PANAS BERAPI! LAPORAN AUDIT NEGARA MEMBUKTIKAN MYEG ADA MEMBUAT KESALAHAN BESAR!

Audit: Kelemahan MyIMMS Akibatkan Kelonggaran Pada Penyaringan Kemasukan Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen adalah kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1.

Dari segi pengurusan pekerja asing, sistem yang digunakan untuk menyaring kemasukan pekerja asing itu tidak memenuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Menurut laporan itu, dari segi pemeriksaan kesihatan pekerja asing, analisis Audit mendapati pada tahun 2014 seramai 3,527 daripada 699,018 pekerja asing di Semenanjung Malaysia diluluskan pas lawatan kerja sementara (PLKS) walaupun rekod kesihatan berstatus "unfit".

"Pada pendapat Audit, kelonggaran kawalan sistem yang membenarkan pekerja asing berstatus unfit bekerja boleh mengundang risiko kepada penularan wabak penyakit," kata laporan itu.

Ia berkata 8,975 permohonan lanjutan PLKS melalui sistem MyEG, iaitu 1,940 pada tahun 2013 dan 7,035 pada 2014, telah diluluskan oleh pengendali MyEG secara automatik dan dalam talian tanpa semakan dan kelulusan pegawai Imigresen.

Laporan itu menegaskan tindakan kelulusan secara automatik oleh MyEG adalah tidak wajar dan menyalahi Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Semakan yang dijalankan Jabatan Audit turut mendapati kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta telah dibekalkan dan dibayar tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu-pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga warganegara Malaysia.

Sebaliknya, semasa lawatan fizikal, Audit mendapati kemudahan biometrik yang telah dipasang dan digunakan adalah National Enforcement and Registration Biometric System (NERS).

"Pada pendapat Audit, perolehan kemudahan biometrik bernilai RM10.3 juta dalam perjanjian ini adalah satu pembaziran kepada kerajaan kerana tidak diguna walaupun sudah dibayar dan dibekalkan sepenuhnya oleh kontraktor," kata laporan itu.

Tambahnya Jabatan Imigresen juga tidak dapat mengemukakan bukti pengagihan peralatan pengimbas cap jari semasa lawatan Audit dijalankan.


PK: Ini aku petik dari Bernama, aku highlight merah tentang MyeG. Dah banyak kali aku tulis dan ceritakan tentang kelemahan MYEG ni, bahayanya diberi segala kuasa yang sepatutnya dibuat oleh Imigresen kepada syarikat swasta ni. Artikel yang pernah aku tulis tentang MYEG, KLIK SINI, SINI, MYEG TAKLEH PAKAI. SKANDAL MYEG.


Bacalah link-link tu semua dan korang akan tahu betapa selama ini kerajaan telah ditipu oleh MYEG yang boleh saja membuat kelulusan tanpa rujuk ke Imigresen, ini kali Audit Negara sudah mengesahkan. Perlu ke aku nak tulis lebih lagi?


Lagi satu tentang sistem MyIMMs ini pulak aku pelik sikit, sepatutnya sistem ini boleh ditambah baik dan tak perlu nak ganti sistem baru. Tapi tah la, tengok yang ada pun mereka tak nak guna dan mereka lebih suka nak source out ke MYEG dan sudahnya kita ada ramai longgokan pekeraja asing yang menjadi halal walau mereka telah bertukar kerja dan majikan ataupun permit mereka sudah tamat tempoh.


Sampai bila kita nak biarkan sistem paling utama ini tidak digunapakai sepenuhnya? Kalau betul nak tukar sistem baru cari sistem yang boleh membantu dan bukan sistem yang hanya nak bagi kroni untung je. Kalau tak faham apa aku cakap, SILA KLIK SINI.

10 Responses to "PANAS BERAPI! LAPORAN AUDIT NEGARA MEMBUKTIKAN MYEG ADA MEMBUAT KESALAHAN BESAR!"

  1. Parpu, daripada kita hanya terima & serap segala kepincangan myeg dari mula ditubuhkan hingga skrg, cuba parpu bongkarkan siapa dalang disebalik myeg...siapa untung besar disebalik sykt ini? Mengapa myeg begitu kebal...sampai ditegur ketua audit negara tapi tiada tindakan diambil. Jabatan imigresen pulak macam kerbau dicucuk hidung. Tolong bongkarkan parpu..kalau anda benar2 ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah didedah sedara, ada link kat atas tu, baca balik. MYEG ni owner dia org SIngapura tapi dia banyak guna perkhidmatan orang politik malaysia

      Delete
    2. "owner dia org SIngapura tapi dia banyak guna perkhidmatan orang politik malaysia"
      Siapa orang politik Malaysia tu? Boleh dedahkan?

      Delete
  2. Myeg ni sapa punya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak baca kat sini http://parpukari.blogspot.my/2016/01/pendedahan-berapi-tentang-isu-pemutihan.html

      Delete
  3. Tahniah parpukari...kau satu2nya yg berani menongkah arus, projek belacan KDN akikahkan jabatan imigresen untuk kesenangan VVIP. NGO / individu prihatin patut buat report polis je pasal myeg ni. Wong thean soon, jimmy wong, alwi...brapa juta korang nak bwk masuk kubur? Keje celaka korang ni satu hari nanti pasti dpt balasan setimpal.

    ReplyDelete
  4. KAMI AKAN BOIKOT SEMUA PILIHANRAYA! BIAR SEMUA KALAH DAN TAK BOLEH TUBUHKAN KERAJAAN! KAMI MAMPUS SEMUA SEKALI

    ReplyDelete
  5. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

    ReplyDelete
  6. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!