CILI KASI TARUK! MEDIA ASING TIDAK BERHAK MENCAMPURI URUSAN NEGARA KITA! #RespectMyPM

Aku cukup pantang bilamana media asing masuk campur urusan negara kita. Dah la selama ini hampir setiap hari media asing menyerang PM Najib Razak. Ini dah sampai nak langgar majlis pulak dah. Apa gila mat saleh-mat saleh ni semua? Apa mereka fikir negara kita takde undang-undnag ke?

Aku sangat tidak boleh terima perbuatan keji wartawan Australia ini. Aku pun pengamal media, tapi kita ada maruah dan kita tidak bangsat macam ABC Australia. Menterjah masuk majlis orang padahal PC sudahpun tamat. Orang putih dari zaman dulu memang suka masuk campur hal dalaman orang lain.

Aku faham ada sesetengah rakyat Malaysia yang marah atau nak kritik PM, takpe korang boleh saja kritik tetapi dalam marah pun kita kena fikirkan kedaulatan negara kita. Katalah PM sudah tukar baru, disebabkan sudah biasa mencampuri urusan negara kita maka pihak media barat akan terus-terusan kacau PM baru nanti. Masa tu nak salahkan siapa?

Jadi marah macamana pun kita jangan jadikan media sebagai pengacau di bumi berdaulat seperti negara kita ini. Aku sebagai blogger mengutuk keras tindakan media asing yang cuba memalukan Perdana Menteri kita.

Kalau ya pun mahu tukar PM, ikutlah saluran yang betul dan tidak perlu terlampau emosional. Harus diingat, kita tidak boleh biarkan budaya kurang ajar dari dunia luar menular ke negara kita. Kita selalu harus ingat akan perkataan ini #RespectMyPM

0 Response to "CILI KASI TARUK! MEDIA ASING TIDAK BERHAK MENCAMPURI URUSAN NEGARA KITA! #RespectMyPM"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!