CILI KASI TARUK! BAHALOL MANA YANG KATA PERJANJIAN TPPA SUDAH DITANDATANGANI? INI PENDEDAHAN YANG SEBENAR

Aku perhati je sejak dari 2 hari lepas kecoh satu soSIAL media mengatakan yang negara kita sudah menandatangani perjanjian TPPA. Ada sesetengah page yang siap maki hamun PM dengan mengatakan Pm dah jual negara kita dengan perjanjian tersebut.

Sedangkan ianya baru diperingkat persetujuan dan isu TPPA ini akan dibahas di parlimen yang terdiri dari pihak kerajaan dan puak pembangkang. Bukannya terus sign an sealed la wei. Menteri MITI, Dato Seri Mustapha Mohamad pun dah kata belum sign apa-apa lagi.

Baca tweet KJ baru korang akan faham apa sebenarnya. Ianya baru persetujuan dan belum sealed the deal lagi la wei. So hentikan fitnah murahan dan biar parlimen bahas dulu buruk dan baiknya perjanjian ini. Aku personally tak berapa minat dengan perjanjian ini namun sekiranya ianya ada kebaikan buat rakyat so kita kena teruskan.

Kalau banyak sangat buruknya maka kita kena hentikan dan aku nak share dengan korang satu kenyataan orang yang rapat dengan Menteri MITI ini dan faham apa sebenarnya sedang berlaku. Ini kenyataan dari Syed Azidi ynag telah aku petikd ari facebook beliau.


Saya terpanggil untuk dengan rendah diri menegur penyunting-penyunting media termasuk media arus perdana yang melaporkan berhubung TPPA. Penggunaan kalimah seperti "meterai' dan 'done deal' antaranya adalah sama sekali tidak menggambarkan apa yang berlaku di Atlanta dan kenyataan oleh Menteri-Menteri Ekonomi negara TPP semalam.

Pengumuman semalam mengesahkan bahawa 'negotiations concluded' atau rundingan telah selesai. Ini bererti pihak-pihak terlibat telah mencapai kata sepakat bahawa tidak lagi perlu rundingan berterusan. Perbincangan sudah menemui jalan penghujungnya.

Apakah ini bererti bahawa rundingan itu kelak akan dipersetujui oleh semua pihak terlibat (12 negara TPP)? Jawapannya tidak. Ini kerana keputusan sama ada negara-negara berkenaan akan menerima atau tidak perjanjian TPP bergantung kepada proses domestik negara masing-masing.

Menteri yang mewakili Malaysia, Mustapa Mohamed telah berkali-kali memberi taklimat dan penerangan kepada pihak media tentang proses ini. Mustapa amat jelas bahawa sebaik sahaja teks perjanjian rasmi diserahkan kepada Malaysia, kerajaan akan memberi akses kepada orang ramai untuk mengkaji sendiri butiran perjanjian tersebut. Kerajaan juga akan mengadakan sessi konsultasi dengan semua pihak berkepentingan dan dengan rakyat.

Keputusan menandatangani perjanjian ini atau tidak akan dibuat secara bersama. Ia bukan keputusan kerajaan semata-mata. Kerajaan akan membentangkan teks perjanjian TPP ke Parlimen dalam tempoh persidangan terdekat ini. Bersama-sama dengan teks itu, kerajaan akan bentangkan juga hasil dua kajian berkaitan untung rugi TPPA.

TPPA akan dibahas oleh ahli-ahli parlimen dan kemudian akan diundi. Keputusan ahli-ahli parlimen ini akan di bawa pula ke kabinet. Selepas itulah baru kerajaan akan memberi kata putus.

Sekiranya kerajaan menandatangani TPPA selepas semua proses domestik ini selesai, perjanjian itu belum akan dilaksanakan kerana kerajaan perlu membuat pengesahan terhadap perjanjian tersebut (ratify) dalam tempoh 24 bulan. Sekiranya di dalam tempoh itu kerajaan mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan perjanjian tersebut, maka ia tetap tidak akan dilaksanakan.

Penjelasan di atas, telah berkali-kali dijelaskan oleh YB Menteri kepada pihak media, kaukus parlimen yang terdiri dari backbenchers dan pembangkang, serta kumpulan-kumpulan berkepentingan, sejak beberapa tahun yang lalu.

Malaysia telah menyertai rundingan TPPA sejak lima tahun lalu. Di dalam tempoh tersebut, kerajaan tidak pernah menyembunyikan perkara yang dibincangkan dari pengetahuan pihak-pihak yang berkepentingan. Kerajaan mengadakan dialog, dan konsultasi berterusan dengan pihak-pihak berkepentingan untuk memaklumkan status dan juga bagi mendapatkan maklumbalas. Sehingga 13 Ogos 2015, kerajaan telah mengadakan 111 engagement dalam bentuk dialog dan konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan. Pada 13hb Ogos 2015, YB Menteri MITI juga telah memberi taklimat kepada pihak media Malaysia dan antarabangsa mengenai rundingan terkini.

Kekeliruan terhadap masyarakat yang ditimbulkan oleh pihak media massa dan juga oleh pihak-pihak berkepentingan tidak seharusnya berlaku. Ini kerana semua pihak arif bahawa TPPA tidak akan ditandatangani selagi proses domestik tidak diselesaikan.

17 Responses to "CILI KASI TARUK! BAHALOL MANA YANG KATA PERJANJIAN TPPA SUDAH DITANDATANGANI? INI PENDEDAHAN YANG SEBENAR"

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete
  2. thailand n indonesia tak masuk pun in the nego...ini baru negara berprinsip... bukan hamba abdi anyone...
    while, msia kwn baik amerika mcm apa entah... protes hari jumaat pandai 2 jam... lps tu smua pro USA...

    hidup njib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dipilih gergasi ekonomi asean...negara mundur amerika x layan

      Delete
    2. Indon ngan Thailand negara mencret.Diorang tak minat negara mencret.Tapi dari hint-hint yang diberikan oleh Jibby Calamari n The Gang nampaknya mereka amat berminat nak join club Obama.Ditambah lagi dengan keharian Air Force One dan The Beast lepas tu main golf sambil lentik- lentik bontot menguatkan lagi persepsi rakyat yang kita akan menurut kehendak White House.Tambahan lagi PM kita juga dikenali ramai sebagai seorang yang lembam dan gila glamour.

      Sekian.

      Harap Maklum.

      Delete
  3. Biasalah drg ni tak tau apa2 pun saja je suka maki najib...mmg tgg masa je nk maki najib n cari salah dia....lps tu main percaya je apa org fitnah...apa lah bodoh sgt rakyat malaysia ni

    ReplyDelete
  4. Bahaya betul media sosial ni. Silap cakap dgn tweet je terus org salah faham. Lepas tu siap sebarkan lagi akibat yg terhasil dari TPPA tu walaupun belum lagi digunapakai oleh negara kita. Basihat akak kepada pemviral2 yg tak bertauliah tu, stop dulu la keje2 begini sementara masih ada masa ni. Bukannya apa kesian kat rakyat yg buta it dan hanya mendengar fitnah2 ni dari org yg pandai memfitnah ni

    ReplyDelete
  5. Inilah masalah rakyat kita blm cuba lagi tapi dah mcm2 spekulasi yg di buat sedangkan pm tak confirm pun lagi nak tandatangani tppa tu kecoh bkn main lagi....

    ReplyDelete
  6. Benda x comfirm lg dh kecoh mcm najib dh luluskan..kalau sikap nk cari salah je mesti ade je bena kan

    ReplyDelete
  7. Masalahnye bila org nk jadi lagi pandai dr najib tu yg najib buat ape semua salah kt mata diaorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..lembu dok baca media tempatan Utusan Melpya je..media luar mana nak baca..tak paham omputih la kan...

      media omputih cakap TPPA dah sign..tak payah nak putar belit ok!

      Delete
  8. Bahalol2 haram jadah nie semua mmg bebal benda blm ape depa dah melalak ckp mcm2 kalau bodoh sgt simpan lah bodoh tu sikit jgn bg nampak sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...bila lembu berkata-kata...

      Delete
  9. Tahukah anda najib tidak pernah habiskan pengajiannya. Justeru beliau tidak pernah tahu jerih pedih orang yang berusaha untuk skor spm nak buat degree.

    Maka semasa beliau menjadi menteri pelajaran, degree telah dilacurkan bila mana kelayakan untuk mengambil degree bukan lagi kepandaian, calon serendah 3A/10 subjek pun boleh ambil ada yang cakap 3 kredit hingga calon gred 3 pun boleh ambil. Begitulah hinanya degree dibuat najib.

    Sebab itulah ramai skorer masih menganggur dan bodo pula diterima bekerja bukan berdasarkan kepandaiannya.

    Oleh itu kepada skorer di luar sana jom pangkah keadilan kembalikan keadilan sosial agar semua orang berfungsi ikut kepandaian masing masing dalam masyarakat.heee

    KEDEPAN (kembalikan degree berasaskan kepandaian spm 5A< degree & guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah & pekerja am) demi kualiti pendidikan negara dan masa depan anak-anak kita. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
  10. masalahnya khabar angin kt malaysia ni selalu mmg betul. Putar la mcm mana sekali 360 darjah sudah2 tgk mmg betul. ckp xsign tahu2 nanti dah sign. ak ni bkn penyokong pembangkang tp xpula sokong BN 100%. Klu bagus sgt pun TPPA tu rasanye xde untuk pun utk rakyat marhean. alasan utk ekonomi mmg xleh pakai sbb yg untung utk org2 politik jer. utk rakyat marhean alasan dia nanti utk naikkan BR1M. Senang cerita byk ahli politik semua dh hujung nyawa jd diorg dh xpikir utk generasi yg akan dtg. cucut-cicit menteri apa susah sbb atok nek moyang diorg dh mula start kumpul harta juta2 milion2

    ReplyDelete
  11. Economic decisions will be centred in US, can we agree ?
    Open market, open competition, are we ready ?
    American 1st, should we agree ?
    Battle between US and China, are we desperate to take side ?

    America's value,
    Survival of the fittest,
    The richer, the stronger and the more power,
    Can we accept ?
    Its all capitalism values.

    Nearest threat actually from our southern neighbour, with their money and strong economy, they can easily buy our companies, our lands, and later on control our economy and maybe control our politics.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih keatas pertolongan yahudi setanyahooo...kena jabat tangan hari-hari..

    USD1=RM4.2 sekarang...


    We love Israel (mcm penah dengar je...hehehehhe)

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!