CILI KASI TARUK! PATUT KE MUHYIDDIN DIGELAR SEBAGAI PENGKHIANAT HANYA KERANA BELIAU MENEGUR DENGAN IKHLAS?

Semalam TPM Muhyiddin Yassin telah membuat perasmian penutup mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras, berikut adalah petikan ucapan TPM:

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui sukar untuk memahami mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justeru itu, beliau tertanya-tanya mengenai sumber mana yang boleh dipercayai sekiranya laporan The Edge tidak boleh dipercayai.

"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi beritahu saya apa yang betul, tidak juga diberitahu sampai sekarang," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Tambahnya, beliau juga terpaksa membaca The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai 1MDB.

"Kita tidak boleh menyalahkan orang yang dahagakan pengetahuan (mengenai 1MDB) kerana tiada kenyataan dari pihak kita untuk menjelaskan inilah situasi yang sebenar," tegas Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Itu TPM ucap tentang The Edge, sekarang TPM berucap tentang Tun Mahathir pulak:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO supaya berhenti menghentam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Muhyiddin, tindakan sedemikian hanya mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.

"Lagi anda hentam lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," kata Muhyiddin semasa ucapan penggulungan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea," ujar Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Tambahnya, Tun Dr Mahathir yang bersikap kritikal dan lantang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau menyayangi Najib.

"Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib...pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein)."

"Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau," kata Muhyiddin.

Lepas tu TPM juga berucap tentang situasi UMNO sekarang:

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, Barisan Nasional akan kalah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan kebimbangan itu berdasarkan kepada maklum balas masyarakat di peringkat akar umbi.

"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang.

"Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Petikan ucapan ini aku ambik dari portal berita Astro Awani, aku malas nak ambil dari portal lain, takut jadi isu. Baiklah sekarang aku nak ulas pandangan aku pulak, aku nak tanya korang apa salahnya ucapan TPM ni?

Korang tau tak selepas keluar saja petikan ucapan TPM semalam, maka keluar la artikel dan status-status yang memanggil Tan Sri Muhyiddin sebagai pengkhianat dan dikata nak membunuh Tuan Presiden. AKu terkejut dan nak tergelak pun ada. Apa yang TPM katakan itu adalah benda yang sedang berlegar kuat dikalangan rakyat.

Dan TPM berkinsi perkara itu dengan ahli UMNO, salah ke? Kita kena buat reality check, jangan kerana nak membodek lebih sangat kita sanggup benamkan kebenaran dan sentiasa memberi laporan yang baik-baik saja kepada bos, bila bos tanya, macamana semua? Mereka akan kata EVERYTHHING IS OK BOSS! Everything under control, dont worry, people love what you are doing now.

Takk betul sikap macam ni sedara-sedari sekalian. Kita kena beritahu kebenaran walaupun benda itu pahit untuk ditelan. ita kena akui 1MDB adalah merupakan satu masalah. Bila berlaku masalah kena cari jalan untuk selesaikan. Tidak salah mengaku kita telah buat silap dan perbaiki sahajala, buat apa nak pertahan sampai bergaduh sesama sendiri, ianya tdak membawa keuntungan.

Aku dah lama diam, aku dituduh anjing Tun Mahathir, aku tau siapa dok cucuk jarum ni. Tak cerdik mana pun dia tu, tapi tak apa aku diamkan diri sebab aku masih hormatkan PM dan aku mahu PM membuat satu keputusan yang bijak dan terbaik. Tapi nampaknya kaki bodek ni pantang ada yang tegur PM sikit terus label kata nak buat gerakan nak jatuhkan PM.

Wei GILA! Takde siapa boleh jatuhkan PM melainkan Allah SWT sahaja! Apa gila la korang ni? Korang ni bukan menyenangkan PM tetapi menyusahkan lagi ada la, aku cakap ni untuk semua yang tau na membodek je tetapi tak fikir akan macamana nak cari jalan atasi masalah yang dihadapi oleh PM!

Aku tau lepas ni sudah akan ada yang menyerang aku dengan bermacam-macam serangan lagi, tape suka hati kkorang sebab aku dah tak kisah dah selama ini pun, dah bermacam-macam korang tuduh aku. Sekarang ni sebagai rakyat Malaysia lain, aku pun nak tahu kebenaran isu 1MDB ni, makin lama makin pening dibuatnya.

Aku tak nampak apa salahnya TPM menceritakan didalam mesyuarat semalam dan aku jugak tidak nampak seiranya ada segelintir pemuda yang tidak puashati dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni, aku yain mereka semua ini menegur kerana mereka semua masih sayangkan Presiden Parti, bukankah tegur menegur untuk kebaikan bersama?

Mungkin akan ada yang kata kenapa tidak dicakap depan-depan, mungin mereka tidak berkesempatan dan ini juga menunjukkan yang parti UMNO lebih terbuka dar parti lain. Tuan Presiden pun boleh terima cuma ada yang terlebih sudu dari kuah saja yang tak boleh nak terima ini semua.

Nak tanya sikit, kalau buat musuh keliling ni baik ke untuk parti? After all, yang orang laga-lagakan ini bukan ke dalamm parti yang sama? Aku faham korang nak pertahankan institusi Presiden. No problem my friends cuma berpada dan jangan OVERKILL sangat la ya. Aku tetap akan hormat Presiden Parti UMNO iaitu Najib Razak selagi dia masih Perdana Menteri dan aku yakin tidak ada langsung perbuatan sabitaj untuk jatuhkann beliau.

Come on la, dalam banyak-banyak TPM dari zaman Perdana Menteri dulu lagi, aku rasa Muhyiddin adalah merupakan TPM yang paling setia dengan bos beliau. Tidak pernah aku nampak dia nak buat gerakan untuk jatuhkan Presiden parti walau dia berpeluang untuk berbuat begitu. Apa yang beliau perkatakan hanyalah untuk kebaikan parti sahaja.

Janganlah beliau digelar pengkhianat dan macam-macam lagi! Marilah kita bersatu dan cari jalan untuk menyelesaikan semua permasalahan ini. Jangan la kita bercakaran sesama sendiri. Kalau kita fikir kita kuat, kena ingat ada lagi yang kuat dan bagi aku hanya Allah sahaja yang boleh tentukan siapa naik dan siapa turun ok!

Soalan last aku nak tanya ni, selama yang korang belasah Tun Mahathir ni termasuk la TV3 hari-hari ni, apakah ianya telaha membuatkan sokongan terhadap Presiden bertambah atau makin merudum? Sudahlah tu kawan-kawan semua, kita cari jalan untuk berbaik-baik sesama kit semua. Lagipun kita masih lagi dala bulan Syawal kan?

Be cool and HIDUP UMNO!

24 Responses to "CILI KASI TARUK! PATUT KE MUHYIDDIN DIGELAR SEBAGAI PENGKHIANAT HANYA KERANA BELIAU MENEGUR DENGAN IKHLAS?"

  1. Syabas muhiyidin....sudah sampai masanya...rakyat dah naij muak dgg 1mdb..najib perlu come in clean and put all the card on the table....rakyat need to know the truth..

    ReplyDelete
  2. BN akan kalah, percayalah itulah bualan akar umbi selagi berPM Najib yang sarat dengan masalah 1MDB

    ReplyDelete
  3. Intergriti Najib telah rosak teruk dan tak dapat dibaiki, Najib perlu letak jawatan by hook or by crook.

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang aku ingin menyumpah ....tapi pada siapa yee.....meneliti susur galur Umno...daripada tunku Abdul Rahman,Tun Razak,Tun Hussin,tun Mahathir,Tun Abdullah dan Dato Najib...aku berterima kasih yg amat-amat kepada kesemuanya diatas keamanan dan kesejahteraan .Aku ingin Umno bertapak dibumi ini buat selama-lamanya selagi ujudnya bumi...namun..pertelingkahan dek dendam,tamak,khianat,kroni,tiada setiakawan,bermuka-muka,gunting dalam lipatan dan banyak lagi kerusakan ..memungkinkah hasrat ini berlaku?
    Pas sudah membersihkan partinya dari anasir ini maka Umnopun harus mengorak langkah kearah yang sama....bersihkan parti daripada pengkhianat dan pemuka-muka....'biar sedikit tetapi bermutu"

    ReplyDelete
  5. Aku rasa mcm ada sesuatu yg tak kena lah...tak salah klu nk menegur dgn cara yg baik...tp org di sekeliling najib ni yg over suka melompat...last2 nama najib gak yg buruk

    ReplyDelete
  6. Jika The Edge melakukan pembohongan, sila 1MDB, Najib, serta kuncu-kuncunya seperti Salleh Said Keruak, Shahrir Samad, Zamil KITA, Tunku Aziz, Abdul Rahman Dahalan, Ahmad Maslan, Hassan Malek serta lain-lain kuncu serta pecacai dan balaci mereka memberikan penjelasan mengenai isu mengenai RM 2.63 bilion di dalam akaun Najib di AmBank serta RM 2 juta dalam akaun Rosmah di Affin Bank.

    Rakyat mahukan penjelasan apakah Najib pernah membuka dua buah akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan kemudiannya menutupnya selepas beberapa bulan PRU 13, serta kita mahu tahu apakah benar wang berjumlah RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib itu.

    Najib mesti membuat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri untuk menafikan beliau pernah ada dua akaun di AmBank yang dibuka sebelum PRU 13 dan ditutup selepas beberapa bulan PRU 13 dan nafikan tidak pernah ada wang berjumlah RM 2.63 bilon yang bersamaan USD 700 juta itu. Malahan jika pernah ada akaun berkenaan dibuka pada sebelum PRU 13 dan kemudiannya ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, perlu dijelaskan mengapakah akaun itu ditutup dalam tempoh yang singkat?

    Keduanya, Najib dan Rosmah juga perlu membuat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri atau kalau tak mau buat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri, maka buatlah Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration) untuk menafikan bahawa RM 2 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Rosmah melalui beberapa transaksi melibatkan jumlah antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00.

    Sekiranya Najib dan Rosmah sendiri tidak dapat membuat penjelasan secara rasmi, malahan asyik menyalahkan media, menyekat akses ke portal seperti Sarawak Report, menggantung permit media seperti The Edge, menyalahkan pengkritik, menyalahkan orang yang tidak menyokong mereka, maka macam mana nak tahu kebenarannya?

    Patunya jika juak-juak Najib benar-benar yakin bahawa Najib tidak bersalah, sila buktikan bahawa tuduhan yang disiarkan di dalam media, yang menjadi perbualan rakyat sekarang ini itu adalah tidak benar, jika hanya menafikan tanpa bukti, tak ada gunanya, kerana pihak yang membuat pendedahan itu menunjukkan bukti berupa dokumen perbankan melibatkan transaksi wang yang besar ke dalam akaun Najib dan Rosmah, jika kata dokumen itu tipu, dipalsukan, sila juak-juak Najib dapatkan dokumen asli dari Najib dan Rosmah dan tunjukkan kepada umum.

    Jika juak-juak Najib, malahan Najib sendiri tak mampu nak menangkis bukti yang dikemukakan oleh The Edge, Sarawak Report, serta Wall Street Journal itu, bagaimanakah boleh dikatakan bahawa dokumen yang disiarkan oleh media-media tersebut sebagai palsu dan diubah suai?

    Sila beri penjelasan, bukannya merapu tak tentu hala. Rakyat menantikan penjelasan, kerana apa yang berlaku itu melibatkan kepentingan rakyat, rakyat tidak mahu wang negara diselewengkan untuk kegunaan peribadi, untuk tujuan yang tak betul, kerana ini merugikan peruntukkan pembangunan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  7. Mengenai tuduhan oleh Najib dan kuncu-kuncunya bahawa penyiaran dokumen serta maklumat mengenai salah laku Najib sebagai bertujuan untuk mengganggu gugat demokrasi, mahu menjatuhkan kerajaan adalah suatu kenyataan yang sangat bodoh.

    Malahan tindakan Najib dan kuncu-kuncunya menyekat akses ke portal seperti Sarawak Report, kemudian menggantung permit The Edge dengan alasan melakukan ancaman terhadap demokrasi dan mahu menjatuhkan kerajaan adalah perbuatan yang sangat bodoh dan melucukan.

    Dalam isu ini, The Edge dan Sarawak Report tidak memburuk-burukkan Malaysia, mereka tidak menyerang dan mengecam Malaysia hingga boleh menggugat kepentingan Malaysia. Apa yang dibuat oleh The Edge, Sarawak Report, serta The Wall Street Journal adalah mendedahkan perlakuan jenayah penyelewengan oleh Najib. Mereka mendedahkan perlakuan jenayah penyelewengan serta pengkhianatan Najib terhadap negara dan rakyat, apakah perbuatan mendedahkan perlakuan jenayah oleh Najib itu sebagai ancaman terhadap demokrasi?

    Apakah tindakan Najib yang melakukan penyelewengan boleh dianggap memuliakan demokrasi serta menyelamatkan negara ini?

    Kebodohan demi kebodohan yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya hanya menyebabkan maruah Malaysia makin tercalar di peringkat antarabangsa, malahan ekonomi Malaysia menjunam bukan disebabkan oleh kritikan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Najib mengenai 1MDB, tetapi penyelewengan, salah guna kuasa, kuku besi yang diamalkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang menjadikan negara ini dan harta negara ini sebagai harta mak bapak mereka, pelabur asing takut dengan kepimpinan yang bersikap kuku besi, menyeleweng serta menindas media dan orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.

    Dalam isu ini, Najib dan kuncu-kuncunya yang perlu dipersalahkan, meraka adalah punca segala kemelut ini.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete
  8. Apa yang lebih putih daripada kapas? Sifat ikhlas kerana Allah ta'ala. Apa yang lebih pahit daripada hemepedu? Kebenaran adalah sesuatu yang sangat pahit seperti hempedu untuk mereka yang enggan untuk mengakui kesilapan dan kekurangan diri sendiri.

    ReplyDelete
  9. Mature blogger. Pemikiran yg waras. Syabas, Parpukari

    ReplyDelete
  10. Kalau Tun M pun dia orang boleh label macam2, apa lagi Muhyiddin......inilah realitinya parpukari ooii...tak paham2 lagi ke? UMNO dah hilang kewarasan.

    ReplyDelete
  11. kenapa ada org bodoh nak mampos nie kalau tpm tegur tu bukan maknanya dia pengkhianat mungkin dia nak beri pendapat atau mana tahu teguran itu blh membawa kebaikkan.

    ReplyDelete
  12. bersatu kita teguh bercerai kita roboh patutnya dlm keadaan skrg ini kita semua kena bekerjasama cari jln penyelesaian dari terus jadi kaki bodek dan bakar tak tentu pasal demi utk menjaga parti kita dan pm kita...

    ReplyDelete
  13. Siapa yang Anti-Presiden dan Perdana Menteri, memang anti-UMNO dan pengkhinat bangsa!

    Timbalan Perdana Menteri berbahas macam pembangkang!

    Buat apa Rahman Dahlan kerja kuat cari orang reject untuk buat video dan defend the PM tapi Timbalan Perdana Menteri sendiri serang PM jugak.

    Wajib TPM letak jawatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANONYMOUS JULY 27, 2015 AT 10:12 PM..,

      Lain kali apabila DS Najib pergi berak.., maka beliau tak perlu basuh buntut.., tapi awak boleh tolong jilat habis. OK..!?

      Delete
  14. Pukimak Parpukari, pergilah jaga Telur Muhyiddin dan Mahathir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANONYMOUS JULY 27, 2015 AT 10:23 PM..,

      Awak pula boleh pergi jaga pelir Najib dan membelai cibai Rosmah. Amacam boleh..!?

      Delete
  15. Justo sudah mengakui isu 1MDB adalah serangan terancang untuk menjatuhkan Najib. Dia sendiri sudah memberi maklumat pihak yang bersetongkol sehingga sanggup memalsukan dokumen dan membuat tuduhan liar. Ini fakta. Soal saya kenapa ahli UMNO kecut telur nak mempertahankan PM? Lagi sekali bani melayu telah diperkotak katik bangsa asing yang mahu kerajaan yang sedia ada TUMBANG. Ini fokus utama mereka. Kes dalam peringkat siasatan awak pula sudah meroyan awal awal lagi. Ketika Tun M berhadapan berbagai tuduhan dan cacian puak pro Anwar dan media asing orang UMNO masa itu mampu bersabar kerana yakin dengan pimpinan. Ini baru satu tuduhan oleh manusia mata biru awak sudah hilang pedoman. Ini bukan kali pertama dan sudah pasti bukan yang terakhir sebab orang luar sebolehnya mahu Malaysia menjadi sebahagian dari mereka. Kalau boleh bertaruh saya pasti bertaruh pemimpin UMNO selepas ini juga bakal hadapi nasib yang sama selagi orang cina tak dapat kuasa!

    ReplyDelete
  16. Tahniah akhirnya satu ulasan yg mantap dr parpukari....Ini yg kita nak dgr bukan bodek membodek...lama jugak tak buka blog ini..Bagus la balik ke alam yg nyata...Kami tertanya2 tentang 1MDB ni...sejak bila sebuah kerajaan yg berkhidmat utk RAKYAT tp jd sebuah badan korporat bila Najib memerintah??

    ReplyDelete
  17. Cuba tengok Youtube temubual Pak Lah beberapa tahun dulu tentang sikap Muhyudin .

    ReplyDelete
  18. Nampaknya kena gulung tikar le Din....
    Apa nak buat....
    Keran pulut santan binasa..
    Keran mulut jawatan binasa.
    Tak pe le lepas ni boleh ajak Hasan Ali buat road Show

    ReplyDelete
  19. Najib bodoh dan memperbodohkan orang UMNO dan seluruh rakyat Malaysia. Dia suruh rakyat tunggu hasil siasatan, tapi dia keluarkan dua-dua orang paling penting dalam kedua-dua badan penyiasat. Apa yang tinggal lagi. Tunggulah selagi keputusan tidak berpihak kepada Najib, selagi itulah hasil siasatan tidak akan didedahkan. Aku pasti takkan undi UMNO lagi dalam PRU lepas ni.

    ReplyDelete
  20. Anua konkek lubang tahi jantan pun pemimpin2pembangkang pettahan kn hingga titisan air mani ter akhir .
    pemimpin umno cmna pulok.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!