ramainya manusia yg mmg bermasalah samada diri sendiri atau keluarga, tapi seramai tu juga yg berhati malaun, dgn kerusi plastik tu pun disapu, sedangkan rawatan yg diterima tu percuma tanpa apa2 bayaran.
    Moral citernya, sebenarnya orang kita majoriti sudah sakit tahap kronik, tak jujur, berjiwa penyamun dan perompak, dari sekecil2 perkara kita tak jujur apatah lg kita nak berbicara tentang kejahatan, penipuan dan rasuahnya orang lain. Kita2 ni semua kena muhasabah balik, pemimpin yg lahir adalah dari masyarakat. Jika pemimpin (tak kira mana2 pemimpin) jahat tamak haloba sebenarnya itu merupakan cermin masyarakat itu sendiri.
    wallahualam.

    ReplyDelete
  21. Doa Penguat Zakar

    Atas Permintaan Ramai dari Pelanggan-pelanggan, teman-teman dan pembaca blog yang terus ke email saya. Di sini saya perturunkan amalan doa penguat Zakar yang di amal-amalkan oleh tetua orang-orang lama.

    Anda amalkan doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh. Isya-Allah ia dapat mengeraskan Zakar anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu. Inilah doa yang masyhur di kalangan tuk-tuk guru zaman dahulu yang masih di amalkan oleh sesetengah orang yang berpoligami pada zaman sekarang.

    Doanya ialah.

    بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
    اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا

    Bismilah Hiroh Man Niroh Him
    Alhamdu lillahil lazi kholako minal maa i basharo

    ReplyDelete
  22. Korean no2 le.
    Aft MO1

    ReplyDelete
  23. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!