CILI KASI TARUK! ALAMAK TAKDE SIAPA PUN KENA PECAT MALAH MEREKA TETAP BERSATU UNTUK PARTI KERAMAT!

Mesti ramai jemuan jilake panas hati sebab hari ini tiada pemecatan dan kekecohan yang berlaku, tadi aku dah tulis dan kata memang tiada apa-apa akan berlaku. Maka sudah sah la kan, aku memang terer jlake. MUAHAHAHAHA!

Ini berita petikan dari PERAK TODAY:

KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dipecat adalah tidak benar.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan hari ini, kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu ternyata dialu-alukan dan turut dipuji kerana kesetian mereka kepada parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat tersebut turut mengulas beberapa isu semasa yang berkaitan UMNO dan kerajaan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Najib meminta tempoh selama enam bulan untuk memberi penjelasan dan menyelesaikan isu yang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib turut mengulas berkaitan dana politik yang dimainkan oleh beberapa pihak dimana tidak ada undang-undang yang digunapakai bagi mana-mana ahli politik.

“Semua parti politik mengamalkan sumbangan dan kutipan dana, termasuklah BERSIH 4,”katanya.

Menurut sumber itu lagi, Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia turut mencadangkan agar diwujudkan kaedah perundangan bagi sumbangan dana politik seperti yang pernah dicadangkan empat tahun lalu.

Bagaimanapun, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh pihak pembangkang.

Najib berkata, UMNO dan kerajaan perlu fokus dengan tugas masing-masing untuk rakyat dan sentiasa membela nasib rakyat.

Dalam mesyuarat itu juga, Najib menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat sama sekali dalam menaja mana-mana perhimpunan rakyat.

Katanya lagi, UMNO tidak menghalang mana-mana pemimpinnya terlibat selagi perhimpunan tersebut patuh pada undang-undang negara dan arahan pihak polis.

Najib, dalam mesyuaratnya juga turut mengumumkan bahawa Perhimpunan Agong UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember hadapan.

Sejurus selepas Mesyuarat MT UMNO sebentar tadi juga jelas membuktikan bahawa tiada pemimpin UMNO yang dipecat seperti dakwaan khabar angin yang tersebar kini.

Pada sidang media khas itu juga, Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Tun Abdul Razak turut beritahu bahawa kedua-dua pemimpin UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut menyatakan kesetiaan pada parti,terus komited bagi membantu parti untuk menang.

Mengulas pula mengenai spekulasi mengenai pemilihan parti, Najib berkata keputusan penanguhannya seperti yang telah diumumkannya.

Malah katanya lagi Majlis Tertinggi UMNO masih tetap dengan pendirian tiada pemilihan parti akan diadakn tahun.

Mengenai dakwaan yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan bahawa tindakan merasuah Ketua-ketua Bahagian UMNO, beliau menegaskan bahawa akan menyerahkannya kepada pihak Polis untuk disiasat berdasarkan laporan yang dibuat.

PK: Jadi segala macam perancangan puak JILAKE yang nak merosak dan memecah belahkan parti la ni dok menangis dan meratap sebab rancangan mereka tak menjadi. mereka akan cari jalan baru sebab aku kenal puak ni, mereka akan buat apa saja untuk merosakkan penyatuan parti beb.

Apa pun, aku gembira hari ini sebab takde apa-apa yang berlaku, so kita fokus pada PRU akan datang dan tak payah la korang nak jadi BATU API ok!

5 Responses to "CILI KASI TARUK! ALAMAK TAKDE SIAPA PUN KENA PECAT MALAH MEREKA TETAP BERSATU UNTUK PARTI KERAMAT!"

  1. terbaik untuk umno dan Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

      Delete
  2. Kalau tun jadi presiden habis dah kena pecat dah.

    ReplyDelete
  3. Ntah2 strategi UMNO kot...mana kita tau...dulu pernah dengar berita (tak pasti kesahihannya) TSMY memang nak lepaskan TPM untuk fokus kepada mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO sebelum PRU14

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.....Doa dan permintaan aku khasnya dan sebilangan besar Bangsa Melayu amnya dimakbulkan oleh Allah SNT. kerana Allah lebeh mengetahui daripada apa yang kita tidak ketahui.
    Menyentuh Bangsa Melayu dan Agama Islam aku tetap Istiqamah tanpa Kompromi dengan pihak2 yang cuba nak mengganggu gugat apatah lagi menghancurkan nya..........!!!!!!!
    Aku maseh ingat pesanan Tuan Hj. Abdullah Pahim (Dato kepada DS Abdullah Ahmada Badwi)," JAGALAH UMNO BAIK2" Kerana UMNO lah yang telah .Mendaulatkan kembali Bangsa Melayu dan Agama Islam di Bumi Melayu ini.
    Justeru Bangsa Melayu perlu bersatu kembali, yang lepas biarlah lepas, tiada gading yang tak retak, Bidok dah berlalu Kiambang hendaklah bertaut, tiada siapa melainkan kitalah yang BERKESINAMBONGAN untuk Anak Cucu kita dimasa hadapan.
    HIDUP MELAYU DEMI MELAYU!!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!