PANAS TERKINI! KHABARNYA ADA ROMBAKAN KABINET HARI INI?

Aku tak pasti betul atau tidak tapi ini yang aku dengar dan baca dari laman portal Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat, yang pertama sejak dibentuk pada 2013.

Difahamkan beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

Antara menteri yang disebut-sebut terlibat dalam rombakan itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Beliau yang baru dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dikatakan bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bertukar potfolio lain.

Difahamkan, seorang lagi pemimpin dari Sabah akan dilantik menganggotai Kabinet. Bagaimanapun potfolio beliau masih belum dapat dipastikan.

Seorang timbalan menteri juga disebut-sebut akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh dan sekurang-kurangnya dua muka baharu dilantik sebagai timbalan menteri.

Rombakan Kabinet itu juga mengambil kira kemelut kepemimpinan MIC melibatkan Datuk Seri G. Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar. 

Kerusi menteri untuk kuota MIC itu berkemungkinan dikosongkan buat sementara waktu sehingga pemilihan semula MIC, September ini.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Perdana Menteri semasa dihubungi bagi mengulas khabar angin rombakan Kabinet menjelaskan; “Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan,”

Pada 12 Julai lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC), Shahrir Samad semasa mengulas spekulasi bakal dilantik menduduki semula Kabinet, menolak jawatan itu atas alasan masa beliau sudah berlalu.

Pada 12 Mei pula Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan menafikan satu senarai rombakan Kabinet seperti tersebar melalui beberapa laman blog dan media sosial.

PK: Hari ini katanya, sebelum ini pun dah ada desas desus nak dibuat rombakan tapi tak tau la benda ni betul atau macam dulu jugak ianya satu cerita. Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat.

Kalau la Azeez Rahim dilantik sebagai Menteri KPDNKK aku percaya banyak masalah harga barangan boleh selesai. Serius aku cakap ni. Dia memang boleh buat tapi siapalah aku untuk buat keputusan kan? Biarlah PM yang decide dan diharap takde la kejutan yang terlampau besar.


20 Responses to "PANAS TERKINI! KHABARNYA ADA ROMBAKAN KABINET HARI INI?"

  1. Salam, says ketua cawangan umno muar, ahli akar umbi orang islsm orang melayu minta pemimpin umno sedar, umno sedang nazak jangan kita korbankan bahtera yang membawa kita kepada keredaan Allah kerana seorang ahli kita sanggup mengadaikan nasib anak cucu kita.Jangan kita taksub sangat sebagai mana taksubnya pengikut ayah pin atau pengikut arqam kepada ashaari, kerana pemimpin kalau cinta dunia inilah jadinya seboleh2 nak kekal sampai mati.tak peduli implikasinya dan ini akan membawa keadaan huru hara. Saya nasihat undurlah rakyat dah tak tahan lagi menanggong kepahitan diperbodohkan seolah2 pemikiran rakyat tahap budak tadika

    ReplyDelete
  2. Ya allah selamatkan malaysia dari dipimpin org bodoh dan dari org yg sesat. Kau utuslah pemimpin yg adil dan amanah kpd kami rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  3. Eluklah adakan rombakan gantikan ornag yg sering menarik buluh songsang kerana mereka ini tambah memeningkan dan mengelirukan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada Najib kerana berani ambil tindakan walaupun mengejutkan . Aku akan tetap sokong Najib untuk kestabilan politik . Lepas ni korang akan tengok sikap sebenar Muhyudin .

    ReplyDelete
  5. Panas berapi apa lagi.....?
    Memang dah rombak pun...!

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Terimalah dengan hati yang terbuka.Dengan ini maka tamatlah riwayat hidup UMNO. Tahniah para pemimpin Melayu. Tahniah.

    ReplyDelete
  7. Bismillahirahmanirahim................
    Sapertimana yang termaklum Rombakan dan Pembentukan semula Kabinet telah dilakukan oleh DS Najib yang pada peringkat mulanya kita merasa sedikit terkejut dengan pengguran sebuah nama yag tidak asing pada kita iaitu TS Mahyudin Yasin? selaku Timbalan PM.
    Selaku seorang rakyat saya menerima kenyataan ini dengan hati apatah lagi ianya adalah demi kebaikan Kerajaan dan bangsa Melayu.
    Adalah sangat2 diharapkan selepas ini akan ada angin perubahan kepada Politik Tanah Air lebeh2 lagi kepada parti yang mendokong kerajaan Persekutuan sekarang.
    Sekian...

    ReplyDelete
  8. Betulkah? Tak Rasa pun

    ReplyDelete
  9. hari malang buat malaysia
    rakyat mesti pertahankan muhyidin

    ReplyDelete
  10. Langkah Najib memang langkah yang amat bijak . Dia buat semua ni masa Anwar dlm penjara . Parti pembangkang tengah berperang sama sendiri . Dia bawak masuk Zahid Hamidi dan Azalina Othman , 2 pemimpin UMNO yg garang dan tak beri muka . Perdana Menteri Britain pun akan melawat negara ini tak lama lagi . Mengapa Najib bawak masuk 2 pemimpin besar MCA jadi menteri . Sebab Najib tahu MCA menyokong kerajaan yang stabil kerana kerajaan yg tidak stabil akan pasti gugat ekonomi orang cina . Najib memang bijak .

    ReplyDelete
  11. 1.Dulu orang sokong Hasan Ali kerana mereka menganggap Hasan Ali pejuang Islam sejadi, kini entah dimana Hasan Ali terperosok? dimana penyokong kuat beliau?
    2. Kini Mahyudin Yasin pulak...ada yang dah menjerit2 istihar keluar dari UMNO!

    Tahukah anda sabelum ini telah ada 2 orang PM dijatukan dan 3 orang TPM dijatuhkan....apa yang peleknya?????

    ReplyDelete
  12. Apalah sangat ada kepada seorang yang bernama Mohyidin Yasin, ada pendapat bodoh menyatakan UMNO akan berkubur diatas sebab pemecatan Mohyidin Yasin Kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  13. pssst…encik boleh bagi comment sikit about that leaked video conversation between Muhyiddin, Mukriz and Kadir Sheikh Fadzir?

    ReplyDelete
  14. Parpu mana lari?? Xde kah najib kesayngan mu jadi makin bengong tu.

    ReplyDelete
  15. It's a mind blowing fact that Rosmah is mightier than Najib and Zahid for the removal of Mahyudin, Shafiee Afdal. All these men are nothing by virtue that they can't even lift their balls without the help of the little sparrow. In contrast, Rosmah without any assistance, she's enable to lift & remove both Gunung Ledang & Gunung Kinabalu.

    ReplyDelete
  16. Sekitar tahun 70an, Hollywood mengeluarkan siri tv paling popular, Six Million Dollar Man. Kini TV 3/4 sewel kita juga mengeluarkan saban hari siri 42 Billion Dollar Man. Tapi..tak pasti popular ke tidak? Anda jawab sendiri..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak Seman Kaduk nii ada saja pasal cuba mau dicari
      Tapi tak ada apa hujah pun hanya sampah saja diberi
      Memang dapat diagak cara juak macaii berhaluan kiri
      Kalau dah tak ada modal tu lebih baik ler berdiam diri

      Delete
  17. Klu benda ni najib bt utk kebaikan negara apa salahnye...klu dia ddk diam krg kata dia xde telur bila dia ambik tindakan kata dia teruk...apa dia bt semua salah....

    ReplyDelete
  18. Najib Razak ketua perompak wang rakyat bila nak ditangkap?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!