TERKINI! PM PUJI PAK LAH SEBAB TAU "MELEPASKAN JAWATAN"




Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sokongan beliau terhadap kepimpinan Najib selepas persaraannya.

Perdana Menteri berkata Abdullah selepas persaraannya, telah menyokong penggantinya.

"Selepas bersara, beliau belajar untuk melepaskan," katanya dalam ucap utama pada majlis penyampaian ijazah Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata Abdullah telah melancarkan program tersebut 10 tahun lalu semasa beliau menjadi perdana menteri, dan apabila Najib mengambil alih tugas itu daripada Abdullah pada 2009, program berkenaan telah mencapai kejayaan yang besar.

"Saya bertekad untuk terus memacu program ini sebagai keutamaan negara," katanya dan menambah dalam usaha untuk memberikan program itu kuasa yang lebih besar, beliau telah mempengerusikan Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC.

Abdullah merupakan perdana menteri Malaysia kelima dan berkhidmat dari 22 Mac 2003 hingga 3 April 2009.

- Bernama

12 Responses to "TERKINI! PM PUJI PAK LAH SEBAB TAU "MELEPASKAN JAWATAN""

  1. dah berapa banyak transformasi yang basi pak jib..
    dengor pun naik jelak..semua kalut basi..ajib bapak transformer negara..

    ReplyDelete
  2. Beliau belajar utk melepaskan sebelum bersara. Kalau dah bersara tak belajar melepaskan lg dah. Belajar menerima dan menasihat pulak. Yg bercakap tu bila nak belajar melepaskan pulak. Takkan nk pikul jawatan tu sampai lubang kubur?

    ReplyDelete
  3. Orang wajib mempertahankan melayu bukan mempertahankan Najib

    ReplyDelete
  4. Jangan buat kesimpulan terlalu awal, tunggu dulu apa penyudahnya, kesimpulan yang dibuat secara gopoh selalunya tersasar, ambil tauladan daripada pemanah, setelah bertenang, berkeyakinan diri, beri perhatian barulah busar dilepaskan.......

    ReplyDelete
  5. Pak lah sedar ke atau sedang tidur...zzz zzzz zzzzzzz.

    ReplyDelete
  6. Lebih buruk orang yang dah buat taik banyak tapi masih nak kekal pegang jawatan.

    ReplyDelete
  7. Puji dollah badawi??? Wakaka

    ReplyDelete
  8. Berapa pak lah derma kat najib.........

    ReplyDelete
  9. Pak lah tak pecat timbalan nya!
    Pak lah tak terima memorandum suruh letak jawatan!
    Pak lah letak jawatan bila dapat bini baru!

    Najib bila lagi........sg buluh melambai...mari mari mari......derma lah kpd kami!

    Hassan malek

    ReplyDelete
  10. Kesian rakyat Malaysia......
    Terpaksa pilih antara "the devil and the deep blue sea".

    ReplyDelete
  11. Najib lepas ni hang pula belajar untuk melepaskan. Sebab next election keluarga kami dah bincang dengan mendalam bahawa dah cukup dah kami sokong UMNO selama ni. Hang kencing beradap no, peliaq betoi la, hang buat kami rakyat di bawah ni macam orang tolol tak dak akai so hang tunggu no. Utk maklumat 18 ahli keluarga kami layak mengundi. Malah kami dah plan setiap dr kami akan cari 2 orang di bawah kami untuk jadi down line (follow sistem MLM). Good by Jib , Mak cik Ros, Pak Lan , Pak Leh, Pak man, Pak Zahid dll sekutu. N06 Voter

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!