TERKINI! LETUPAN BOM DI BANGKOK! FOTO NGERI INSIDE


KUALA LUMPUR: Dua warga Malaysia dikhuatiri menjadi mangsa dalam kejadian letupan bom yang berlaku di tengah kota Bangkok pada Isnin malam.

Bagaimanapun, Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain berkata maklumat tersebut merupakan maklumat awal dan pihak kedutaan Malaysia akan mendapatkan pengesahan identiti mangsa dalam masa terdekat.

"Kami baru dengar, belum ada kepastian, mungkin ada dua rakyat kita (Malaysia). Kami menunggu kepastian.

"Kita tak tau sama ada cedera ataupun maut. Kita masih belum ada kepastian. Tapi dua orang dikira terlibat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI lewat malam Isnin.

Nazirah pada masa sama tidak dapat mengesahkan sama ada dua warga Malaysia itu merupakan pelancong ataupun warga Malaysia yang menetap di Bangkok.


Bom Bangkok

Dalam kejadian itu satu letupan dipercayai berpunca dari sebutir bom meletup di sebuah kuil di tengah-tengah Bangkok pada Isnin, meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dan mencederakan beberapa orang yang lain.
Kejadian berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), kata polis Thai.

Menurut Ketua Polis Thailand, Prawut Thavornsir sehingga kini disahkan 10 warga Thai, seorang warga China dan seorang warga Filipina maut.

0 Response to "TERKINI! LETUPAN BOM DI BANGKOK! FOTO NGERI INSIDE"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!