CILI KASI TARUK! SPRM PERLU PERCEPATKAN SIASATAN KEATAS GUAN ENG!

Dalam keadaan yang agak panas dikala ini, aku rasa SPRM tak patut buat benda-benda macam terima anugerah dari Guan Eng. Bukan apa walau takde apa tapi benda macam ni boleh menimbulkan persepsi yang kurang baik dimata rakyat terhadap SPRM.

Sebaik-baiknya dipercepatkan siasatan terhadap kes rumah banglo tanpa swimming pool ni, bukan buat majlis untuk mengelak siasatan. Cuma aku harap, jangan la tekan SPRM lebih-lebih sangat, beri mereka masa dan SPRM juga jangan la ambil masa terlampau lama untuk terima anugerah bagai.

Elok bagi setel kes ni dengan kadar segera sebab semua nak tengok Guan Eng diambil tindakan sepertimana yang telah berlaku kepada Khir Toyo. Kes ni dah ada precedent dan ianya agak mudah dan tak perlu pun mana-mana pakar untuk selesaikan kes ni kan?


0 Response to "CILI KASI TARUK! SPRM PERLU PERCEPATKAN SIASATAN KEATAS GUAN ENG!"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!