CILI JERUK BERSUSU! ADA IBU JUAL SUSU BADAN UNTUK DAPAT RM5000 SEBULAN?

Oh Donia, susu badan pun boleh berniaga ka? Menarik artikel Malay Mail ni, aku nak korang baca dulu, nanti aku ulas kat bawah. 

KUALA LUMPUR, 3 April — Kebolehan menghasilkan susu badan yang banyak membuatkan ibu beranak empat mengaut ribuan ringgit sebulan dengan menjualnya kepada pihak memerlukan.

Ros, bukan nama sebenar, mengakui kerana kesempitan wang menyebabkannya menjual susu badan walaupun sedar perbuatan itu mampu merosakkan hubungan kekeluargaan dalam Islam.

“Saya mampu memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan menerusi penjualan susu badan kepada pelanggan yang tidak putus-putus meminta bekalan berkenaan setiap hari.

“Saya puas hati dengan pulangan yang diperoleh kerana saya tidak perlu bekerja keras di pejabat sebelum ini. Saya dapat jaga anak di rumah sambil pam susu badan untuk dihantar kepada pelanggan pada waktu petang.

“Sekarang saya ada lebih lapan anak susuan sejak tiga tahun lalu, itu tidak termasuk pelanggan yang membeli sekali-sekala kerana ada ibu yang tidak sihat dan gagal menyusukan anak mereka,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

Wanita itu berkata susu badan dijual dengan harga RM30 hingga RM50 bagi setiap 145ml, bergantung sama ada disediakan dalam botol atau plastik.

Katanya, susu badan yang banyak mampu dihasilkan melalui pemakanan tradisional selain mengamalkan urutan badan.

“Penjualan setiap bulan pasti mencecah 200 botol berikutan ada ibu yang gemar membeli secara pukal untuk bekalan seminggu,” dia dilaporkan berkata.

Mengulas perkara yang sama, seorang pendakwah bebas berkata perbuatan itu halal di sisi agama tetapi tidak berakhlak.

“Mengupah ibu susuan itu lebih baik berbanding jual beli (susu yang dipam) biarpun risiko sama perlu ditanggung iaitu hubungan terlarang antara adik beradik susuan yang tidak disedari pada masa depan,” kata Ahmad Dusuki Abd Rani kepada Harian Metro.

“Perkara ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa yang mengupah ibu susuan kerana kita tidak mahu wujud masalah yang lebih serius sehingga merosakkan keturunan.”

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ros berkata pelanggan cenderung tidak berhubung kembali dengannya selepas anak mereka sudah tidak lagi mendapatkan susu badannya.

Sementara itu seorang perunding penyusuan ibu Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata susu badan yang tercemar boleh menyebabkan bayi dijangkiti penyakit.

Sumber; Malay Mail Online

PK: Dari satu segi, apa yang dibuat oleh Ros adalah benda yang baik, dia tak perlu mintak sedekah mahupun mencuri kat mana-mana tempat dan bila kantoi dia salahkan PM sebab kos sara hidup meningkat. Memang bagus apa yang dia buat. Cuma macam Ustaz Ahmad Dusuki kata, kita takut kalau tak dikawal nanti, ditakdirkan nanti ada yang terkahwin dan mereka tak tahu mereka adalah anak susuan Ros, so rosak la keturunan mereka kan?

Dari segi agama ni tak salah dari segi moral well, what can we say? Cuma kena jaga dan Ros sepatutnya ada track record siapa yang beli susu badan ROS, kita tak nak nanti ada ramai pulak adik beradik susuan terkahwin sebab tak tahu background. Ada baiknya baik kasi susu lembu dan susu kambing pada anak-anak anda dari tersilap dan menjadi bala masa depan nanti kan?

Minumlah susu IBU tapi jangan perdagangkan susu ibu sampai nanti ada yeng terberlaku SUMBANG MAHRAM yang tak disengaja pulak, mohon para cerdik pandai untuk mengkaji isu sensitif ni. 

Jangan sampai nanti pukul 7 petang TV3 suku buat drama "SUAMIKU adalah ADIK SUSUANKU" atau "SUSU IBU aku dan kau adalah milik si ROS" atau "SUAMIKU ABANG SUSUANKU JUA"

2 Responses to "CILI JERUK BERSUSU! ADA IBU JUAL SUSU BADAN UNTUK DAPAT RM5000 SEBULAN? "

  1. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

    ReplyDelete
  2. Hal yang tidak pernah terbayankan kini menjadi kenyataan dengan keluargaku,,,untuk AKI.NAWE kami ucapkan banyak terimakasih karna berkat bantuannya ALHAMDULILLAH keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah,karna nomor “GHOIB”untuk pasang togel,hasil ritual KI NAWE meman benar2 merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karna baik rumah sudah disita,,warung makan jg sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma kontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya KI NAWE lah yang bisa merubah nasib kami..KI NAWE orang paling bersejarah kepada keluarga saya…!!! Kepada teman2 yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib baik dari pada sekaran HBG: 085=218=379=259=AKI NAWE,dengan penuh harapan INSYAH ALLAH pasti tercapai dan sudah terbukti.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!