PANAS BERAPI! GUAN ENG KENA HENTAM DALAM PARLIMEN - VIDEO INSIDE

Penggunaan perkataan "bohong" mencetuskan perang mulut selama sejam di parlimen malam ini, yang berakhir dengan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) diarah keluar dewan.

Kekecohan bermula apabila Lim menuntut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menarik balik satu kenyataan yang dibuat minggu lepas, yang menuduhnya berbohong.

Rahman bagaimanapun, mempertahankan dirinya dengan mengatakan beliau bermaksud kenyataan Lim mengenai kadar rumah mampu milik berharga RM400,000 ditetapkan oleh kerajaan pusat sebagai satu pembohongan.

Timbalan speaker Datuk Ismail Mohamad Said bersetuju dengan Rahman dan mengatakan bahawa perkataan "bohong" tidak ditujukan kepada Lim.

Ia menyebabkan perang mulut selama sejam dalam dewan, dengan Lim menegaskan bahawa perkataan "bohong" adalah tidak berparlimen dan Rahman harus menarik balik kenyataannya.

Ismail berulangkali meminta Lim mengemukakan usul jika tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat, namun gagal menenangkan keadaan.

Ia berakhir apabila Ismail mengusir Lim dari Dewan Rakyat.

Juga diarahkan keluar ialah Teo Kok Seong (DAP-Rasah) apabila timbalan speaker mengatakan beliau merakamkan kekecohan itu dengan telefon bimbitnya.

PK: Panas hati Guan Eng sampai kena halau sebab dipanggil dia sebagai pembohong. Steady Rahman Dahlan, you really have balls man to whack this coward CM. Kasi dia taruk lagi sampai dia resign! Nampaknya Penang bakal dapat CM baru tak lama lagi....

3 Responses to "PANAS BERAPI! GUAN ENG KENA HENTAM DALAM PARLIMEN - VIDEO INSIDE"

  1. berjaya la dia mengeluarkan diri dia dari dewan.. yg penting dia dapat tunjuk dia hero? dan skang otw ke hainan? bukan je pembohong, pembelit dan penipu mamat CM ni..

    ReplyDelete
  2. LGE boleh cakap kepada Dr Lim Councillor MBPP sebagi bohong boleh tapi kena batang hidung sendiri tak boleh terima

    ReplyDelete
  3. I'm enjoying myself watching all of you bringing the whole country down.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!