PANAS BERAPI! ARUL KANDA YAKIN 1MDB MAMPU LANGSAI HUTANG DALAM 6 BULAN!


KUALA LUMPUR:  Biarpun ekonomi negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk penyusutan nilai ringgit, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tetap yakin syarikat pelaburan negara itu mampu melangsaikan hutangnya dalam tempoh enam bulan.

Keyakinan itu adalah berdasarkan aset-aset miliknya yang boleh dilupuskan, antara lain, RM16 bilion hingga RM20 bilion milik syarikat subsidari 1MBD, Edra Global Energy Bhd; RM16 bilion dalam International Petroleum Investment Company (IPIC), dan RM11 bilion hingga RM12 bilion dalam projek hab ekonomi Bandar Malaysia di ibu negara.

"Saya yakin tempoh masa yang diberikan Perdana Menteri untuk 1MDB melangsaikan hutang bersesuaian dengan keadaan masa syarikat dan pasaran semasa," jelas beliau dalam satu program temu bual 'Soal Jawab' di TV3 lewat Rabu.

1MDB, katanya, mempunyai aset yang kukuh dan syarikat itu juga mempunyai pelabur-pelabur tempatan dan luar negara yang berminat dengan jangka masa panjang pelaburan dalam 1MDB.

"Kira-kira 40 syarikat terkemuka daripada China, Australia dan Timur Tengah telah menunjuk minat dalam pembangunan Bandar Malaysia," kata Arul Kanda.

Jelasnya lagi, pelan rasionalisasi hutang 1MDB tidak akan terjejas disebabkan oleh penurunan nilai ringgit kerana syarikat itu memiliki aset dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang akan membolehkan ia membayar hutang luarnya dalam nilai dolar AS.

"Kita mempunyai syarikat janakuasa terbesar di negara asing seperti di Bangladesh dan Mesir. Kami juga mempunyai aset janakuasa di Abu Dhabi dan Pakistan dengan semua aset itu dalam dolar Amerika. Jadi kita ada kelebihan iaitu aliran tunai dalam dolar Amerika yang mempunyai nilai sama jika dilupuskan," katanya.

Ditanya adakah sentimen semasa akan menjejaskan keyakinan pelabur, Arul Kanda menjelaskan masalah tohmahan dan isu politik sememangnya merisaukan pelabur namun keadaan ekonomi juga penting dalam melaksanakan pelan-pelan rasionalisasi bagi mengurangkan beban hutang 1MDB.

"Aset 1MDB pada asasnya adalah kukuh dan kekukuhan itu menyakinkan pelabur. Kalau lihat ahli perniagaan dan pelabur, mereka fokus terhadap asas dan aset. Contohnya, Edra aliran tunainya lebih RM5 bilion setahun melalui penjanaan kuasa dan penjualan tenaga. Itu adalah aliran tunai yang dilihat jangka panjang sebagai mempunyai nilai," tambahnya.

Justeru cabaran utama 1MDB ketika ini adalah untuk menstabilkan kewangan syarikat dengan menyelesaikan hutangnya dan pada masa sama berharap dapat menjana pendapatan dan operasi serta keuntungan pada masa akan datang.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak berkata beban hutang syarikat 1MDB mampu dikurangkan dalam tempoh lima bulan akan datang secara berperingkat.

Menurut Perdana Menteri, isu hutang 1MDB telah disensasikan di media dan media sosial sehinggakan ia menjadi isu panas biarpun tiada kerugian yang dicatat syarikat pelaburan negara itu. - Astro Awani.

10 Responses to "PANAS BERAPI! ARUL KANDA YAKIN 1MDB MAMPU LANGSAI HUTANG DALAM 6 BULAN!"

  1. setakat jual asset semua orang boleh buat.. tapi kenapa BODOH sangat pinjam sampai banyak tu sampai nak bayar interest pun huru hara? siapa kata 1MDB tak rugi ? Cuba bandingkan Pendapatan 1MDB dgn kos of finance 1MDB??

    ReplyDelete
  2. Langsai hutang dengan cara jual tanah kerajaan?. Rakyat lebih nak tahu, duit yang hilang dalam penyelewengan PetroSaudi tu bila boleh dapat balik? Tak kan penyelewengan dalam 1MDB tu nak ditutup begitu saja?

    ReplyDelete
  3. Arul kanda ni pundekau bugis juge ke? Camtu sumpah gwa tak caya lah......6 bulan dr sekarang arul kanda sudah jadi Dato' siri Aziz Rahim! Kah kah kah. TH, KWSP LTAT PNB sudah didermakan kpd BADAK anak beranak!

    Mat maslan

    ReplyDelete
  4. kalau meniaga nak jual tanah. memang lah boleh. macam tu. kau bagi je kat sapa sapa jadi CEO.
    masalahnya, tanah tu asalnya bukan mak bapak dia punya. tapi dapat 'free'.

    cuba kau fikir. tanah RM3000 psf. kau beli pada RM60 psf.

    kata kan seekar. lebih RM120juta.

    kalau kau buat loan RM100juta. kau baru spend hampir RM3juta je untuk tanah tu.
    bila orang tanya mana lagi RM97juta? kau jawab. aset kita ada RM120juta.
    kita jual lah tanah tu. tengok. takde hutang kan? duit tak hilang kan?

    kau ingat orang nak percaya ke?

    ReplyDelete
  5. Bgs lah klu blh selesai dgn cpt....pm tau lah apa yg dia bt..biasa lah pihak media kan over suka sgt dong2 cite kecik pun drg besar2 kan...sama lah mcm pembangkang pantang ada isu kecik drg akan korek n memperbersarkan isu tu sampai jd panas...

    ReplyDelete
  6. Tak kesahlah siapa pun nak bercakap, cuma mereka2 yang bercakap tu adakah mereka betul2 arif mengenai perkara pokok yang berbangkit? kerana sepanjang yang kita lihat kebanyakan tak lebeh saperti lalang muda yang condong mengikut arah angin dan akhirnya akan rebah tanpa bangun2 tatkala tua.
    Kalau dah ada pengakuan untuk selesaikan hutang !MDB dalam tempoh 6 bulan apa salahnya kita beri masa, 6 bulan bukan lama sangat dan pihak berkenaan yang keluar kenyataan tersebuat tentulah berkeyakinan berbuat bagitu dengan cara yg mereka ada
    Jadi cubalah kita bersangka baik sekejab dalam tempoh tersebut sambil2 berdoa agar perkara tersebut selasai dengan baik dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  7. arul pundekau........6 bulan untuk songlap lagi, ini kira bonus beb! mana la tau ada tamil india mau kasi derma lagi! kah kah kah.

    ReplyDelete
  8. PEMIMPIN BERJIWA MELAYU YANG KAU CUBA PERTIKAIKAN....... APE NI.............TAK DER KE NILAI KEINSANAN DAN KEIHSANAN DALAM DIRI TU............ BUAT SEMBAHYANG TAUBAT DAN ISTIKHARAH MINTAK PETUNJUK DARIPADA IOLAHI

    ReplyDelete
  9. TERUS BERJUANG ARUL KANDA ........ BERIKAN SUMBANGAN BESAR ANDA PADA NEGARA MALAYSIA. ANDA MEMANG LAYAK MEMEGANG AMANAH INI ............SEMOGA NIAT IKHLAS ANDA DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA AKAN TERMAKBUL AMIN, AMIIN, AMIIIIN YA RABBAL ALAMIIIIN

    ReplyDelete
  10. TERUS BERJUANG ARUL KANDA ........ BERIKAN SUMBANGAN BESAR ANDA PADA NEGARA MALAYSIA. ANDA MEMANG LAYAK MEMEGANG AMANAH INI ............SEMOGA NIAT IKHLAS ANDA DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA AKAN TERMAKBUL AMIN, AMIIN, AMIIIIN YA RABBAL ALAMIIIIN

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!