TERBAIK! MARI KENALI GABENOR BANK NEGARA YANG BARU

Datuk Muhammad Ibrahim yang bakal menduduki kerusi Gabenor Bank Negara, berkuat kuasa 1 Mei ini adalah antara tiga calon utama yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menamatkan kontrak beliau hujung bulan ini.

Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi, Muhammad secara sahnya ditabalkan sebagai gabenor ke-8 untuk tempoh lima tahun lagi setelah 32 tahun berkhidmat dengan bank pusat itu dalam pelbagai bahagian.

Antara bahagian yang pernah mendapat sentuhan Muhammad sebelum ini ialah peraturan dan pemantauan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan pesisir dan perbendaharaan serta pasaran kewangan.

Pendakian beliau yang sering digelar Datuk MI dalam bank pusat itu sarat membawa pengalaman sehinggalah beliau diangkat ke jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010.

Beliau juga ahli Jawatankuasa Dasar dan Kestabilan Kewangan Bank Negara yang bertanggung jawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi Perbendaharaan termasuk tukaran matawang asing dan pengurusan rizab bank pusat.

Pada masa yang sama, beliau turut memantau pembangunan perbankan termasuk kewangan Islam dan sektor insurans.

Tidak terhad kepada itu, Muhammad juga merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memacu agenda Malaysia ke arah migrasi kepada pembayaran secara elektronik atau e-Payments untuk menjana kecekapan kos dan operasi kepada perniagaan.

Beliau turut terlibat secara aktif dalam usaha secara kolaboratif dengan bank pusat serantau untuk membangunkan platform penyelesaian bayaran pelbagai matawang bagi melanjutkan rangkaian dalam transaksi merentasi sempadan dalam perdagangan dan pelaburan.

Selain memegang jawatan nombor dua bank pusat, Muhammad juga menjawat pelbagai portfolio dalam pelbagai bidang korporat dan badan profesional. 
Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan, ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan, ahli Institut Akauntan Malaysia selain ahli panel Dana Amanah Nasional.

Di samping itu, beliau juga Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam, Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa dan felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.

Sumber: Malaysiakini

PK: Banyak spekulasi sebelum ini. Ada yang kata Awang Adek bakal dilantik sebagai Ganrnor BNM yang baru tidak kurang juga yang mengatakan Abdul Wahid Omar bakal menjadi Gabenor. Setelah berteka-teki selama berbulan akhirnya semua terjawab apabila Timbalan Gabenor dinaikkan pangkat menjadi Gabenor BNM. 

Pernintaan Tan Sri Zeti sebelum ini yang beliau mahu kalau boleh dilantik dari kalangan yang professional dan bukan politician. Nampaknya PM Najib Razak melantik dari kalangan yang sangat berpengalaman dan tang penting sekali bukan dari kalangan ahlul politik.

Ini satu langkah yang bijak oleh PM. Siapa sangka out of nowhere Timbalan dia jadikan bos? Terkejut bukan? Apa pun aku happy sebab ini satu keputusan yang sangat baik. 

#RespectMyPM

2 Responses to "TERBAIK! MARI KENALI GABENOR BANK NEGARA YANG BARU"

  1. Biodata tak lengkap....

    ReplyDelete
  2. Nama Datuk Muhammad Ibrahimn dicadangkan oleh BNM sendiri. Bukan out of nowhere.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!