TERKINI LIVE DARI PERMATANG PAUH! SETAKAT INI SUDAH 69% KELUAR MENGUNDI!

Setakat ini peratusan keluar undi sudah sampai 69 peratus dan hingga ke saat ini kita masih tak tau siapa yang akan menang. Memang berbeza keadaan kali ini.

Selama 2 minggu kempen kat sini takde masalah langsung. Suasana aman tenteram tetapi sejak 2-3 hari lepas nampak agresif kerana kedatangan PKR dari luar. Ini membuatkan rakyat Permatang Pauh tidak selesa. Ganas depa lain macam kali ini.

Aku perhatikan memang nampak banyak perubahan sekarang ni. Kalau dulu pukul 2 petang dah tau BN kalah dan semua jentera akan bungkus dan balik ke tempat masing-masing.

Tapi kali ini hingga ke saat aku tengah ketok keyboard ni aku dapati keputusan masih samar-samar dan susah nak calap siapa yang bakal menang. Suspens beb.

Suka tak suka pada pendapat aku ini terjadi kerana Ketua Bahagian baru Dato Zaidi atau lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Zaidi memang banyak memainkan peranan.

Semua penduduk Permatang Pauh tahu cikgu Zaidi banyak membantu mereka tanpa mengira mereka ni dari parti mana. Cikgu Zaidi and the team dah mula kerja sebaik saja dia menjadi ketua bahagian Permatang Pauh. Tanyalah mana-mana penduduk tempatan sini. Inilah yang berlaku sejak 20 bulan lepas disini.

Malah kalau ditanya dengan orang-orang PAS tempatan pun mereka akan kata benda yang sama. Bukan aku nak buat cerita cuma aku menyampaikan apa yang benar.

Walau apa saja keputusannya nanti aku tetap puashati dengan apa yang telah Cikgu Zaidi dan team dia buat di Permatang Pauh. Kalah dalam tangan menang belum pasti. 

Sabar dan tunggu kejap lagi kita tahu la apa keputusannya

3 Responses to "TERKINI LIVE DARI PERMATANG PAUH! SETAKAT INI SUDAH 69% KELUAR MENGUNDI!"

  1. En. ParpuSalim..

    apa ni..laman web http://sultan.perak.gov.my/2013-03-27-01-22-21/d-y-t-m-raja-muda-perak.html

    raja muda=raja nazrin?

    siapa admin website? last updat 22 mac 2013...Admin tido lena ka?

    Biar benggali macam kau tegur melayu-melayu yang tgh tidor tu...nasib baik ada benggali mcm kau...kikiki

    atau ambil alih sebagai admin page tu...misleading betul website tuh.....

    ReplyDelete
  2. Aku rasa kalau Wan Azizah kalah , dia akan kata ni semua pengundi hantu punya pasal .

    ReplyDelete
  3. kampung Tun Sardon tu Kg Tok saya.. kat sana depa pancing undi kat org tua2 macam ni

    "undi la puak kita (pembangkang)..kalau kita undi nanti esok mati senang tak payah jawab apa dah"..

    hmm.. ada lagi mentaliti sesat macam ni

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!