PANAS BERAPI! AKHIRNYA DATO JAHARBEDEEN BERJAYA AJAR TOKONG LIM GUAN ENG KAW-KAW PUNYA!

Selalu orang kata, orang yang saman tu terer atau yang kena saman tu sebab ada cukup bukti la bagai. Tapi dalam hal ini aku kenal sangat lawyer ni, dia ni memang terbaik dalam Malaysia. Dato Jaharbedeen atau kawan-kawan suka panggil dia Jahamy. Dia ni betul anak jantan beb, UMNo patut pakai dia bukan bangkai lain.

PULAU PINANG 3 Julai - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini diarah membayar sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi kerana menggelar beliau sebagai nenek rasis.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.

Selain itu, Nordin turut mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman selepas Guan Eng pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’.

Gelaran itu dibuat Guan Eng kerana Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran ‘nenek’ namun tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

Dalam saman fitnah berkenaan, Jahara yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Bagi kes itu, Jahara diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos. - UTUSAN ONLINE


Kenapa nak pakai Afarizam lagi UMNO? Dia tak pernah bagi korang kemenangan pun? Semua dia setel kat luar, ini baru betul Ketua Menteri Pulau Pinang kena bayar kat adun Pulau Pinang wei. Tolong la UMNO kasi tukar Afarizam yang tak berapa cerdik tu.

Lantik la Jaharbedeen dan kasi saman semua media yang buat fitnah melampau termasuk SARAWAK REPORT, ASIA WALL STREET JOURNAL dan apa saja la, kalau pakai AFARIZAM dia tak tau apa pun. Kais tukar la, kesian sama PM. PMO tolong nasihatkan UMNO Pusat tukar lawyer baru untuk UMNO.

We want UMNO atau PM saman mereka yang membuat fitnah.

2 Responses to "PANAS BERAPI! AKHIRNYA DATO JAHARBEDEEN BERJAYA AJAR TOKONG LIM GUAN ENG KAW-KAW PUNYA!"

  1. Dato j ni mmg lawyer terbaik lah...i mmg suka cr dia berkerja bkn senang nk dpt lawyer yg mcm dia kt malaysia ni..kipidap dato Jahabarudin

    ReplyDelete
  2. Aku kurang suka Najib ni sebab pemerintahan nya lemah dan lembik . Aku suka pemimpin yang keras dan tak beri muka macam Sokarno dan Lee Kuan Yew .

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!