ISU TUDM BUTTERWORTH - KEPADA SAHABAT DI PULAU PINANG JANGAN MARAH ANA MAU TANYA SAJA!

Rentetan dari pertanyaan The Unspinners, sebuah blog Pro Kerajaan dan Penyokong kuat PM ni, maka aku sebagai penyokong PM juga mahu tahu apa cerita yang sedang berlaku tentang kes ini, lagi sekali aku nak terangkan, cuma bertanya bukan menuduh ok. Tapi kalau dah nak repot polis jugak aku takleh buat apa la...




Betulkah pemimpin UMNO Tasek Gelugor halang pembangunan tapak lapangan terbang TUDM Butterworth seperti dituduh dalam banner?

Betul dikatakan kalau pembangunan ini menguntungkan rakyat, khususnya orang Melayu, ia tak perlu ditentang.

Rakyat patut didahulukan lebih dari kepentingan pemimpin-pemimpi .

Cuma siapa dalang disebalik banner-banner ini? Tak tentu pasal ada blog-blog pembangkang dah mainkan isu ini. Baca Era Pasca di SINI  dan SINI

Projek ini sudah diusahakan JV LTAT lebih dari 7, 8 tahun. Dato Ahmad Zahid dah persetujui dan pelbagai pihak dah beri go ahead.

Sebagai mana projek2 lain, memang ada pelbagai masaalah operasi perlu ditangani tapi jangan pula jadi modal pembangkang untuk tuduh ada pihak-pihak guna masaalah sebagai alasan untuk halang untuk peras pemaju untuk bayar rasuah.

Jelaskan segera agar tak jadi bahan fitnah hingga membiak macam 1MDB. Segerakan projek juga kerana jika mana2 pihak tangguhkan ia bakal menarik fitnah baru juga.

Kekalahan besar luar jangkaan di PRK Permatang Pauh memberi imej buruk terhadap pemimpin UNNO di Pulau Punang.

Ada khabar tersebar pemimpin sengaja tak ambil ribuan pengundi putih untuk keluar mengundi. Ada juga khabar ada pemimpin UMNO sekongkol dengan sindiket judi untuk tentukan keputusan.

Semua itu khabar angin tapi rakyat dah mengharap projek ini. Jangan kecewakan mereka.

Bila persepsi terbina ada pemimpin halang dan guna peluang ambil rasuah, pengundi akan percaya apa saja khabar angin yg dodengar dan diingatkan masuk akal.

PK: Itu tulisan The Unspinners ya, aku cuma perpanjangkan dan memohon supaya isu ini diselesaikan dengan kadar segera, tak perlu nak take it personal as this is for the people we are fighting for. 

Ingatkan kisah ni dah selesai, rupanya tidak, dengan pendedahan Another Brick ini lebih merumitkan keadaan, KLIK SINI

Aku setuju dengan The Unspinners isu ini tidak boleh didiamkan seperti 1MDB, akibat diam terlalu lama benda yang palsu pun orang dah mula percaya. Mainan Persepsi ini sangat merbahaya jika dibiar begitu sahaja, kepada sahabat-sahabat blogger di Penang, dont kill me, I am just the messenger.

Aku nak isu ini diselesaikan, kesian kat PM kita, macam-macam masalah dia kena hadapi. Tolong ya...SELESAIKAN ISU INI DENGAN KADAR SEGERA...

12 Responses to "ISU TUDM BUTTERWORTH - KEPADA SAHABAT DI PULAU PINANG JANGAN MARAH ANA MAU TANYA SAJA!"

  1. Wahai parpukari!! Ini semua tk penting parpukari, yg pnting sekarang untk apa bawa masuk 1.5 juta bangla kesini? Tk cukup lagi ke pati kt mlysia ni?

    ReplyDelete
  2. apakah YB & Menteri2 10% ini mampu mengubah nasib negara & bangsanya sendiri?

    Ekonomi tak tahu, mengimport bangla ke Malaysia, dll adalah lemah fikiran & gagal mencorak bangsa dalam pertumbuhan ekonomi & pendidikan berkaitan..

    apa guna banyak U & kolej jika gaji murah & banyak penganggor..

    inilah hasil menteri & mungkin PM 10% komisyen..

    orang main komisyen ini biasanya orang bodoh & penggadai tanah

    ReplyDelete
  3. Hoit! Selesaikan kes MARA dulu, 1mbd bila nak bayar utang.? Tangkap lah berapa org pun, hutang mesti bayar la mat monggol! Lu ingat mat bapa lu punya wang ka?

    ReplyDelete
  4. PM tu masalah yg dia cari sendiri siapa suruh.....dgr citer hutang 1MDB tu cuma rekaan....ada org sabotaj PM

    Dengar juga citer yg sebenarnya UNIT dah tukar ke ASET dan akhirnya plink...plink...eh..eh...jd DUIT semula kat Cayman....inipun dgr citer ada org sabotaj n manipulasi info sampai Bank Singapore n PMpun terkeliru.....citer2 ni dgr dr Thailand kalau tak silap....harap2 bukan info yg diputarbelitlah ye.

    Berkat Ramadhan rupanya hutang bilion2 1MDB adalah TIPU dan duit kat Cayman wujud rupanya....fuhhh lega

    Tenang puasa aku esok....SELAMAT BERPUASA SEMUA...peace

    ReplyDelete
  5. Tak yah buat apaa2 dah kt Penang... orang Melayu tak sokong BN dah..buat je bangunan utk kerajaan pusat atau tukar jadi kem tentera darat lagi bagus.

    ReplyDelete
  6. Bila pihak2 UMNO di Tasek Gelugor yang tidak mendapat habuan dari projek ini, maka bisinglah buat protes.

    ReplyDelete
  7. Woit! Kes MARA pulak dah! 1MDB dah kira selesai bila pundekou bagero kata 1MDB buat sumbangan untuk mesjid KG. baru 20 juta......apa 20 juta? Seingat aku 42 B, dah! Matematik A la hj mohd najib ni!

    ReplyDelete
  8. Rakyat pun satu hal...Bila ada masaalah baru ingat UMNO dan BN lepas tu, selepas tu bila masaalah dah selesai dengan hasil susah payah UMNO dan BN mereka akan llupakan Kerajaan, tak cukup dengan itu maki hamun dan fitnah pun bermula kembai....ada tu berlagak konon dia yg. lebeh pandai, tapi bila disuruh ketengah tak berani.

    ReplyDelete
  9. AnotherBrinkInTheWall tulis "... more than 10,000 low costs homes will be built in Tasek Gelugor."

    Persoalannya, permohonan bina 9,999 unit rumah kos rendah oleh agensi kerajaan persekutuan pun belum diluluskan lagi, ni cerita hampir 10 tahun lah. Ingat Guan Eng nak bagi yang 10 ribu ni?

    Jangan jadi bodoh. Nanti bila kem dah pindah ke Tasek Gelugor, rumah murah ke, rumah percuma ke yang diberi kepada rakyat (KHASNYA ORANG MELAYU) tak dapat dibina. Ingat! Siapa pegang kuasa nak bagi kebenaran merancang. Bukan Koh Tsu Koon tau.

    Kerajaan persekutuan pun main game dengan kerajaan negeri dengan kurangkan peruntukan itu ini. Jangan ingat Guan Eng akan bagi laluan mudah pada projek kerajaan persekutuan. Rumah yang cina mampu beli dia bagi lah. Rumah melayu mampu beli, buat apa dia bagi? Pindah lah duduk Sungai Petani atau Kulim. Dia pun tahu melayu ramai dah lari keluar Penang.

    So, keputusan UMNO Penang tu memang tepat. Kalau nak tambah penduduk pun, buat kuarters aja dalam TUDM Butterworth. Ada jugak pengundi askar yang undi BN.

    Tak payah lah timbul soal kroni dapat projek. Semua alasan je tu. Ingat LTAT tak ada kroni?

    Jangan jadi macam UMNO Wilayah Persekutuan. Tengok kampung Melayu di Abdullah Hukum kat Pantai Dalam. Dah kena bulldoze sebab nak condo orang kaya. Sekarang baru Raja Nong Chik nak bising undi Melayu tak bagi pada dia. Nak bising macamana? Dah orang Melayu semua dah dipindahkan.

    ReplyDelete
  10. Parpukari..ini macha belum boleh jaga cucu lagi la..

    The MIC central working committee of 2009 has resolved to hold elections for the party presidency in September, embattled MIC president Datuk Seri G.Palanivel announced today.

    He added that branch elections would be held in July, with nominations to be held on July 15 and 16 and the elections on July 24 to 26.

    The emergency CWC meeting also reprimanded Datuk Seri S.Subramaniam for holding out as the acting party president.



    When asked about the letter from the Registrar of Societies (RoS) on his status as a member, Palanivel responded: "Don't worry about that." – June 29, 2015
    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/mic-elections-for-party-presidency-in-september-says-palanivel#sthash.JuZiRARA.dpuf

    ReplyDelete
  11. http://theunspinners.blogspot.com/
    Dulu cina boikot Melayu jual limau CNY

    kalau otak blogger tak betul ini lah terjadi. bumiputra ade share pun kacau

    http://www.theedgemarkets.com/my/printpdf/186216

    http://www.giant.com.my/news/details.aspx?ID=98

    ReplyDelete
  12. Sikit2 UMNO tak betol, itulah sebab bangsa Melayu jadi begini kerana ada dikalangan bangsa Melayu sendiri sanggup mendewakan bangsa Asing, kalau ada Melayu kaya sikit dituduh Rasuah lah dan sebagainya seolah2 orang Melayu tak patut kaya tak patut senang malahan mereka suka bangsa Melayu miskin terperosok di pinggir2 hutan dan dikaki2 bukit
    Maafkan aku kalau aku terpaksa panggil mereka ini adalah Melayu Pengkhianat Bangsa!!!!!!!!!



    senang.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!