PANAS BEB! WALAU DIA DIHINA NAMUN DIA TETAP TABAH!


Isteri perdana menteri Rosmah Mansor berkata, beliau hanya mampu berdoa kepada Allah berhubung dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap suaminya Datuk Seri Najib Razak.

Malah, beliau juga menasihatkan semua pihak supaya tidak memfitnah antara satu sama lain di bulan Ramadan yang mulia ini.

"Kita serah pada Allah SWT. Itu yang paling mustahak.

"Hari baik, bulan baik jangan kita fitnah satu sama lain. (Jangan memfitnah) itu adalah ajaran al-Quran.

"Kita serah pada Allah. Kita hanya mampu berdoa," kata Rosmah ketika ditanya mengenai perasaannya berhubung pelbagai dakwaan terhadap Najib baru-baru ini kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka.

Ditanya apakah yang dilakukannya sebagai isteri kepada Najib ketika menghadapi situasi begini , beliau dengan ringkas berkata:

"Sebagai isteri saya pun berdoa juga."

PK: Kasihan aku tengok Rosmah ni. Bukan apa dia sebagai isteri Perdana Menteri pun tidak terlepas dari tohamahan dan fitnah orang. 

Gambar atas sekali tu dia sedang pakaikan kasut pada seorang budak, bila tengok gambar ni aku teringat bagaimana ada segelintir rakyat Malaysia dok maki hamun dia kerana dia takleh nak pakai kasut sendiri.

Moga Rosmah terus tabahkan hati mengjadapi dugaan yang amat berat ini.

19 Responses to "PANAS BEB! WALAU DIA DIHINA NAMUN DIA TETAP TABAH!"

  1. betul lah kata orang...."hanya Tuhan yang tahu hati dan budi manusia".....dikeji dihina masa dia dihulurkan kasut dulu...bersoraklah iblis dan gerombolannya kerana hasutannya diterimapakai manusia yg mengaku islam dan manusia sebangsa dan selevelnya,

    tup-tup diperlihatkan pula gambar terbaru,dia pula berusaha memakai kasut utk seorang budak.NAH mana neitzen yg sama yg mengeji dulu???.....apakah anda-anda ada dua level penilaian untuk sesuatu kebaikkan ??......barangkali netizen yg sama dah menyimpan banyak pahala kot tuk diberi pada Rosmah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhatikn betui2 ek... siapa yg sarungkan kasut ke kaki budak tu.. bak kata omputih " a picture paints a thousand words"..

      Delete
  2. Mesti laaaaa ...Big Money at Stake Lor!!

    ReplyDelete
  3. Segala fitnah yg dilemparkan perlu dijawab balik dengan segera. Selebihnya pasrah kepada Allah. Inshallah jika dipihak yg benar x perlu khuatir kebenaran akan terserlah jua. Orang Islam percaya dunia hanyalah persinggahan sementara, di mana akhirat adalah kesudahannya. Pun begitu, patut sentiasa berhati2 dengan perlakuan supaya tidak mengundang fitnah kerana sekarang adalah zaman fitnah tanpa sempadan. Bagi pemfitnah, tidak akan terlepas dengan mudah begitu sahaja, kerana Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  4. Masa merompak duit rakyat, tak reti nak ingat tuhan pulak masa tu.Duit dalam akaun berbillion, harta berbillion dan aksesori pakaian saja beratus juta. Apa nak heran.Lantaklah orang nak fitnah.

    ReplyDelete
  5. Bkn senang nak cr seorg yg tabah mcm ds rosmah ni,klu dia jenis tak kuat semangat mesti dia dah lama mengalah,apa2 pun aku respek dgn ketabahan rosmah kopidap.....

    ReplyDelete
  6. Sejahat mana dan sebaik mana suami seseorang tu, syurga tetap di bawah tapak kakinya. Walaupun belum lagi terbukti yang najib telah menyalahgunakan kuasa, ramai pihak telah mengadilinya secara membuta tuli dan yg paling banyak terkena adalah bini PM iaitu Ds Rosmah dan ini tidak adil bagi beliau yg hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri semata2... Defer judgement

    ReplyDelete
  7. ingt apa saja yg kita lakukan dlm dunia ini akan di hisab bila kita pejan mata nanti so jgnlah suka buat fitnah dan menuduh melulu sebelum ada sebarang bukti yg sahih....

    ReplyDelete
  8. Apa kehebatan budak bad hgga panggil tun m sbg 'kamu'...??? Sudah2 la tv3 suku siarkn komen murahan budak bad tu...geli nk tmuntah...
    Atas kredibiliti apa kata2 budak bad tu ada value kpd tv 3 suku? Tv 3 suku mjatuhkn imej sdr. Mgkin lps ni tv3 suku boleh interview pembuli ker...gangster ke..asalkn bleh bcakap mnentang tun m..

    ReplyDelete
  9. Fitnah,hasad dengki sesama islam telah di ajar oleh Pas sejak bertahun lamanya....penyakit ini ada penawarnya jika org islam sesatu.

    ReplyDelete
  10. islamkan agama keji mengeji.. Kalau aku kena seranah hari2 aku keluar islam jadi kapir. Tengok mufti pun tolong jadi tok guru hina org.ustaz ulamak jagn tanya lah.

    ReplyDelete
  11. Amboi, dibulan ramadan ni banyak org yg sudah insaf........namun mengikut undang2 siasatan adalah perlu untuk memastikan keinsafan yg benar. Hj. Mat Najib, tolong angkat sumpah macam seepol itu hari boleh tak?

    ReplyDelete
  12. Minta bayar je hutang 1MBD dan gunakan keuntungan pelaburan MDB takan tak boleh? Soalan mudah ni pon perlu juga dijawab, "siapa arah Sirul bunuh altantuya", baru dapat kebaikan di bulan ramadan ni. Pahala bertimbun2 kalau jawab soalan ni!

    ReplyDelete
  13. hahahahaha...........................lebih sengsara kak mah dari rakyat marhaen yang menangung tol, gst, kenaikan barang dll .................... semoga kak mah lebih berjimat seperti kami dikemudian tahun....kipidap kak mah

    ReplyDelete
  14. Cukup2 ler memfitnah tu.dibulan ramadhan yg mulia ni plak.buat baik dibalas berkali ganda.buat fitnah pun dibalas berkali ganda.jngan suk dh kena bala pun masih nk memfitnah.

    ReplyDelete
  15. Kalau jenis manusia kaki fitnah dia tak kira bulan apa, agaknya orang2 ini tak akan nyenyak tidor kalau dia tak boleh fitnah orang? sedangkan Isteri Rasulallah pun sanggup difinah oleh tukang fitnah.....!
    betulkah dalam kalangan manusia ada IBLIS....?
    Kepada DS Rosmah..Tabahkan hati.

    ReplyDelete
  16. Pasukan khas yang menyiasat dakwaan penyaluran dana 1MDB ke akaun perdana menteri berkata mereka sudah maklum berkaitan dakwaan lain RM2 juta dimasukkan ke akaun isterinya Rosmah Mansor.

    Pasukan bersepadu empat agensi itu juga berkata mereka sudah tahu berhubung pendedahan Sarawak Report semalam.

    “Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh pasukan petugas khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan,” katanya.

    Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh ketua-ketua di Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    ReplyDelete
  17. Aku ni orang UMNO tapi bila Rosmah mengaku akaun Bank Affin dia punya , memang betul dalam dua bulan duit RM 2 juta di bank in dalam akaun dia aku mula rasa macam dah tak kena bang , ok la aku respect dia berani mengaku banding dgn najib bugis yang takut tapi , wow dua bulan punya bank in deposit sampai RM 2 juta . mana mai bang , aku tak peduli pada rosmah dan najib ,aku kesian dekat rakyat yang terpaksa tanggung hutang yang najib buat .

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!