TERIMA KASIH PM KERANA TELAH MENGHENTIKAN SATU PROJEK YANG AKAN MERUGIKAN RAKYAT IAITU SISTEM SKIN UNTUK IMIGRESEN #RespectMyPM

Dah lama aku tak update blog, nak buat macamana sibuk dengan kerja di dunia nyata. Aku bukan ada cable besar sambil bawak proposal tentang ranking palsu bagai. Aku ni blogger jalanan sahaja so aku lebih suka cerita tentang masalah rakyat dan lain-lain.

Hari ini aku nak cerita tentang sistem buang duit yang dipanggil SKIN. Ini sistem dicipta dengan harga yang mahal demi untuk nak mengkayakan somebody. aku nak share dengan korang satu artikel tentang SKIN seperti berikut:

Jurublog ingin berkongsi dengan pembaca blog ini tentang skandal terbaru yang sedang dihadapi pihak Imigresen. Ini berkenaan sistem MYIMM. Satu syarikat baru telah masukkan tender untuk menukar sistem sedia ada kepada sistem yang baru bernama SKIN. Sistem ini harga secara keseluruhannya bernilai hampir RM6 beliyun. Projek ini dibawah syarikat PRESTARIANG.

Tujuan Jurublog mndedahkan skandal ini adalah kerana sistem ada sekarang ini hanya memerlukan sedikit penambahbaikan sahaja dan tidak perlu untuk  tukar sepenuhnya. Jurublog difahamkan kos untuk 'upgrade' sistem baru hanya akan memakan belanja sekitar 400 ke 500 juta ringgit sahaja. Jurublog mendapat info ini dari orang dalam Imigresen sendiri.


- Jumlah keseluruhan kos projek RM5.2 billion

- CAPEX RM1.13 billion

- OPEX RM1.98 billion

- Technology Refresh RM2.08 billion

- Untuk keseluruhan system IMM yang baru ini siap ianya akan mengambil masa selama 4 tahun

- Sementara system ini siap sepenuhnya, ianya akan menjadi system yang sudah lama dan tidak boleh diguna lagi (teknolgi diperbaharui setiap masa)

SKIN mencadangkan supaya kesesmua tariff atau harga yang dikenakan oleh IMM selama ini dinaikkan.

Ini bermakna segala bayaran yang dibuat selama ini untuk pembaharuan paspot atau pembaharaun apa saja lesen di Imigresen akan dinaikkan secara mendadak untuk mendapat semula apa yang telah dilaburkan sebelum ini (RM5.2 Billion).

Jurublog sudah terangkan dengan secara ringkas tentang apa yang mereka bakal lakukan. Ini adalah kerja sia-sia kerana sistem yang ada sekarang ini boleh diperbaiki dan dijadikan canggih sepenuhnya dengan hanya berbelanja sekitar RM 500 juta sahaja. 

Dalam keadaan sekarang dengan kenaikan harga barang dan semua perkhidmatan yang lain, adalah tidak bijak untuk menukar kepada sistem baru yang akan menelan belanja hingga RM6 Beliyun. Siapa yang akan menanggung kos ini semua? Menurut sumber dari dalaman Imigresen, segala kos sistem baru ini akan dibuat dengan menaikkan segala harga perkhidmatan yang ada sekarang, ie: Harga Paspot, Srevis caj dan segala macam urusan yang sebelum ini murah akan dinaikkan dengan berlipat kali ganda untuk 'cover' semula kos-kos yang sudah dibelanjakan.


Sekarang jurublog akan mendedahkan secara terperinci bagaimana dan berapa kos yang terlibat untuk mengubah keseluruhan sistem ini.
Syarikat Prestariang Berhad dikemudi oleh Dr Abu Hasan Ismail. Kementerian Dalam Negeri kini dibawah penyeliaan Dato Seri Zahid Hamidi yang juga merupakan Timblan Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga adalah Naib Presiden UMNO. Atas sebab itu blog ini mendedahkan skandal ini kerana mahu menyelamatkan UMNO sekaligus menyelamatkan Malaysia. Jurublog diberitahu dari sumber dalaman lagi, Dr Abu ini sangat rapat dengan menantu Dato Seri Zahid yang bernama Dato Syed Alman bin Syed Alwi.

Menantu DS Zahid yang membawa Dr Abu berjumpa dengan Zahid untuk projek ini. Keakraban Dr Abu dan menantu Zahid memang bukan rahsia lagi. Ini boleh dilihat dengan mata kasar oleh kebanyakan ageensi di bawah KDN. Ini menjadi tanggungjawab jurublog untuk memberitahu semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia bagaimana TPM sedang merosakkan lagi sistem Imigresen negara dengan urusjanji yang tidak masuk akal ini.

Izinkan jurublog menceritakan serba sedikit tentang sistem yang kan ditukar nanti, sistem ini datangnya dari Amerika Syarikat dan ianya akan dipasang oleh pakar-pakar dari Amerika Syarikat di jabatan Imigresen Malaysia seluruh negara. Bukankah ianya merbahaya keada kedaulatan negara kerana segala data akan dipegang oleh Amerika? Sistem yang ada sekarang ini langsung tidak melibatkan Amerika. Kerana sistem yang ada sekarang ini berintegrasi diantara beberapa sistem yang lain. Bukan dimiliki oleh satu syarikat tetapi banyak syarikat.

Tidak dinafikn sistem yang ada sekarang iaitu MYIMM agak perlahan dan kadang kala ianya offline tetapi tidaklah ditahap yang membimbangkan, seperti yang telah jurublog tulis diawal artikel ini, ianya boleh diatasi dengan menaiktaraf kepada 'software' yang baru sahaja. Sistem baru ini akan memakan masa hingga empat tahun untuk disiapkan nanti. Dengan sistem baru pegawai Imigresen dan KDN perlu mnjalani kursus dan pelabagai lagi permasalahan yang kita tidak boleh jangkakan. Kenapa perlu membazir kalau sudah boleh 'upgrade' yang sedia ada? Ianya memerlukan kos yang sangat besar.

Siapa yang akan meendapat keuntungan ini? Kenapa rakyat perlu sengsara dengan segala kenaikan nanti setelah sistem baru ini dimplimentasi? Selama empat tahun mendatang untuk Imigresen mendapat sistem ini, ianya akan menjadi masalah lagi kerana teknologi dinaiktaraf setiap masa. Dalam empat tahun sistem yang dicadangkan ini mungkin sudah 'out of date'. Ini merupakan satu pembaziran dan Jurublog hara artikel ini akan diviralkan demi untuk menyelamatkan Malaysia dari kenaikan berkenaan urusan paspot dan yang berkaitan dengannya.

Selanjutnya baca disini...

Ok artikel ini aku ambil dari blog yang dipanggil Transformasi UMNO, KLIK SINI

PK: Ok aku baru dapat tahu sistem ini sudah dicancel, Alhamdulillah dan terima kasih aku ucapkan pada PM kerana selalu mendengar keluh kesah rakyat dibawahan, bayangkan kalu sistem ini dikuatkuasakan semua charges tentang Imigresen aka melambung tinggi. Siapa kata PM kita tidak prihatin? Sebab itu aku hormat dengan PM kita #RespectMyPM.

Tapi ada cerita panas yang aku ingin kongsi tentang seorang wanita iaitu 2nd Lady kita yang sejak dia pulang dari Korea baru-baru ini langsung tidak kelihatan kelibat beliau di majlis-majlis rasmi mahupun di majlis tidak rasmi, aku sedang menceritakan tentang Dati Seri Hamidah isteri kepada Timbalan Perdana Menteri. Ada yang kata maaf ya bukan aku kata yang suami isteri telah menjalani rawatan muka di Korea. KLIK SINI

So jangan kecam aku sebab bukan aku yang sebarkan cerita ini, aku pun tak tahu siapa yang keluarkan cerita ini dan aku pasti orang yang keluarkan cerita ini pasti orang dalaman TPM sendiri agaknya.

Dikatakan sejak projek SKIN yang merugikan rakyat ini telah terbatal, lagi tak nampak langsung muka Datin Seri Hamidah, sehingga ada yang mengatakan SKIN terbatal mungkin SKIn 2nd Lady pun dah rosak kot. Ini bukan aku kata tapi ada orang sudah mula bercerita. Apa pun kita kena terima kasih pada PM kerana telah membatalkan sebuah projek yang membebankan rakyat dan cukup sekadar upgrade saja dengan sistem yang ada sekarang.

Ada baiknya kerajaan berbelanja secara hemah agar ianya nanti tidak membebankan rakyat. lagipun sistem SKIN bodoh ni adalah dari Amerika, sangat merbahaya sekiranya segala detail rakyat kita ada pada Amerika kan? So terima kasih sekali lagi kepada PM kerana telah menghentikan kegilaan seseorang yang tidak sabar untuk menjadi PM.

Itu aje aku nak cakap.

8 Responses to "TERIMA KASIH PM KERANA TELAH MENGHENTIKAN SATU PROJEK YANG AKAN MERUGIKAN RAKYAT IAITU SISTEM SKIN UNTUK IMIGRESEN #RespectMyPM"

  1. Benda-bend abegini kena highlightkan dengan segera sebelum dilaksanakan supaya kerajaan tahu bahawa sesuatu sedang berlaku, apa yg TPM ingin lakukan belum tentu dipersetujui oleh PM , sebab tu kena hebahkan supaya citizen tahu dan bantahan akan tersebar, bila dah diketahui umum dan tersebar maka kerajaan pasti akan buat sesuatu atau batalkan projek ini !

    projek ini memang tidak masuk akal, sanggat bodoh , kerana ia bukan satu2nya jalan penyelesaian, masih ada jalan lain yang mudah dan murah ,

    tahniah admin !

    ReplyDelete
  2. APA perlu jurublog berterima kasih kepada kerajaan atas pembatalan projek mereka. Ini projek mereka Dan merekalah yg sepatutnya bertanggung jawab jika ada masaalah.konon2 merekalah penyelesai masaalah padahal mereka jugalah yg memulakan masaalah tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dalam kerajaan ada banyak kepala, satu kepala sokong, satu kepala lagi batalkan tu la pasal admin blog ni ucapkan tima kasih.

      kalau satu kepa saja betullah apa yang ko katakan tu anon 8:40 AM

      Delete
  3. aduiiih.. habis tu tpm skrg juga bermasalah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA MEMANG BERMASALAH.. TPM TAK LAYAK JADI PM!

      Delete
  4. Malaysian CybertrooperMarch 13, 2016 at 10:56 AM

    Pada pendapat saya PK terlalu cepat untuk berterima kasih.
    Mungkin betul bahawa Prestariang dengan SKIN nya telah dihentikan. Tetapi jangan pula nanti ianya digantikan dengan Bestinet dengan FWCMSnya atau Synerflux dengan BWMP nya atau mana-mana lagi kompeni yg berminat untuk mengambil alih MYIMMS dari Heitechpadu.

    ReplyDelete
  5. Parpu, hang tak pikiaq ka yang punca kepada segala permasalahan yang rakyat hadapi ari ini adalah yang pertamanya kerana Najib, keduanya Najib dan yg ketiganya pun Najib. Tak perlulah nak memperbodohkan rakyat dengan segala skim kepala atok dia yg konon kononnya untuk meringankan beban rakyat - Sendiri punca dan penyebab masalah maka jalan sebaiknya untuk Malaysia kembali pulih cuma dengan BERAMBUSnya Najib !

    ReplyDelete
  6. Projek ICT yang senang nak kelentong. Tengok jer betapa parah kewangan kerajaan dengan projek 1BESTARI*Net untuk sekolah-sekolah yang diberi kepada YTL. Tahu tak minah mana yang jadi dalang antara towkey ytl dengan kerajaan? Heheheh....ia adalah dato Yasmin yang di ambol kerajaan sebagai ceo MDec. Power tak power permainan. Dah kaya dengan komisyen projek....dapat pulak jadi ceo syarikat kerajaan.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!