KARI BERAPI! PARPUKARI SOKONG DENGAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA BANGLA TAPI HANTAR BALIK SEMUA PENDATANG HARAM!







Seperti yang telah banyak kali aku perkatakan, aku tak kisah dengan pengambilan Bangla atau pekerja asing yang baru ini. Lagipun yang telah diluluskan adalah 1.5 juta, bukan bermakna semua datang sekaligus. Ianya akan dilakukan secara berperingkat ok. So jangan melatah dan jadi gila tak tentu hala.

Walau aku ni tak berapa berkenan dengan Menteri Dalam Negeri sekarang ni tapi aku setuju dengan apa yang telah disarankan oleh beliau. Aku marah dan tidak bersetuju dengan PEMUTIHAN sahaja. Kerana pemutihan akan membuatkan negara kita rosak. Aku dah tulis pasal ni. SILA KLIK DAN BACA SINI

Mudah saja, kerajaan kena hantar balik semua pendatang HARAM yang sedia ada yang dikhabarkan ada sekitar 2 juta atau lebih itu dan ambil pekerja Bangladesh secara sah dan boleh dipantau. Aku sendiri ada kawan-kawan dalam pelbagai sektor industri dna mereka memang menghadapi masalah pekerja. Orang kita ni cakap memang hebat bila tiba tang kerja berat dan kotor ni semua memang takkan buat punya la.

Contoh mudah aku bagi korang, pergi ke hotel 5 star atau Fast Food mahupun 7E anda boleh lihat orang kita dah macam tak berapa berminat nak kerja. Mereka lebih suka berFB dan kerja pejabat. Tapi kalau kerja-kerja lain mereka tak berminat. Tanyalah sahabat-sahabat anda yang berniaga dari restoran mahupun apa saja perniagaan. Tanyalah mereka macamana attitude orang kita.

So jangan jadi munafik dan nak cakap banyak la, kita memang perlukan pekerja asing untuk sektor-sektor yang ad adalam gambarajah diatas tu. Mereka bukan datang sini untuk nak jadi warganegara. Mereka datang untuk buat kerja sahaja. Apa yang merisaukan aku adalah program pemutihan yang akan merosakkan negara hanya untuk kayakan MYEG!

Kepada pihak Imigresen, buat kerja tangkap semua pendatang haram. Menteri pun jangan banyak cakap retorik je dan Menteri KDN kena make up his mind. Nak pekerja baru atau nak buat pemutihan. Mana boleh buat keduanya sekali? Kot ya pun nak kaut keuntungan janganlah buat kerja gila macam ni.

Aku tetap tak mau PEMUTIHAN dilakukan especially dengan mempergunakan MYEG. Oh ya kalau ya pun adik Menteri KDN punya syarikat yang kendalikan semua Bangla yang nak masuk ni, I doNT CARE as long as ianya dilakukan dengan sah. Takkan la kalau jadi adik menteri ke timbalan menteri ke tak boleh nak berniaga kan?

Dari korang complain tak tentu pasal sebab dia adik menteri dan boleh dapat job macam ni, baik korang cari peluang dan berniaga dengan baik dan jangan buat perniagaan ALI BABA ok. Kalau tak boleh nak membantu tolong jangan susahkan orang lain.

HANTAR BALIK YANG HARAM DAN IMPORT YANG HALAL DAN SAH! Aku setuju dan sokong dengan kemasukan 1.5 juta Bangladesh secara berperingkat ini. Kalau korang tak setuju sila bagi alasan yang munasabah dan bukan alasan bodoh ok. Peace!

19 Responses to "KARI BERAPI! PARPUKARI SOKONG DENGAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA BANGLA TAPI HANTAR BALIK SEMUA PENDATANG HARAM! "

  1. Waimma Apa Pon Alasannya, TETAP AKU TAK SETUJU....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama skali sblm d masukkan ke negeri mesti d buat saringan penyakitsss seperti tb's, hiv etc...sekarang mcm2 penyakit wujud tah dari mana.

      Tlp

      Delete
  2. Aku sokong habis dgn PK....
    HANTAR BALIK YANG HARAM DAN IMPORT YANG HALAL DAN SAH... dengan kemasukan 1.5 juta Bangladesh secara berperingkat ini..

    ReplyDelete
  3. Blm pasti dgn adakan pemutihan semua bangla akan mendaftar secara tak langsung mereka masih lagi bebas sebagai pendatang haram... jika ambik bangla 1.5 juta berperingkat2 dah tentu semua data akan ada dgn imigresen kan senang jika ada berlakunya jenayah senang kerja polis nak mencari mereka kelak.....

    ReplyDelete
  4. Cara terbaik ambik pekerja bangladesh dgn hantar balik pendatang haram yg dah besar kepaka tu.....

    ReplyDelete
  5. Tust me pemutihan takkan berjaya punya buat apa nak ambik risiko semata2 nak kayakan myeg tu aje....

    ReplyDelete
  6. Parpu..tanya 1 soalan je pada menteri & KDN..kenapa 1.5 juta tu semuanya bangladesh? Mana logik semua majikan nak bangladesh..1 perkara yg jelas kat sini..diorang paksa majikan ambik bangla supaya kuota 1.5 juta cepat habis & diorang boleh sign lg mou dgn kerajaan bangla mintak kuota baru. Hal ini akan berterusan..menyalak la mcm mn sekalipun, diorang hanya bermotifkan keuntungan. Tak percaya? Tunggu 1.5 juta habis, pasti diorang bwk masuk lg atas alasan yg sama. Bangla sanggup gadai rumah & tanah, pinjam ceti nak dtg sini. Dari zaman paklah dah nampak ada yg tak kena..cthnya outsourcing company diwujudkan sampai 300 lbh khusus utk bwk masuk bangla shj. Skrg bila zahid keluar kenyataan, kj akan menyokong..kahkahkah. Zahid lg rakus sub kan keje berkaitan imigresen..

    ReplyDelete
  7. Soal myeg? Dah terlambat parpukari..aku pelik pihak imigresen langsung tak bersuara bila myeg ambik peranan awal 2015. Takde bantahan langsung..urusan visa diserahkan pada sykt swasta pun imigresen senyap. Ketua pengarah dtg dari RELA pun terima je. Takut ke? Memang menteri ada kuasa mutlak..tp imigresen takkan sanggup tebalkan muka dtg ofis tanpa tugas penting? Takkan semua nak ditransferkan ke bahagian penguatkuasa? Bukan hari2 buat operasi pun..pkl 9-10 pagi dah melepak minum2. Tak mcm dulu..keje tak cukup tgn. Betul jugak ye...hjg bulan tunggu gaji masuk. Nak buat apa bising2..haha

    ReplyDelete
  8. Ingat insiden bangla tidur bawah jambatan? Masa tu zaman dollah badawi. Alasan yg sama macam zahid hamidi cakap skrg ni..rakyat tak minat kerja sektor 3D. Dulu sykt outsourcing punya keje..bawa masuk guna nama sykt lain, keje sykt lain. Ada tu bwk masuk, keje pun takde. Tipu belaka..Bangla2 dijanjikan macam2...company bagi gaji, elaun tinggi la, ada overtime la..last2 tido bawah jambatan. Pergi check arkib utusan malaysia, berita harian, kosmo, metro dan segala akhbar dalam negara ni kalau tak percaya..hal yg sama sedang berulang kembali.

    ReplyDelete
  9. elok serap bangla ke sektor awam sebab kat situ pun ramai penjawat awam
    yg tak berguna.

    ReplyDelete
  10. Kalau 1.5 juta hanya untungkan kroni, nak tak nak dlm masa yg sama menteri kena cari idea untungkan kerajaan..baru najib tak bising. Tu pasal program pemutihan takde penamat. Dulu pemutihan, skrg dah tukar nama kasi kelirukan rakyat...hahaha. penggajian semula tahi kucing.

    ReplyDelete
  11. ALHAMDULILLAH PROGRAM PEMUTIHAN PEKERJA ASING BERJAYA MELONJAKKAN LAGI KOS YANG TERPAKSA DITANGGUNG OLEH MAJIKAN SEBANYAK RM1200 (TIDAK TERMASUK BAYARAN LEVI, PROSES, DENDA TINGGAL LEBIH MASA, FOMEMA DLL). 5 SYARIKAT DILANTIK KERAJAAN DI MANA RM1200 NI SENANG2 MASUK AKAUN MEREKA. KAYA..SEKELIP MATA KAYA..KALAU ADA 2 JUTA PEKERJA HARAM, KALIKAN AJE DENGAN RM1200 TU. RM2.4 BILLION. BAHAGI DGN 5 SYKT. SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA..BUKAN TUJUAN UTAMA DIORANG NAK ISI KEKOSONGAN KERJA 3D...DIORANG NAK KAYA CEPAT. BUKAN NAK DENGKI, TAPI MMG DAH MELAMPAU...

    ReplyDelete
  12. Kening terangkat berapi kasi taruk!! Checkmate buat ZAHID HAMIDI dan macai2 kaki jilat, satu demi satu projek meragukan berkaitan pekerja asing dibongkarkan. Pesanan ikhlas dari rakyat : Cari makan, cari makan jugak..jgn rakus sgt.

    ReplyDelete
  13. KDN jadi lubuk menteri & bekas menteri, bekas ksu, bekas pegawai atasan kumpul duit dunia akhirat. Kalau boleh cari utk 7 keturunan terus. Anak2 tak payah susah2 nk keje..lbh2 lg keje sektor 3D. Ada anak menteri yang muda2 lg diberinya title datuk..kahkahkah. Rakyat biasa, belia, graduan diperli, dicabarnya kerja kotor. Hancing lu..masa untuk tukar kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali pun tukar kerajaan takkan ada jln penyelesaian... sape yg nak kerja di sektor tu ce cite sikit....

      Delete
  14. Baral punya menteri.

    ReplyDelete
  15. Kalau menteri betul-betul ikhlas, bagi tau nama syarikat yang dapat projek KDN & siapa di blkg syarikat tersebut (ahli lembaga pengarah). Teruk dah kdn & jabatan imigresen kena kecam disebabkan nak backing menteri. Bentangkan kat parlimen secara detail. Blogger penyokong kerajaan pun dah pening kepala nak reka alasan halalkan tindakan menteri.

    ReplyDelete
  16. Mula-mula haritu memang Menteri KDN cakap nak pulangkan yang illegal dan masukkan pekerja asing yang sah saja. Tau-tau baru-baru ni offer balik 6P atas alasan kos lebih rendah. Flip-flop betul la. Makin terhakis kepercayaan rakyat kepada pemerintah. Bertegas la sikit...maybe ni semua atas desakan dari majikan2 yang sememangnya menggunakan khidmat PATI. Cuba congak keuntungan mereka selama ini..ini..tanpa levi....berapa kerugian kerajaan selama ni. Datang pun entah dari mana. Latarbelakang pun tak dikenalpasti. Entah2 orang buruan di negara asal mereka. Isu sekarang Bangla yang tak habis2 diviralkan. Pemutihan aka 6p yang lepas apa statistiknya? Berapa ramai warganegara dari INDIA, CHINA, PAKISTAN, BANGLADESH, VIETNAM, MYANMAR, INDONESIA dan lain-lain.
    lAGI SATAU...Setakat kerja kilang elektonik..rasa2nya berlambak2 orang tempatan nak kerja...alasan tak diterima sbb high turn over. Apa taknya...ambil jadi pekerja kontrak. Cukup time..pekerja asing masuk...keluarkan pekerja kontrak tempatan. Polisi KDN dah jauh menyimpang. 'PENGGUNAAN PEKERJA ASING BERSIFAT SEMENTARA' sudahnya pekerja tempatan yang jadi sementara. Guna sementara nak tunggu pekerja asing tiba. Aduyaiiii APTB

    ReplyDelete
  17. Apa pon mesti buat saringan. Mereka bawa segala penyakit ke cni. Strict la sikit. Jgn main hentam wak keromo saja. As usual kekadang penguatkuasa kita ni mcm nak muntah dgn tidak apa attitude...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!