TERKINI! JAWAPAN NAJIB KEPADA MAHATHIR!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Perkara tersebut telah dijelaskan di dalam penulisan melalui blog miliknya iaitu NajibRazak.com termasuklah berkaitan dengan isu yang melibatkan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), isu jet kerajaan dan juga isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Menurut catatan yang dibuat oleh beliau, kritikan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir adalah tidak adil dan mendatangkan kekeliruan.

Beliau berkata, Tun Mahathir tidak boleh mempercayai sesuatu perkara tanpa mempunyai bukti yang kukuh meskipun ada individu yang datang bertemunya ataupun berdasarkan apa yang didengari oleh mantan Perdana Menteri itu.

“Beliau perlu memeriksa sama ada apa yang didengarinya itu mempunyai bukti atau tidak sebelum menghebahkannya.

“Ada banyak tuduhan yang diterima Tun semasa era pentadbirannya dan beliau sering bertanya ‘mana bukti?’,” jelas beliau.

Tegas Najib lagi, Tun Mahathir juga dikatakannya begitu mudah percaya dengan fitnah dan penipuan yang telah dicipta oleh pihak pembangkang.

“Beliau terpengaruh dengan fitnah pembangkang termasuklah perkara yang melibatkan isteri dan keluarga saya.

“Beliau mengulangi fitnah yang dicipta oleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas berkenaan kononnya isteri saya memiliki cincin bernilai RM24 juta sedangkan ianya telah dinafikan oleh syarikat berkenaan.

Seterusnya baca di PERAK TODAY

18 Responses to "TERKINI! JAWAPAN NAJIB KEPADA MAHATHIR!"

  1. Mane pi duit RM42 bilyon duit 1MDB? Dan sape arah Sirul/Azilah c4 Tuya? Masih tak jawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahkamah dah jawab Sirul lah!

      Delete
    2. Nauk tau nyapa sirul jadi gitu ?

      Delete
    3. Audit Negara kena siasat juga mengenai majlis perkahwinan anak Najib serta penerbangan rombongan kahwin anak Najib ke Kazakhstan.

      Kata pegawai di Pejabat Perdana Menteri, semua itu ditanggung oleh menantu Najib, kaya betul menantu Najib itu, boleh buat majlis yang kosnya lebih dari RM 10 juta termasuk kos penerbangan ke Kazakhstan itu.

      Pihak SPRM pun patut masuk siasat mengenai perkara ini.

      Kalau pihak yang berwajib tak mengambil tindakan, macam mana orang nak hormat undang-undang? Kalau agensi penguatkuasa yang berkaitan pun membiarkan perbuatan salah itu, maka orang akan menganggap agensi penguatkuasaan yang berkaitan itu lebih rendah kedudukan dari sarkas dan setaraf dengan kumpulan penyamun sahajalah.

      Delete
  2. apa gunanya Negara maju tp rakyat msih mundur...Keselamtan Negara longgar sebab ada pnjawat awam mkn rasuah..Kenapa Najib xbalas jawapn Tun M dengn ckp pd Tun M mne bukti duit 1mdb hilang..tp disebaliknya Najib mengulupur xtentu pasal

    ReplyDelete
  3. DSN can bring the answers from the seven heavens,fact remains people do not trust you anymore.

    ReplyDelete
  4. Mula dah macai-macai RBA masuk lubang. Pantang ada lubang, tak kiralah lubang cacing kah, lubang naga kah atau lubang belakang pasti ada ,macai-macai RBA merayap.

    Teruskan usaha-usaha gigih selagi Najib tak jatuh. Dalam media sosial bolehlah jadi Raja Fitnah. Tapi realitinya dalam alam nyata Najib masih ampuh.

    Bukan semua orang boleh dibodohkan oleh macai-macai ini. Zaman AlJuburi dengan pidato berdegar-degar makin layu. Rakyat sekarang bukan nak dengar tong kosong tapi rakyat nak bukti Pembangkang ni buat kerja.

    Terlampau nganga mulut nanti lalat masuk bertelor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal cincin RM 24 juta itu, pihak SPRM dah menyiasat bini Najib, kerana berdasarkan rekod dan siasatan oleh pihak kastam, cincin itu memang masuk ke Malaysia melalui Singapura tetapi kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia ke New York pula.

      Pasal cincin RM 24 juta itu bukannya fitnah pun, kerana dah ada rekod masuk dan keluar rekod itu.

      Sekarang ni Tun Dr. Mahathir dah keluarkan macam-macam bukti, Najib sahaja yang hanya menafikan tanpa bukti.

      Lagi satu, Najib sekarang ini adalah suspek jenayah. Najib telah melakukan pembohongan dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu untuk menipu parlimen dan kerajaan Malaysia serta rakyat Malaysia mengenai USD 1.103 bilion yang sebelum ini Najib kata disimpan secara tunai di Singapura sedangkan tak ada pun wang tunai itu disimpan di bank di Singapura seperti yang Najib beritahu parlimen sebelum ini.

      Tapi Speaker Parlimen tak ambil apa-apa tindakan sebab telah diberi habuan perabot baharu, tandas baharu, dapat buat ubah suai pejabat, maka dia tak ambil tindakan, sebab mengharapkan habuan yang lebih besar lagi selepas ini. Integriti Speaker Parlimen sekarang ni pun dah macam penjenayah, sebab melindungi suspek jenayah seperti Najib itu dari dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen.

      Ketua Polis Negara pun dah macam bersubahat dengan suspek jenayah, walaupun dah ada laporan polis, tetapi Ketua Polis Negara tak ambil apa-apa tindakan terhadap suspek jenayah yang telah dilaporkan kepada pihak polis itu.

      Malahan kalau Ketua Polis Negara ke KLIA atau lapangan terbang di mana suspek jenayah penipuan di parlimen itu turun pun, bukannya kerana nak tangkap, gari serta sumbat suspek jenayah itu dalam lokap untuk disoal siasat, tetapi untuk tabik dan cium tangan suspek jenayah itu pula.

      Apa dah jadi dengan integriti Speaker Parlimen dan Ketua Polis Negara? Sungguh memalukan keadaan sebegini rupa.

      Speaker dengan pakaian rasmi speaker berjubah, tetapi menjadi pecacai suruhan suspek jenayah, tak ambil tindakan disiplin, apatah lagi nak laporkan kepada polis pasal penipuan di parlimen itu, nak ambil tindakan menghadapkan suspek jenayah itu ke Lembaga Disiplin pun tak buat. Lebih baik Speaker bakar sahaja jubah rasmi Speaker Parlimen dan pakai bikini sambil mempengerusikan sidang parlimen, nilai Speaker dah tak ada integriti.

      Ketua Polis Negara pun sama, pakai bikini sahajalah, pergi bakar pakaian seragam polis yang dipakai itu, tak ada nilainya bila bersekongkol dengan suspek jenayah seperi Najib itu. Apa guna pakai pakaian seragam rasmi Ketua Polis Negara tetapi menjadi pecacai kepada suspek jenayah? Sungguh memalukan.

      Delete
    2. Kau tu yang pencacai Najib. RBA pun kalau boleh nak Najib kekal sebab confirm BN akan kalah PRU14. Aku penyokong BN berpuluh tahun, cuma aku memang tak setuju dengan Najib. BN bukan ketandusan pemimpin, salahkah BN tukar saja PM. Terbukti Najib gagal mentadbir negara. Banyak sangat perkara buruk terjadi waktu dia jadi PM, tak ada satu yang dia dapat selesaikan dengan baik. Tun Razak pun jadi PM 5 tahun saja, Najib dah 6 tahun. Cukup-cukuplah. Tak kan nak tunggu sampai mati pula. Lainlah kalau dia ada kualiti macam Tun M. Kualiti najib hanya macam badut saja, cuba dengar saja cara dia berucap, menyampah gila.

      Delete
  5. Pelik. Najib rasa dia menjawab tapi sebenarnya dia tak menjawab apa-apa pun, Hanya alasan dan justifikasi sahaja bagi setiap tindakan yang dibuat. Orang tanya mana hilangnya duit 1MDB, tapi jawapannya nilai tanah TRX dan Bandar Malaysia boleh cover liabilitii 1MDB. Masalahnya tanah kerajaan yang amat bernilai itu telah disonglap kepada 1MDB dengan menyalahguna kuasanya sebagai PM. Setelah dinilai dgn harga pasaran memanglah ada lebihan berbillion untuk tampung kehilangan tersebut. Sekarang ni, cuma bagitau kemana hilangnya duit 42 Billion selepas ditolak pembelian asset, Tak sangka kita ada PM yang sebodoh ni,

    ReplyDelete
  6. Jawapan Panglima Bugis Kepala Bana ni itu hari TUNGGU siasatan.

    PUKIMAK PUNYA JAWAPAN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum bro Reentry.....

      Copy paste posting saya kpd ayahanda Tun Dr. Mahathir hari ini.
      ------------------------------------------------------

      My dear beloved Tun....

      You've always been my mentor & inspiration for the transition from those backward days to the golden-prosperous-modern era (1981 2003). It's well documented that you're no angel, but....nobody can dub you being a Hitler, Idi Amin, Kim Jong Il or even Lee Kuan Yew for that matter. For certain, you're one of the greatest prime minister ever in the world who spoke and speak without fear or favour, in particularly to the damn Zionist Jew, arrogant USA/UK and the kiasu Little Israel-Spore.

      Each country have their own folklores. Irrespective true or not, such tales has no doubt carry moral values and good teaching. My late mother used to tell me one famous Malay tales that tickled me till to this day about a moronic character named Pak Pandir and his wife, Mak Andeh with their funny funny acts. But much to my surprise, those characters have reappear in this modern era.

      The modern day Pak Pandir and Mak Andeh, however, are no longer the much beloved & amusing couple as told in the Malay folklores. They are now villains owing to corruption, greed, & ego but stupid that devastating the country's prosperity and tarnishing the good image of the nation. These so called modern day Pak Pandir & Mak Andeh are now so notorious that they have become household talk and also laughing stock regionally and globally.

      GUESS WHO and be my guest....!!

      Delete
  7. Kebodohan Najib yang tiada sempadan. Kalau dia faham isu 1MDB sepatutnya dijawab secara spontan saja. Senaraikan assets yang dimiliki dan berapa kosnya setiap satu. Adakah berbaloi memiliki assets tersebut dengan hutang 42 Billion. Cuma jangan masukkan nilai pasaran bagi tanah TRX dan Bandar Malaysia kerana disitu ada isu salahguna PM memberi tanah tersebut jauh dibawah nilai pasaran. Sekarang ni, ramai yang nak tahu ada isu penyelewengan duit 1MDB atau tak. Kenapa nak gabra buat musuh dengan Tun M pulak. Jangan risau Tun M tak teringin jawatan PM pun. Cuma jawab dan tadbir negara dengan ikhlas untuk rakyat dan negara. Bukan membuat kos sara hidup rakyat makin teruk. Rakyat tak nak pun BR1M kalau setakat nak kenakan GST pula. Rakyat yang susah sepatutnya dibantu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    ReplyDelete
  8. Dapat PM yang bodoh sombong, inilah jadinya. Dah nampak kehidupan rakyat makin hari makin teruk. BR1M langsung tidak membantu, kena GST pula. Hutang negara makin bertambah. 1MDB memang banyak penyelewengan tapi semua cuba ditutup dengan bailout guna tanah kerajaan. Installment pun kena minta AK bayar. Dalam tak ada duit, jet mewah kena beli juga. Biar papa asal bergaya. Dah tak ada orang lain boleh pimipin UMNO ke? Teruk sangat ke parti UMNO ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap nak bertekak dengan Tun M lagi. Apa punya bodoh.

      Delete
    2. Dia saja yang patut jadi PM sebab bapa dia pun PM juga. Jawatan PM ni kan hak turun temurun. Biar teruk macamana pun, UMNO kena lantik dia juga.

      Delete
  9. Mai kita ramai-ramai pi minta kerajaan supaya jual tanah murah-murah kat kita, lepas tu kita pi jual ikut harga pasaran. Tapi kena guna kuasa PM lah. Ini tak pula dikatakan Rasuah atau Salahlaku? SPRM pun diam saja. Masa Khir Toyo beli bungalow bawah sikit dari harga pasaran pun dah bising. Bila kena PM & Menteri Kewangan buat, SPRM pun tutup mulut. 1MDB tu tak bermasalah kata PM. Tapi kenapa PM dah nampak terdesak menjual semua asset yang ada dan sampai nak pecahkan 1MDB pula. Kau dah kutuk gila-gila orang yang menimbulkan isu 1MDB, kenapa sebelum result audit keluar dan kelam kabut semacan. Tunggulah result tu keluar, boleh sula saja PM ni.

    ReplyDelete
  10. Anda butuh angka 4d 5d 6d silahkan tlpon eyang woro manggolo di 0823,9177,2208.trimakasih

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!