PANAS BERAPI! APA LAGI KORANG NAK NAJIB BUAT?


Apa masalahnya kalau Najib menari masa anak dia kahwin beb? Sejak beberapa hari lepas portal pro pakatan memainkan video PM menari di majlis kahwin anak beliau di Kazakhstan.

Aku menjadi sedikit musykil bila mereka mahu mempertikaikan benda tersebut. Bagi aku tidak ada salahnya Najib dan isteri menari di majlis tersebut lagipun itu majlis tertutup dan dikalangan saudara mara dan sahabat handai mereka. Kenapa korang nak pertikai?

Menjadi amalan biasa bagi sesetengah pihak meraikan pengantin baru dengan tarian. Contohnya bila ada keluarga berdarah Pakistan Melayu membuat majlis perkahwinan mereka akan menari dikalangan keluarga mereka ala macam dalam cite hindustan tu.

Dan kalau kita pergi ke majlis perkahwinan orang melayu boleh tengok karaoke dan joget lambak dan macam-macam lagi. Apa nak heran? Tapi kan kalau dah jenis tak suka tu kalau kita explain bagai nak rak pun mesti tak kan nak terima punya kan?

Mesti akan kata apa perlu PM menari? Lagi sekali aku nak bagitau lantak la  apasal korang sibuk? Itu majlis perkahwinan anak dia dan sebagai bapa dia seronok kerana anak dia dah selamat diijabkabulkan. Lagipun itu memang tradisi orang Kazakhstan.

Atau korang memang nak PM Najib Razak supaya sentiasa berkabung dan jangan buat apa pun untuk diri dia? Bukankah dia pun manusia juga yang mempunyai anak dan isteri? Apakah dia tidak berhak untun bergembira?

Kadang-kadang aku tengok rakyat Malaysia ni over sangat la. Sikit apa PM buat semua bak pertikai. Dia beli Jet untuk kegunaan pembesar negara korang bising. Dia keluar negara untum tugas dia pun korang marah sebab pakai ket. Abistu korang nak dia naik apa pi luar negara? Pakai tongkang ka wei?

Sebagai Perdana Menteri beliau berhak untuk mendapatkan keistimewaan beb. Itu hak dia sebagai ketua negara, takkan korang nak tengok PM korang naik kereta ISWARA Kot? Come on la wei.

Be rational dan logik la sikit, bagi la ruang dan peluang kepada PM untuk memacu negara menuju Wawasan 2020. Give him a break la wei.

Lagipun apa sangat la video Najib menari ni kalau nak dibanding dengan video Amwar menari goyang-goyang dengan CHINA DOLL tu? Yang tu korang tak marah pulak ya? Sebab video porno kan? Sebab dia al jubs kan? 

Tolong la rakyat Malaysia aku tau korang tension pasal GST. Tapi jangan la over sangat beb. Aku pun tension pasal GST ni. Tapi bagi la masa sikit supaya semuanya boleh dikawal tidak lama lagi.

Boleh?


32 Responses to "PANAS BERAPI! APA LAGI KORANG NAK NAJIB BUAT?"

  1. Mentaliti dan prmikiran rakyat malaysia masih lagi berada pada takuk di mana mereka senang diperbodohkan oleh dakyah2 palsu fuckatan pembangkang.. apa yg PM buat semuanya nak dijadikan viral kononya ianya salah... Aku x heran sampai satu masa nanti bila PM kita tgh berak pun diorang boleh rakam utk menunjukkan cara dia berak tu salah dan tak mengikut kehendak diorang... Be rational la sikit... Kita bukan lagi berada pada zaman 70-an....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  2. Memang tak salah tapi masalahnya orang dah menyampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal korang terlalu sangat nak jaga tepi kain orang itu sebab kau kata menyampah. kalau anak kau kawin tak payah buat kenduri, seronok nanti orang menyampah, ada erti apa punya pembangkang busok hati.

      Delete
    2. Bodoh kau nak buat kenduri lau ade anak nak kahwin kau buat jela. Lau ko keje kerani ko buat jela kenduri ikut kemampuan kerani kau tu jangan la buat macam kau tu doktor. Lau kau PM buat la macam kau PM yang berjiwa rakyat jangan la buat macam kau anak sultan. Masa orang semua mengeluh berbelanja besar ni masa itulah kau nak menunjuk kau banyak duit.

      Delete
  3. jgn jd pencacai la ikut je jib rakyat dah tenat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku okey je.. Dan ramai rakyat msia yg kau kata tenat tu dok lepak2, santai2, penuh stadium tgok bola ., relak je .. Kau tu manusia yg tak tahu bersyukur dan kufur pd nikmat Allah SWT.

      Pegi mampus kau

      Delete
    2. yang tenat tu pembangkang saja, the silent majority supporter najib okay tak tenat

      Delete
  4. hoi parpu,
    Yang hang dok sibuk defend kangkung lebih-lebih ni apahei? Dia tu kepala bapak hang ka?
    Aduhai.... sedih aku dengan blogger post paid ni.
    Ni la last time aku nak masuk blog hang. Bye...bye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hang tak suka jangan masuk blog ni. tidak dijemput, kalau masuk mau pandai berhemah

      Delete
  5. Nak bandingkan dengan orang joget lambak pulak..yang joget lambak tu korang ade nampak ke pak imam atau orang2 yang tinggi akalnya menari camtu..xder pun..Najib ni dahla PM pastu dah pegi haji ape bagai...so tahap mane haji diorang ni..pikirkan la...mase orang lain ngah bersusah payah hadapi ekonomi yang xmnentu ni time ni la dia boleh berseronok cam xde ape yang berlaku bawak rombongan besar ke kawin anak dia naik kapal mane aku xtaw la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah pegi haji kena menari gelek arab atau zapin saja ke? apa punya pembangkang. busok hati. tadak modal lain ke?

      Delete
    2. Ade ke haji menari gelek arab n zapin? Apa punya penyokong kerajaan.

      Delete
    3. Kau pertikai Najib menari.......tetapi video Anuwar dengan jelas mengongkek amoi kau kata itu kerja UMNO,dan kau percaya pula video itu besi yang tidak boleh dipercayai.Kau kata kau sedang tenat akibat kenaikan harga barang.Di Tesco orang berbelanja sakan,....nak cari parking pun susah.Hari ni cuti Hari Pekerja,....majoriti rakan sepejabat aku yang 'tenat' gara-gara GST awal-awal lagi merancang percutian keluarga.......destinasi biasa bagi yang makan gaji ialah....ke utara seperti Pangkor,Pulau Pinang,Langkawi,...dan ramai juga ke Hadyai,Phuket dan Krabi.Balik dari cuti nanti akan kembali 'tenat' seperti sediakala gara-gara GST=Gembira Sepanjang Tahun.Itulah Malaysia nan permai yang mana warganya yang GBS merasakan negara ini zalim.Selamat Berhijrah ke negara lain bagi yang TENAT sangat.

      Delete
  6. Beli jet dua tiga bijik boleh...pm lain nek kapal terbang biasa je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli jet satu biji nak jimat kos bukan cam kau bodoh, pakai kereta tua umur 20 tahun makan minyak, selalu rosak, ancam keselamatan. Jet tu bukan nama najib pun tp atas nama kerajaan malaysia . kalau agong tak guna PM dan mentewri boleh guna untuk tugas resmi.boleh dikatakan semua ketua negara ada mengguna jet kerajaan. kenapa pembangkang sakit hati, tarak modal lain ke?

      Delete
    2. Lau sebiji tu beli lagi mahal dari harga pasaran ape kes?jimat tang mane nye tu?Lau kerajaan malaysia punye banyak orang leh naik takpe la. Mengguna jet kerajaan boleh je untuk urusan negara tapi lau guna untuk melancong n enjoy baik tak payah.

      Delete
    3. Mat Sabu dan Mahpos pun teringin nak jet peribadi Setakat ni mereka terbang kelas 1 sahaja dan kadang-kadang naik sewa jet juga.Agama manggalakkan kita mempunyai kenderaan terbaik.

      Delete
    4. ......naik"jet sewa".....

      Delete
  7. Sikap tak apa, give him a break mcm ini lah yang bawa BN jatuh dan akn hilang kuasa. Najib and BN will have a loooooooong break after next GE. Tak sabar nk tgk PR di putrajaya, mcm tuan ckp give najib a break, jadi sy rs tdk slh utk kami give PR a chance to rule the country. Ckp byk xguna BN hilang undi sy selagi najib dan konco2 tidak b'pijak pd bumi yg nyata. ✌️✌️

    ReplyDelete
  8. Menari boleh ..... jawap soalan Chedat ..... gagap ... macam x pass SPM aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang BN penakut ajak debat hantar budak2 yang xleh menjawap soklan..Dah takut tapi bg macam2 alasan kononnya pihak pembangkang terus terang menolak apa yang dilakukan kerajaan...kalau BN memang berani n di pihak benar pergi la berdebat n buktikan dengan hujah2 yang bernas n benar n matikan hujah pembangkang...kalau berani la...jangan la plak hantar budak2..pak menteri yang kena sahut seruan

      Delete
    2. Allah berfirman jangan berdialog dengan orang bodoh.Kebijaksanaan itu ada hadnya,......tetapi kebodohan itu tiada hadnya.

      Delete
  9. Helo bro...klu dah jadi blogger pre-paid ok lah tu...tapi tak payahlah nak bodek habis2an...aku pun support BN jugak...tapi support mesti kena pada tempat...apa yg salah tetap kena sanggah...

    Lu ni apa jenis...dh tentu bukan blogger bangang...mungkin lebih sesuai dgn nama..blogger bodek...lagi banyak bodek..lagi banyak mashukkk....

    ReplyDelete
  10. Kerana tamakkan jawatan PM, sanggup dipekakkan telinga dibutakan mata. Hidup rakyat sama saja macam dulu tapi rakyat kena menanggung semua beban negara, Najib tak layak jadi PM sebab terlalu bebal dan bodoh. Dia tak faham langsung kehidupan rakyat. Kerajaan cuba mencari alasan kononnya mencari golongan sasar, tapi siapa yang kena sebenarnya. BR1M tu setakat lekat celah gigi saja, Hari-hari kena bayar GST lebih banyak dari BR1M yang dapat. Adakah golongan kaya terkesan dengan GST? yang kena rakyat bawahan yang teruk. 1MDB cuma ada assets 27Billion, Hutang 42B, jadi NTA sudah negative 15B, Lepas tu plan nak bodohkan rakyat dengan issue IPO dgn harga gila-gila. Yang terbodoh rakyat biasa dan dana rakyat seperti KWSP, LUTH dan PNB kena paksa beli. Dulu Khir Toyo beli bungalow cuma beberapa juta bawah market price dah kena SPRM. Tapi bila 1MDB beli berbillion below market price, pada Najib dan SPRM masih okay. Sebab PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB adalah orang bodoh sombong yang sama. 1MDB hanya satu cara untuk menghalalkan pengelapan wang dan assets negara. Apalah nasib BN, dah tak ada orang lain boleh jadi PM. Queen Control pun tak kisah masih sokong.

    ReplyDelete
  11. Saham FGV jatuh merudum dari harga IPO RM4.55 kepada RM2.00. Kesian dengan peneroka felda dan rakyat Malaysia yang terlalu percaya dengan creative accounting supaya figures nampak realistik waktu nak isu IPO dulu. 1MDB juga mempunyai hidangan yang sama seperti FGV, segala hutang akan disalurkan kepada rakyat. Syarikat yang secara terang-terangan berlaku rasuah antara PM dan 1MDB. Itupun penuh dengan hutang, assets dan projek kerajaan disalurkan melalui 1MDB agar nampak macam telus, tapi bila dikaji ini adalah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA oleh PM Malaysia, juga Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB.

    ReplyDelete
  12. Kes 1MDB walaupun dah terang2 berbilion duit rakyat malaysia yang entah ke mana perginya yang kita xtaw tapi orang2 BN tetap je dengan sokongan mereka pada PM seolah-olah merelakan perkara sumbang berlaku jika ianya dilakukan oleh orang BN. Kita takkan lihat rasenye puteri @ putera atau pucuk pimpinan BN yang tidak menyatakan sokongan dan mempersoalkan ape yang dilakukan pemimpin mereka. Apa fungsi puteri @ putera Umno ni sebenarnya kalau tugas diorang ni mengiakan dan menyatakan sokongan kepada Pucuk pimpinan je kerja yang diorang tahu. Xde pun rasenye diorang menegur untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan BN. Oh lupa plak BN selalu betul.

    ReplyDelete
  13. Cara Najib & si Mamat Maslan tangani isu 1MDB & GST mengimbas kembali peristiwa zaman persekolahan saya di awal tahun 60an. Rakan sekelas yg berbangsa cina telah menulis karangan bertajuk 'Kesusahan' seperti berikut:-
    Saya sangat susah. Bapa saya susah. Emak saya juga susah. Drebar juga susah. Orang gaji juga susah. Tukang masak pun susah. Tukang kebun juga susah. Semuanya banyak susah. Susah...susah.

    Begitulah tahap pemimpin pemerintahan kita masa kini yg sama dgn budak sekolah rendah saya sebutkan tadi. Lain yg TDM tanya, lain pula dorang merepek meraban. Haiiii... entah lah Labu.........,!!!!!!

    ReplyDelete
  14. Kalau dah tak pandai, cubalah dengar sikit komen Tun M tu. Jangan jadi bodoh sombong. Tanya budak tadika pun tahu, kos sara hidup akan meningkat dengan implementasi GST, tapi Ahmad Maslan jawab banyak barang akan turun harganya sebab SST dah tak ada. Apa punya bahalol. Sesiapa saja yang pernah hidup era Tun M akan bersetuju ketika itu negara berada di ambang kejayaan. Tapi, sebaik sahaja dia bersara, negara kita makin hari makin teruk dari segala segi. Ada yang masih kata biarkan Najib uruskan dgn caranya sendiri. Adakah 12 tahun belum cukup? (6 tahun Pak Lah dan 6 tahun Najib). Daripada kita teruskan dgn cara Najib, lebih baik kita mencuba dengan cara orang baru lain pula. Dah ketandusan sangat ke pemimpin dikalangan BN ni? Hatta, presiden USA pun hanya dibenarkan maksima selama 4 tahun. Najib dah lebih dari tempoh tersebut.

    ReplyDelete
  15. Tapi masalahnya, Najib perasan macam dia pun pandai dan hebat juga. Sama seperti Ahmad Maslan, dia rasa macam dia pandai sampai kena tunjuk CGPA 3.85. Tapi, dia lupa, apa yang belajar kat U tak sama dengan realiti. Dia lupa belajar pasal semua systemic consequences akibat dari implementasi GST dan rasionalisasi subsidi. Nak kenakan orang kaya, rupanya yang kurang mampu lagi teruk terjejas.

    ReplyDelete
  16. Ramai yang komen, PM dipilih oleh rakyat? Kalau jawatan presiden UMNO pun tak pernah dibenarkan ditandingi, siapa yang memilih sebenarnya. Rakyat hanya memilih BN tapi tak pernah pilih Najib pun. Jadi, jangan dok perasanlah. Rakyat pun dah muak dengan Najib, cakap tak serupa bikin. Ingatkan dia boleh jadi PM yang membela rakyat dan mendahulukan rakyat. Tapi, hampas. Siap rasa rugi sangat kalau nak teruskan dasar subsidi, bagi BR1M ciput, sedut lagi banyak guna GST. Ada menteri yang bodoh dan sombong macam Ahmad Maslan, Ahmad Husni dan Idris Jala.

    ReplyDelete
  17. LETAK JAWATANLAH DAN PULANGKAN BALIK SEMUA HARTA KAMI! CIBAIIIII!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!