CILI KASI TARUK! PAS PERAK MENOLAK TALIBARUT DAP!


Bekas Menteri Besar PAS Perak Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin menyertai beberapa lagi pemimpin yang condong kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunjukkan 'jalan keluar' dari parti Islam itu.

Setelah tujuh penggal menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Nizar terpaksa akur apabila pengundian barisan kepemimpinan baharu tidak lagi memihak kepadanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu tewas kepada pencabarnya, Mohd. Sofian Rejab yang memegang jawatan sebagai Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Kampar sejak 2011.

Pengerusi Tetap, Sulaiman Hamzah ketika mengumumkan keputusan pengundian tersebut pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kampar di Kampung Tersusun Malim Nawar bagaimanapun, tidak menyebut jumlah keseluruhan undi yang diperoleh.

Namun difahamkan Nizar kalah teruk di situ.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar pula dimenangi oleh Ketua Pemudanya, Anuar Moratmanakala  Azmi Abdul Hamid yang berjaya mengekalkan Naib Yang Dipertua PAS Kampar.

Dalam pada itu, Sofian ketika ditemui berkata, beliau berikrar untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dalam menarik lebih banyak sokongan masyarakat setempat untuk memperkukuh jentera parti di Kampar.

“Saya bukanlah yang terbaik, namun, selagi kita menganjur dan memperkembang syariat Islam, insya-Allah, semuanya akan berlangsung seperti yang diinginkan,” katanya.

Dewan Ulama PAS Negeri baru-baru ini dilaporkan telah hilang kepercayaan terhadap Nizar ekoran kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ADUN Changkat Jering itu bersama-sama Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana (B) Imran Hamid, berhubung isu hudud.

Kenyataan bersama itu antara lain memetik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan adalah di luar dasar bersama dan wajar dibincang serta perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden pakatan pembangkang.

Kekalahan Nizar itu menyaksikan golongan ulama terus mendapat kepercayaan ahli parti apabila beberapa kawasan PAS seperti Tambun, Parit, Kuala Kangsar dan Bagan Serai yang turut menganjurkan mesyuarat sama pada hari ini memilih Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus menerajui saf kepemimpinan parti Islam itu.

Selain itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menjadi pilihan untuk dicalonkan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden oleh keempat-keempat kawasan tersebut.-13/4/2015

BERITA BERKAITAN

Penolakan PAS kawasan terhadap Mat Sabu dan Anwarinas semakin ketara

Mungkin ini isyarat awal kepada golongan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) dalam PAS bahawa mereka akan ditolak dalam pemilihan parti itu kali ini.

Ini selepas lima lagi PAS kawasan menolak Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden dengan mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan mereka.

Mat Sabu sebelum ini dipilih menjadi timbalan presiden PAS selama dua penggal.

Lebih mengejutkan PAS Batu Kawan tidak mencalonkan Mohamad selaku pesuruhjaya Pulau Pinang bertanding dalam jawatan tertinggi itu.

Selain itu, PAS kawasan Jerlun, Merbok dan Hulu Terengganu mencalonkan Tuan Ibrahim selaku naib presiden PAS kini, untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti, pada pemilihan parti itu Jun ini.
 
Manakala PAS Lenggong turut mencalonkan Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang bertanding jawatan timbalan presiden.
 
Kelima-lima kawasan itu mencalonkan supaya beliau digandingkan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Untuk rekod beberapa tokoh utama Anwarinas dalam PAS sudah kecundang di peringkat kawasan samada kalah bertanding atau langsung tidak bertanding seperti Datuk Phahrolrazi Zawawi di Kuala Kedah dan bekas Pesuruhjaya PAS Melaka Adli Zahari yang kalah mempertahankan jawatan YDP PAS Alor Gajah.
 
Muktamar PAS ke-61 akan berlangsung di Kuala Selangor pada 2 hingga 6 Jun.
 
Sebanyak 191 kawasan yang akan memilih pucuk pimpinan parti.


Sumber: Agenda Daily

8 Responses to "CILI KASI TARUK! PAS PERAK MENOLAK TALIBARUT DAP!"

  1. 1.malas nak cakap kat ko la bhaii!!
    2.seteruk-teruk nizar tu!!!beratus kali baik dari puak umno ko tu!!!malah lebih baik dari najib dari segala hal!!!
    3.puak umno ni dah lama jadi balaci kapiaq!!dari dulu hingga sekarang!!!
    4.ko nak fakta!!yg terbau!!tu yang mati dalam heli tu!!semuanya balaci cina tu!!
    5. pandang diri dan puak sendiri la oii!!!pakat-pakat dok gelak jee!!!

    ReplyDelete
  2. Kau yg patut muhasabah diri. Dap komunis tidak akan duduk selagi limkomunis pecah belah org melayu islam. Hatinya ingin meng-singaporekan malaysia,dan guna species mcm kamu dan nizar. Umno 1000x bagus dari ketua komunispig kau tuh.

    ReplyDelete
  3. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterus terang apabila mengakui bahawa jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang, ramai orang bakal dihadap ke mahkamah.-che det

    1.betui tu !!termasuk mat det sendiri!!!
    2.penuh penjara dimalaysia dengan pemimpin umno!!majoritinya pemakan rasuah!!!
    3.kesalahan makan rasuah duatiga kupang oleh penjawatawam boleh diampunkan!!bagi pemakan rasuan berpuluh juta masuk penjara!!
    4.sistem sekarang terbalik!!pemakan rasuah dua tiga kupang!!masuk penjara!!pemakan rasuah berpuluh juta jadi pemimpin!!!
    5.tu pun tak sedaq lagi!!!dapat sekupang dua!!jadi penjilat perasuah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap banyak pun tak guna sebab yang terbaik tetap aku !

      Delete
  4. Hapa kau ingat pkr dan pas tu kehulur kehilir dapat rasuah dari siapa.
    Lepas org umno msok jel tgk muka2 dlm pkr sapa2 yg masok jel. Sekarang boleh sorok la lol lambat laun terbongkar juga nanti seperti sudah belaku kpd pas hadi..perasan org dlm pas sendiri suka pd dia haha kes syiok sendiri mcm la juga pm

    ReplyDelete
  5. PAS dan PKR adalah kafir.

    ReplyDelete
  6. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!