PANAS BERAPI! KENAPA GUAN ENG BOLEH TAPI KHIR TOYO TAK BOLEH?

Maaf cakap la, ini aku tak boleh nak terima. Macamana Khir Toyo beli rumah pada harga yang murah dari pasaran beliau diambil tindakan sehingga beliau dipenjara? Kenapa dalam kes Guan Eng yang terang-terang beli dengan harga murah dan masih dalam perkhidmatan semua senyap je?

Untuk pengetahuan korang, kes Khir Toyo tu lagi tak patut sebab masa beliau membeli rumah tersebut ianya hanya ada kerangka asas sahaja, bukan rumah siap pun. Tetapi dalam kes Guan Eng ni, beliau boleh rileks dan siap kata akan jawab esok. Mari baca petikan kat bawah ni:

KALAU KHIR TOYO DI PENJARA BELI HARTANAH DI BAWAH HARGA PASARAN, LIM GUAN ENG TIDAK SEWAJARNYA LEPAS.

Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP - Bagan) membeli sebuah rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah.

Kata Datuk Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu.

Lim Guan Eng melalui laman sosial Twitternya sudahpun mengaku membeli 10,150 sq. ft. tanah berserta binaan rumah banglo. Beliau menulis akan menjawab persoalan ini esok. Persoalannya, kenapa perlu Lim Guan Eng tunggu sehingga esok untuk menjawab persoalan sama ada beliau telah membeli rumah banglo berkenaan lebih rendah daripada harga pasaran atau tidak.

Tokong Lim mendakwa harganya murah disebabkan tiada kolam renang dan rumahnya lama. Sama ada adanya kolam renang ada tidak seperti dakwaannya tidak menjadi persoalan. Begitu juga jualan 'subsale' tidak bermakna harga jualan menjadi lebih murah daripada harga pasaran. Malangnya Tokong Lim terlupa fakta di bawah:

1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah.

2. Rumah yang telah mengalami proses pengubahsuaian oleh pemilik asal dijual dengan lebihan RM300,000 sahaja berbanding harga asal pada 2008 iaitu RM2.5 juta.

3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta.

Jika Mantan Menteri Besar Selangor dipenjara setahun akibat membeli rumah banglo yang harganya di bawah harga pasaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tidak mengambil sikap pilih kasih dengan tidak mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Jangan lupa, Ketua Menteri yang sama telah 'ditangkap' berbohong semalam oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan isu harga minimum rumah kos murah.

PK: Persoalannya sekarang. Rakyat sedang melihat apa tindakan yang bakal dikenakan oleh SPRM dan Peguam Negara. Sudah ada kes pecedent iaitu DS Khir Toyo, takkan kita nak duduk diam dan main losyen je kot? Aku dan rakyat Malaysia mahukan keadilan untuk Khir Toyo, kami mahu Guan Eng juga menerima nasib yang sama.

Ini adalah masa getir yang dunia sedang melihat apakah kerajaan kita hanya suka kenakan orang yang menyokong mereka sahaja dan tidak berani mengambilk tindakan terhadap pembangkang? Sudah banyak kali berlaku insiden sebegini. Sampai bila kita hanya mahu berpeluk tubuh dan diamkan diri?

Sekarang seluruh mata rakyat Malaysia sedang memerhati SPRM dan Peguam Negara. Apakah anda berdua ini jenis cakap serupa bikin atau bikin tak serupa cakap? Cakap-bakap api tak bikin-bikin pun bila ianya melibatkan pihak pembangkang!?

20 Responses to "PANAS BERAPI! KENAPA GUAN ENG BOLEH TAPI KHIR TOYO TAK BOLEH? "

  1. Haram Jadah punya SPRM.. mereka hanya alat perkakas politik untuk jatuhkan org Melayu dan UMNO sahaja. Satu kes pun tak terbuka fail bila melibatkan DAPig atau Pakatan Haprak.

    Terang2 di Pulau Pinang kes2 penyelewengan projek lereng bukit, tambak laut tanpa EIA atau kelulusan rasmi, tiba2 boleh naik dengan 'selamat'

    Kes rasuah dan kekayaan luar biasa Lim Sial Eng DAP CM Penang langsung tak disiasat. Yang hanya galak siasat jika kena pada Najib atau org UMNO. Siasat dan sebar habis2an dokumen kemudia siap Dato Bahrin Celaka bini Ddua tu boleh jatuh hukum lagi utk tangkap PM.. Abu Kassim Salamat Pengerusi SPRM hanya jadi tukang salak dalam paper sahaja.. apa ini?

    SPRM dipenuhi staf2 yang direkrut oleh Pakatan Haprak..sejak kes TBH lagi.. masih buat tak tahu lagi ke pihak Kerajaan?

    ReplyDelete
  2. Itulah orang Malaysia sekarang terutamanya orang melayu terlalu biarkan bangsa kapir laknatullah tu bermaharajalela sangat cakap komplen sampai dengan anggota polis pun mereka tak hormat,jadi dah tak takut sebab apa gara2 budaya samseng yang diajar anuar and kroni2nya.Begitu juga dengan Guan Eng hidup mewah dah lama dah tapi tiada siapa hendak pertikai,semua orang dihasut untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sedangkan dibelah pihak lagi satu bertungkus lumus menjahanamkam bangasa melayu,sama lah dengan Israel sekarang yang menghancurkan kediaman palestine dan dibina penempatan yahudi,inilah yang berlaku di Penang tanya Mahathir apa yang dia buat buka mata terang2 jangan duduk tutup mata pulak.Asyik dok cari salah pm sahaja yang satu pihak lagi dia bela dan bolih pulak duduk berunding nak jatuhak pm ,apalah punya orang. Cakap kat dia Datuk Seri Najib perintah baru berapa tahun tapi lebih baik dari dia 22 tahun.Sekarang kita masuk bab banglo GUAN ENG ,betul apa yang diwar2kan maka peguam negara kena ambil TINDAKKAN jangan double standard undang2 negara.Kalau bekas Menteri Besar Selangor kena penjara tak kan nak lepaskan pulak GUAN ENG ini.Tiada alasan yang bolih merubah akal dan undang2 manusia yang dengan kes yang straight forward.

    ReplyDelete
  3. justice to khir toyo !!

    ReplyDelete
  4. kah.....
    kah.....
    kah.....

    Najib???????

    kah.....
    kah.....
    kah.....

    ReplyDelete
  5. khir toyo siapa? guan eng siapa? lu pikir la sendiri...

    ReplyDelete
  6. Biasala klu utk dia org semuanya boleh..ingat ni sistem komunis ke..palat pny guan eng..harga rumah dah la melampau naik sampai golongan middle income x dpt beli rumah..bina rumah mewah2 kondo mahal2 kaum dia org je main jual beli..main harga pasaran..come on dato sri Najib..bagi transformasi besar2an utk projek2 perumahan yang lebih mesra rakyat

    ReplyDelete
  7. Sprm tolong siasat tentang kes ini

    ReplyDelete
  8. Bukan ke dalam kes Khir Toyo, yg menjual rumah kepada Khir Toyo ialah seorang ahli perniagaan yang mendapat kontrak/projek daripada Khir Toyo?

    Dalam kes Guan Eng, adakah sipenjual rumah tu juga mendapat kontrak/projek daripada Guan Eng?

    ReplyDelete
  9. Saya membeli rumah pada tahun 2010 pada harga RM350,000 dan pada tahun 2016 saya mahu menjualnya kepada kawan baik saya pada harga RM400,000 sedangkan harga pasaran rumah saya pada ketika ini ialah RM650,000.

    Adakah salah bagi saya untuk menjual rumah saya di bawah harga pasaran (kerana saya bukan nak buat untung, sekadar nak lupuskan harta ajer, lagipun saya menjualnya kepada sahabat sendiri).

    Salahkah perbuatan saya di sisi undang-undang Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. u still untung. kes lge pemilik asal rugi banyak sbb dia ada buat renovation.
      dia jugak adalah pengarah syarikat yg dapat contract kerajaan.

      Delete
  10. “Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samaada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..” – Najib Razak, February 2012

    ReplyDelete
  11. SPRM dah terjerat sekarang.....nak siasat ke tidak...???? Rakyat sedang memerhati....
    tapi kalau siasat pun sekadar melepas batok di tangga jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegawai2 SPRM kan dah berpelok-pelok dgn pemimpin2 DAP. Mana SPRM berani ambil tindakan. Tengoklah nanti ianay jadi tiada kes. Tak cukup bukti.

      Delete
  12. rumah lama tahun 50'han...kalau di Penang, 99 peratus kes jualan macam ni, rumah itu akan dirobohkan dan dibina kondo 8 tingkat. kawasan Jln Pinhorn ni dah sibuk, tak boleh bina yg lebih padat. Kebiasaannya, Cina Penang akan beli kondo dan menetap di kondo kerana faktor keselamatan. Guan Eng memang berani duduk di banglo yang amat mudah dicari dan dicerobohi bacai dan barua UMNO untuk merekA protes dan baling sampah dan simbah cat...dah beberapa kali bacai2 tak berguna ni melanggar undang2. Tu pun Guan Eng nak jugak duduk sini. Salute pemimpin yang berani, bukan yang takut bini dan berselindung di sebalik barua2nya bila ada masalah. NI siap dengan bawa reporter dan jurugambar memeriksa rumahnya yang tak seberapa itu dibandingkan dgn mahligai YB Tasik Gelugor yang membuat tuduhan itu.

    ReplyDelete
  13. CAT dah jadi PUSSY

    ReplyDelete
  14. Daripada segi undang2 mmg apa yg dilakukan tak salah tetapi daripada segi etika... ditambah pula ada balasan yg diterima disebalik perjanjian itu. Itu yang dipersoal.
    Guan Eng mungkin tidak akan terlepas kali ini.

    ReplyDelete
  15. Kes Guan Eng sebijik kes Khir Toyo...jadi kalau Guan Eng tak masuk penjara macam Khir Toyo...aku rasa polis, SPRM dan institusi keadilan negara kita sudah amalkan double standard! Tak adil!

    ReplyDelete
  16. kes Khir Toyota, pemilik asal rumah tu beli dengan harga Rm 6.5 Juta dan kemudian di jual pada Khir Toyota pada harga Rm 3.5 Juta..Pemilik asal rumah LGE membeli dengan harga Rm 2.5 Juta dan dijual pada LGE dengan harga Rm 2.8 Juta...cuma anggaran Rm 6.5 rumah LGE tu berdasarkan Market Value sahaja..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!