CILI KASI TARUK! TERBUKTI MYEG MEMANG TAK BOLEH PAKAI! WAJIB BACA

Baru minggu lepas aku buat artikel pasal jahanam punya MYEG! Baru ini pihak Imigresen sendiri sudah dedah yang sistem PLKS kendalian MYEG gagal, mari kita baca dulu kat bawah ni:

"PETALING JAYA: Jabatan Imigresen mendakwa terpaksa campur tangan apabila lebih 30,000 permohonan memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing gagal diselesaikan menerusi sistem dalam talian tahun lalu.

Ia pendedahan jabatan itu kepada mStar Online selepas setahun sistem dalam talian itu dilaksanakan bagi memudahkan majikan membuat permohonan tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Pengarah Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen, Khairul Khar Yahya berkata, berdasarkan rekod pihaknya mendapati sebanyak 31,301 permohonan tidak berjaya diselesaikan sepenuhnya oleh penyedia perkhidmatan sepanjang tahun lalu.

Menurut Khairul, walaupun jumlah itu kecil berbanding bilangan permohonan yang berjaya diproses oleh penyedia perkhidmatan berkenaan tetapi 'kegagalan' tersebut boleh menimbulkan masalah kelewatan serahan pelekat PLKS baharu kepada majikan.

"Sebanyak 31,301 permohonan itu menyebabkan kelewatan sehingga menimbulkan rungutan dan aduan di kalangan majikan.

"Urusan permohonan memperbaharui PLKS melibatkan Jabatan Imigresen dan kita perlu memastikan pelaksanaan sistem dalam talian berjalan lancar tanpa sebarang masalah," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Difahamkan, jumlah tersebut tidak termasuk permohonan dibuat majikan di kaunter imigresen disebabkan kes-kes tertentu yang perlu dibuat secara manual.

Khairul berkata, jumlah permohonan tidak berjaya diproses secara dalam talian sehingga perlu diselesaikan oleh Jabatan Imigresen itu melibatkan aspek teknikal dan kemaskini.

"Penambahbaikan perlu bagi memastikan perkhidmatan dalam talian itu menjadi lebih cekap pada masa akan datang.

"Sehubungan itu, Jabatan Imigresen sebagai agensi pelaksana perlu mengadakan perbincangan untuk penambahbaikan dengan penyedia perkhidmatan," katanya.

Tahun lalu, sebanyak 926,386 permohonan memperbaharui PLKS berjaya diproses secara dalam talian.

Ia meliputi enam sektor dibenarkan iaitu pembuatan (411,483), pembinaan (175,704), perkhidmatan (135,224), perladangan (86,264), pertanian (67,880) dan pembantu rumah (49,831).

Mstar Online telah menghubungi MyEG yang merupakan penyedia perkhidmatan dalam talian untuk permohonan memperbaharui PLKS itu dan sedang menunggu maklum balas pihak berkenaan.

Pelbagai rentetan yang dilalui perkhidmatan dalam talian bagi memperbaharui PLKS sehingga hangat diperkatakan sepanjang tahun lalu terutama di kalangan majikan, persatuan majikan dan industri.

Bermula dari ia dikuatkuasakan pada 5 Januari 2015 sehingga Jabatan Imigresen memutuskan untuk membuka semula kaunter di jabatan itu pada akhir bulan yang sama selepas mendapat rungutan majikan bagi pelaksanaan baharu tersebut.

Pembaharuan PLKS secara dalam talian kemudiannya dilaksanakan secara menyeluruh di Semenanjung pada awal Mei tahun lalu." Mstar

PK:  Kalau korang nak baca artikel aku pasal MYEG, KLIK SINI

Pertama sekali, tahniah aku nak ucapkan pada PM kerana Peguam Negara telah keluarkan kenyataan PM kita tidak bersalah dan beliau adalah bersih dari segala pertuduhan yang dilemparkan sebelum ini. Dikesempatan ini aku nak mintak PM agar ambil perhatian pasal isu ini dan hentikan kegilaan MYEG yang nak ambil projek pemutihan pulak.

Come ON la MYEG! Kalau PLKS semudah ini pun tak boleh nak handle, ada hati lagi nak handle pemutihan. Tangkap je semua pendatang yang ada kat Malaysia ni, hantar pulang dan ambil yang baru. Jangan kerana nak kasi projek pada MYEG maka diberi pada mereka projek ni walau tahu mereka ni gagal dan tidak boleh handle perkara semudah PLKS.

Dan mintak SPRM siasat MYEG tentang perkara ini, mana boleh sistem sangkut macam tu je? Mesti ada hanky panky seperti yang pernah aku dedahkan dulu. Kepada MENTERI bertanggungjawab, sila buat siasatan tentang isu ini dan jangan berdiam diri je.

Oh ya beberapa hari lepas ada yang tinggalkan komen dalam blog aku pasal skandal Projek RASUAH yang melibatkan menteri. KLIK SINI

Diharap para pegawai Menteri jangan makan gaji buta dan buat apa yang patut terhadap blog ini. Tuduhan mereka amat serius dan tolong jangan tidur dan lakukan sesuatu ok

KATAKAN TIDAK KEPADA MYEG! 

6 Responses to "CILI KASI TARUK! TERBUKTI MYEG MEMANG TAK BOLEH PAKAI! WAJIB BACA"

  1. Myeg ni plks pun tak blh nak handle lagi ada hati nak handle pemutihan... tak payahlah buat gitu nanti hanya kerana nak kaut untung....

    ReplyDelete
  2. Bagi muka kat cina kapiaq menyamar ni lah jadinya

    ReplyDelete
  3. Renew permit pekerja asing, myeg dah sapu..lanjutan visa pun dah dibahagikan kpd sykt swasta. Tinggal bahagian pasport dan penguatkuasa je. Bahagian pasport esok lusa pun ada company yg idamkan. Di bawah orang yg sama, tak mustahil keje penguatkuasa pun difaraidkannya. Watak je alim selalu pakai jubah & kopiah putih, tamaknya mengalahkan firaun. Ketua pengarah skrg asal dari RELA pasti kekal lama sbb nak cover line & setuju apa saja cadangan firaun.

    ReplyDelete
  4. Nak Tanya 1.5 juta Bangla dah masuk ke belum?

    ReplyDelete
  5. Semuanya dah dibolot oleh myeg. Syarikat yang patut memberi khidmat yang sama dah pun dikuasai oleh myeg. Monopoli ni dah lama berlaku tapi pihak berkuasa berdiam diri sahaja. Cubalah tengok siapa pemegang saham myeg. Bukan kecil anak semuanya. Tak beranilah dipertikai kalau setakat pegawai bawahan sahaja. Bukan tak ada syarikat bumiputera lain yang mampu buat. Tapi semua dah tak kena endah. Kuat betul myeg ni. Buatlah mana yang boleh, myeg terus kuat dan bolot semua

    ReplyDelete
  6. Bahagian 2 - Projek Rasuah terbesar Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen
    Setelah jurublog dedahkan Projek Rasuah Dato Seri Zahid Hsamidi bahagian 1, kini jurublog akan menceritakan seterusnya apa yang telah dibuat oleh konco-konco Dato Seri Zahid Hamidi untuk menipu rakyat dan untuk kayakan majikan mereka.

    Jurublog ingin perkenalkan seorang yang sangat penting dalam hidup Dato Seri Zahid Hamidi. Nama watak penting ini adalah Shekh Ruzi. Bila disebut nama ini, sesiapa yang mengenali Dato Seri Zahid Hamidi akan tahu siapa dia dan apa peranan dia dalam kehidupan harian DS Zahid.

    Shekh Ruzi adalah ‘gatekeeper’ Dato Seri Zahid Hamidi. Sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, mereka harus mendapatkan restu atau ‘appointment’ melalui Shekh Ruzi. Tanpa kebenaran beliau tiada siapa dapat berjumpa dengan DS Zahid. Kecuali menantu Zahid seperti yang telah jurublog ceritakan di bahagian 1 tempohari.

    Baru-baru ini Shekh Ruzi telah membawa Dato Seri Zahid Hamidi dan Datin Seri Hamidah ke Korea melalui jet peribadi. Ruzi telah membawa kedua suami isteri ini dari Sabah dan terbang terus ke Korea. Shekh Ruzi menjaga apa sahaja yang dikehendakioleh Dato Seri Zahid. Isteri Ruzi, Datin Cindy pula ditugaskan untuk menjaga Datin Seri Hamidah yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

    Shekh Ruzi dan isteri Datin Cindy, cina masuk Islam memang pakar dalam menjaga kepentingan Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Apa saja dikehendaki mereka akan ditunaikan. Dari shopping hingga ke makan ditempat mewah dan membuat ‘facial’ semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh Shek Ruzi. Jurublog juga ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia. Dato Seri Zahid baru saja membuat rawatan muka di Korea. Jurublog sertakan gambar terbaru Timbalan Perdana Menteri ini untuk tatapan rakyat Malaysia dan lihatkan sendiri perbezaan sebelum dan selepas rawatan muka ‘botox’ untuk menegangkan kulit muka yang kendur.
    Baca sambungannya di Blog: http://transformasiumno.blogspot.my/
    Page FB: https://www.facebook.com/umnotransfom

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!