PANAS BERCILI! SIAPAKAH DALANG YANG MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG?


Apabila Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa wujudnya tokoh UMNO yang cuba menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang ramai pihak tertanya-tanya siapakah gerangannya tokoh UMNO tersebut.

Sudah semestinya ia merupakan orang dalam parti atau kerajaan dan seorang tokoh dan bukannya orang luar parti dan pemimpin kecil.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Lim Kit Siang tidak berpendapat menggulingkan kerajaan sebagai suatu kesalahan jenayah, sebaliknya ia adalah suatu proses demokrasi. Ini bermakna beliau bersetuju bahawa YAB Perdana Menteri perlu digulingkan.

Namun demikian, beliau bukannya tokoh UMNO dan bukannya orang dalam parti. 

Jadi, siapakah yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi? 

Apakah Tun Dr. Mahathir yang selama ini berkonfrantasi dengan YAB Dato' Seri Mohd Najib? Mahathir merupakan seorang tokoh negarawan dan mantan Perdana Menteri, tapi beliau bukan tokoh UMNO. Beliau adalah bekas tokoh.

Justeru itu siapakah dalangnya?  Bekas Ketua Pengarang New Strait Times, Datuk A. Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan YM Tengku Razaleigh Hamzah merupakan tokoh UMNO tersebut. 

Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO  Bahagian Gua Musang. 

Apakah beliau mempunyai kelayakan sebagai tokoh UMNO dan mempunyai potensi menggulingkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri?

Mari kita analisa satu persatu fakta berikut.
1. Beliau masih mempunyai pengaruh yang kuat di dalam dan di luar UMNO atau kerajaan meski pun beliau bukannya seorang Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Politik kepada mana-mana Menteri/Timbalan.

2. Ramai di kalangan para pemimpin pembangkang seringkali berjumpa dan berbincang dengan beliau kemungkinan-kemungkinan besar beliau menerajui pakatan pembangkang setelah ketiadaan Anwar Ibrahim. 

3. Tun Dr. Mahathir dan para penyokongnya di dalam parti dan kerajaan banyak kali mengadakan pertemuan-pertemuan rahsia dengan Ku Li dan mahu beliau memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin yang mampu 'check and balance' terhadap apa jua dasar dan program kerajaan. 

Adalah tidak mustahil beliau bukan sahaja diminta pandangan dan buah fikirkanlah, bahkan beliau adalah 'Master Mind' yang selama ini umpama harimau menyembunyikan kukunya.

Sudah pasti lontaran idea Lim Kit Siang agar setiap Ahli Parlimen membentuk satu pakatan baru demi kempen "Selamatkan Malaysia" tidak akan diwar-warkan sekiranya tiada maklumbalas positif yang awal dari mana-mana tokoh dalaman UMNO atau Barisan Nasional.

Ringkasnya, penulis berpendapat bahawa wujudnya tokoh dalaman UMNO yang diyakini dan berpengaruh mendorong Kit Siang melontarkan idea kerajaan perpaduan Ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti yang diwakili demi Selamatkan Malaysia dari Najib Razak. 

Fikirkanlah siapa yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi tersebut.

PK: Ok aku tak tulis artikel ini tetapi aku dapat melalui email. Agak menarik jugak apa yang dituliskan oleh pegirim email tersebut. Apa pandangan korang?

16 Responses to "PANAS BERCILI! SIAPAKAH DALANG YANG MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG?"

  1. Confirm bukan Tengku Abdul Rahman atau Tun Razak sebab kedua dua sudah tiada .

    ReplyDelete
  2. Lim kit siang - ahli parlimen pasir gudang(?) Tahun bila tu (?) Zaman komunis ke (?)

    Gulong atau guling atau golek PM jika mengikut dan dibenarkan undang2, tidak ada siapapun boleh halang. Tidak boleh dianggap dalang !!!

    Zahid hanya ingin tampak popular dan berfungsi, tampak hebat, Zahid lazim gimmik dalam keadaan tertentu lepas tu poyo..

    Mahu Najib berundur bukan lagi gelap, malah terang lagi bersuluh.. bukan sorang dua yang minta, ramai.

    Lagipun yang nak gulingkan Najib, bukan besok, bukan minggu depan.
    Zahid sewajarnya tak perlu risau, 3 juta sokong Najib, king is cash...

    ReplyDelete
  3. Drama beb...nak alih tumpuan dan naktutup mulut perwakilan supaya tak bincang 2 isu tersohor Najib

    Harap2 perwakilan akan sibuk bincang cari dalang, main hp dan berselfie sbb isu panas dah bungkus
    Sepatut rakyat pun kena tanya bila Zahid nak turun....judi siber makin bercambah...makin hebat dan mengasyikkan....apa tak...cowok Indon pakai skirt pendek jaga kaunter
    Sibuk sgt cover Najib kut

    ReplyDelete
  4. dalang? Badak sumbu pakai cincin berlian, itu lah dalangnya........zahid komidi! Raja lawak terkini!

    ReplyDelete
  5. lim kit siang adalah ahli parlimen gelang patah

    ReplyDelete
  6. Kalau kita perhati sejak dahulu lagi permainan JATUH MENJATUH ini seolah2 telah menjadi amalan hidup diMalaysia, aku tak perlu nak tulis panjang2 cukuplah sekadar kita membaca buku Hikayat dan Sejarah.
    Kalau dulu2 kita mungkin sedia maklum bahawa orang2 dahulu tak sebijak orang2 sekarang, tetapi sekarang kalau nak dikatakan banyak orang2 bijak kenapa boleh berlaku lagi perkara yang tidak sihat ini???
    Pernah seorang rakan menyatakn dia terasa malu menjadi orang Melayu, mungkin kata2 beliau ada betul juga, kalau tidak masakan dia berkata begitu???
    Tun Mahadir juga pernah berkata Melayu cepat lupa..sehingga Tun sendiri juga kadang2 berperangai begitu.
    Dan kini sedang bahang 1MDB maseh panas keluar pula cerita baru yag. menyatakan ada KUMPULAN nak jatuhkan kerajaan terdiri dari kalangan Tokoh2 UMNO sendiri, tak taulah ini adakah betul ataupun satu laluan baru yg dibina agar rakyat melupakan lorong laluan 1MDB.
    Apa pun itu bukanlah satu langkah yang bijak kerana sapertimana kita sedia maklum PM yg. secara Risiko telah membuang, menukar dan menambah perencah hingga terlahir barisan Kabinet yang sepatutnya dapat membuat perubahan.
    Seluruh rakyat sedang menunggu satu perubahan kerana mereka telah jemu melihat Perkelahian demi Perkelahian yang tak sudah2 .
    Selaku Pemimpin adalah menjadi "FARDHU" untuk mencari jalan agar KEBAJIKAN RAKYAT dapat dilaksanakan, walaupun perkara ini bukan mudah tetapi itu adalah T/JAWAB serta AMANAH yang di rebut2.


    ReplyDelete
  7. Ku Li dah tua nak mampus, habiskan lah masa bagaimana nak masyuk syurga, bukan main politik kotor lagi.

    ReplyDelete
  8. Akar umbi telah hilang kepercayaan terhadap Najib. Berundurlah sebelum kamu dipecat.

    ReplyDelete
  9. ha..ha ha.... setakat ni yg sah boleh mengulingkannya adalah Isterinya sahaja....sah dari segi agama dan perundangan.he he

    ReplyDelete
  10. seluruh rakyat melaysia termasuk ahli2 ameno (tolak yg terima rasuah najib) menjadi dalang maukan najib turun! kenapa bodoh sangat nko PK

    ReplyDelete
  11. GWA mau tanya....siapa penderma 2.6B dalam akaun peribadi Najib? sapa mau jatuhkan kerajaan gwa tak kisah, gwa sudah pangkah wakil gwa diparlemen!

    ReplyDelete
  12. Mereka-mereka dan keluarga mereka,TDM tak mungkin kut.Disebab usianya berada diparas tinggi.Kemungkinan yang nak bawa Banggla masuk nanti boleh jadi.Agak-agak saja,semua ini ada kemungkinan-kemungkinan sebagai mana berlaku dalam tahun 70 & 80 an,dimana banyak pendatang boleh dapat IC dengan mudah,baik indon atau diSabah.Bila ada kuasa semua boleh jadi?!.

    ReplyDelete
  13. Zahid ni pun banyak kelentong juga. Dulu dia kata dia ada bukti Mat Sabu Syiah, last2 diam saja. Hati2 lah Parpukari, nanti awak pun dicicah roti canai Zahid.

    ReplyDelete
  14. Undi tidak percaya di parlimen tdk menyalahi undang-undang. Apa nak ambil tindakan, biarkan mereka bawa usul ke parlinen.

    ReplyDelete
  15. Apa nak ambil tindakan, biar mereka bawa usul tidak percaya ke parlimen. Najib tetap menang, mana ada ahli parlinen bn berani.

    ReplyDelete
  16. Nak jatuhkan kjaan kena tunggu PRU...ini proses nak turunkan orang no 1 bro...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!