PANAS BERAPI! KENAPA KERAJAAN TETAP MAHU MENGHALALKAN PENDATANG HARAM? SEBARKAN


Baru je minggu lepas aku dok bebel pasal benda ni. Aku belasah MYEG sebab mereka akan mendapat projek pemutihan atau nama baru seperti disebut PM iaitu REHIRING PROGRAMME. Berbuih mulut aku kata jangan bagi muka sama PATI ni. Tangkap dan hantar mereka pulang. Bukan kasi kesenangan untuk menjadi Halal begitu sahaja.

Aku tak salahkan PM dalam hal ini sebab aku tau PM sedang hadapi banyak dugaan sekarang ni. Dari kes 1MDB hingga la ke kes Peguam Negara, sebab tu PM ada menteri yang bertanggungjawab dalam urusan ini. 

Aku tak faham kenapa perlu halalkan PATI ni semua? Wahai Menteri KDN, apakah anda tidak menerangkan betapa bahaya cadangan anda ini? Kalau dihalalkan semua PATI yang kutang lebih ada sejuta dalam Malaysia ni lepas tu ambil baru lagi berjuta. Apa akan jadi? 

Takkan la sebab nak kasi job ni kat MYEG maka nak diteruskan jugak kerja gila ni. Apa benda ni tuan Menteri? Fikir la sikit pasal negara kita. Aku dah terangkan dengan panjang lebar dalam artikel sebelum ni. Hantar balik pendatang haram ni semua dan ambil baru.

Wahai tuan PM. Mintak tolong kaji balik program ini. Jangan dihalalkan yang sudah haram. Tangkap mereka dan hantar balik. Kalau nak ambik baru biar mereka datang dan masuk dengan cara betul. Tolonglah sampaikan pesanan ini pada PM. Selamatkan negara kita dari dibanjiri pendatang haram.

Tolong viralkan artikel ini demi negara kita yang tercinta ni. Aku yakin ini semua untuk jadikan MYEG lebih kata raya. 

5 Responses to "PANAS BERAPI! KENAPA KERAJAAN TETAP MAHU MENGHALALKAN PENDATANG HARAM? SEBARKAN"

  1. Orang kita sendiri malas , kerja nak senang, harga buruh mahal, tak nak berpanas terik. Kita sendiri yang jual negara! Aku berani komen sebab aku berani tanggung kat akhirat ape yang aku cakapkan ni benar,. Mana mana negara pun ada pendatang haram wei, dengan jumlah buruh malaysia yang memang tak mencukupi bagus sangat lah PATI ni datang buat kerja daripada orang orang kita sendiri yang malas nak buat kerja. Hidup kena suap mana nak maju bro. Sekian, ada bran publish lah komen aku :*

    ReplyDelete
  2. Slm bro, nk ckp salah, tak ckp menyesal! Yg ada sekarang ni pun kerajaan tk boleh kawal, apatahlagi yg nk masuk berjuta!takot2 kerajaan bagi ic plk lps ni, keselamatan rakyat prlu diutamakan, siapa disebalik semua ni? Cuba bro cuit sikit menteri kdn tu,

    ReplyDelete
  3. Nak tanya, yang dikatakan 1.5m yang nak masuk tu, dah masuk ke belum?

    ReplyDelete
  4. Satu lg bro, lepas ni kemasukan pelancong dari china tak perlu pakai visa lagi. Saya syak, bila mereka masuk, sebahagiannya tak akan keluar. Mereka jadi warganegara secara haram. Bnyk cara utk jd warganegara ni. Antaranya beli ic palsu, ic rakyat kaum cina yg meninggal tidak dilapor tetapi digantikan dgn pelancong china. Mereka tinggal di penempatan cina yg pihak imegresen, polis dan sebagainya tak akan masuk. Kalau mereka berada dalam ladang babi, siapa yg sudi masuk nak check dokumen? So, janganlah jadikan kegawatan ekonomi sebagai projek menambah warganegara secara haram. Pak menteri, imegresen dan lain2 agensi kerajaan tak pernah ada syak wasangka ke? Jangan hanya sibuk kpd bangla sedangkan warga china dh bertukar jadi warga malaysia secara haram tiada siapa ambil peduli.

    ReplyDelete
  5. Ak nak kata article ni bangamg marah plak.. Sbb xder tindakan kat PATI dia org buat pembangunan nak harap org malaysia gaji mahal.. Suka curik tulang.. Dia org gaji murah

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!