Setlah viral cerita itu, maka kita pun cari sumber sahihnya, tak jumpa. Kira macam MI sekadar menyiarkan berita 'hearsay' untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Tidak berapa lama kemudian keluar pulak kenyataan rasmi Panel Penilaian SPRM seperti berikut:
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia ‘mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC’ seperti dilaporkan dalam portal berita The Malaysian Insider hari ini.Nampak tak game Malaysian Insider, berita yang mereka siarkan pada mula itu rupanya satu fitnah yang direkayasa untuk menimbulkan kekecohan. Dari cara mereka melaporkan itu sudah hampir pasti bahawa PM Najib Razak bersalah dan korang nilaikan sendiri berita dari Ketua Panel SPRM.
Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo berkata, panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada panel berkenaan.
“Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Hamid berkata, panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai “cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC” seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa “terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”.
Panel juga tidak membuat rumusan bahawa “penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib”, katanya.
Bagaimanapun, katanya, panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.
Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan “SPRM diminta oleh panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini”.
“Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM.
“Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.”
– BERNAMA
Beberapa hari lepas TMI telah membuat lagi satu fitnah bilamana mereka telah memetik status dari Yuktes Vijay dan menggambarkan seolah-olah bekas peguam Anwar ini berkerja sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri. Tajuk kata Pegawai Khas tetapi isi didalam menyatakan setelah penyiasatan dilakukan oleh TMI mereka mendapati dia tidak ada langsung dalam pejabat PM.
Malah kalau korang perasan sejak dari penubuhan TMI ni dahulu mereka memang banyak menyebarkan berita yang tidak tepat dan banyak HEARSAY dari fakta. Tapi biasalah orang kita ni, kalau gosip memang sangat laku. Kalau cerita betul siapa pun tak minat kan?
So aku sangat setuju TMI disekat dan sekiranya ada lagi laman portal yang terlampau, sila sekat mereka juga. Kalau nak lapor berita, lapor la yang betul dan berfakta. Jangan lapor benda yang belum pasti. Sebagai pengamal media kita kena bertanggungjawab ok.
Aku menyokong tindakan yang diambil oleh SKMM!
dah la, tak payah nak kipas bos yang bayar awak tu. Rakyat dah pandai menilai, bukan bodoh. Tunggu PRU nanti.
ReplyDelete