CILI KASI TARUK! MAT LEBAI SUDIN KALUT SANGAT APA HAL?

Walau apa pun alasan yang diberikan kepada kewajaran Ahmad Lebai Sudin yang berjaya mengumpulkan sejumlah penyokongnya untuk mendesak Mukhriz Mahathir letak jawatan Menteri Besar Kedah, selain ancamannya bahawa UMNO Kedah akan berpecah kerana isu Mukhriz enggan memberikan baiah kepada Najib, keadaan tidak akan jadi lebih baik.

Individu bernama Ahmad Lebai Sudin bukannya nama baru dalam politik Kedah. Orang yang paling kalut semasa awal perlantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah adalah Ahmad Lebai Sudin. Dengar cerita, masa mengadap Tun Mahathir sedikit masa lalu, lain pula ceritanya.

Mukhriz dah bagi keputusan, 24 April nanti, dia akan bagi keputusan berhubung penzahiran ketaatan kepada Najib. Pada tarikh tersebut, semua Ketua Bahagian, Ahli Parlimen dan ADUN Kedah akan berkumpul sekali. Ahmad Lebai Sudin hanya berjaya kumpulkan sekelompok kecil yang menyokongnya sahaja, sedangkan Mukhriz pula mahu mengumpulkan keseluruhan pemimpin UMNO Kedah bagi tujuan memberi kenyataan sokongan kepada Najib.

Apa yang kalut sangat sampaikan Ahmad Lebai Sudin tiba-tiba sahaja mendahului watikah dari PWTC? Ahmad Lebai Sudin nak cerita tentang kesetiaan? Macam mana pula dengan cerita dia digantung keahlian UMNO selama dua tahun dulu? Yang tu tak mahu cerita ke? Kenapa dia digantung, tak mahu jelaskan ke?

Kedah bukannya kukuh sangat di bawah UMNO. UMNO rampas Kedah dari PAS bukan dengan majoriti besar pun. Cukup-cukup makan saja. Patutnya dalam keadaan UMNO sekarang, Ahmad Lebai Sudin memperkukuhkan Kedah. Tunggulah pengumuman Mukhriz selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Kalau sah-sah Mukhriz kata dia dan UMNO Kedah tak sokong Najib, nak belasah pun belasah la. Ini Mukhriz kata 24 April. Takkan Mukhriz nak main anjak-anjak tarikh lagi?


Sebab Mukhriz anak Mahathir, jadi ada chance untuk balun bagi mendapatkan populariti? Silap besar kot. Pi baca dulu apa reaksi akar umbi. Baca juga sokongan orang PAS kepada Mukhriz sama. Jangan duk baca dari kelompok sendiri saja.

Apa program pengukuhan yang Ahmad Lebai Sudin dah buat untuk UMNO Kedah yang dia rasa suara dia kuat sangat? Seronok agaknya sebab muka dan berita tentang dirinya disiarkan oleh media tapi tak rasa ralat sikit pun dengan kekalahan UMNO pada PRU akan datang kalau perangai yang dia tunjukkan sekarang, diteruskan?

Tengok sendiri Pokok Sena, sudahlah. Jangan sampai nanti, orang UMNO Kedah sendiri yang buka cerita aib tentang Pokok Sena pada PRU dulu.

Ni cerita terbaru yang aku dengar, Najib sudah pun berjumpa empat mata dengan Tun Mahathir selama 2 jam. Beria-ia sangat Mat Lebai Sudin, takut malu saja nanti.

18 Responses to "CILI KASI TARUK! MAT LEBAI SUDIN KALUT SANGAT APA HAL?"

  1. APAKEJADAHNYA NI SEMUA? POLITIK TAIK, ADA $ SEMUA SKONG, NI SEMUA WAYANG JE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yang orang tua cakap lebih sudu dari kuah. Dia ingat kipas bagus DSN ada chance dia nak ganti Mukhriz. Tolong sikit....cermin2 kan diri tu dulu beb.....dalam UMNO tak dak coffee boy untuk jilat lubang kunyit. Kalau nak jugak, pi apply kat Bang Non Al-Juburi....

      Delete
    2. Lebai-lebai dalam UMNO ni kebanyakannya adalah berjiwa PAS/PKR.Depa ni yang Utusan Malaysia dok bagi ruang mengutuk sambil menasihat Tun.Ada yang suruh Tun berjiwa besar.Tun Mahathir dia suruh berjiwa besar??????????Apa punya merapu veteran-veteran UMNO berjiwa PKR ini.Seolah-olah selama ini Tun tidak berjiwa besar.Selama 22 tahun Malaysia diperintah oleh seorang yang berjiwa kecil.Kalau Tun berjiwa kecil dan kamu mangkuk hayun semua berjiwa besar,.....soalan saya cuma satu,......apakah sumbangan jiwa besar anda itu kepada Islam,bangsa Melayu dan negara????Berjiwa besarkah bila tanah rizab Melayu digadai kepada cina???Berjiwa besarkah bila mengkafirkan sesama Islam seperti ularmak iblis si hadibuncit yang kuat mentekedarah????Cuba renungkan antara berjiwa besar dan berhati besar.GBS selalunya berhati besar kerana ingin berkuasa.Orang yang negatif sangat memerlukan penyokong.

      Delete
    3. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  2. Bodoh gila Ahmad Lebai Sudin. Awal-awal lagi dia sudah mengkhianati MB Kedah dan tidak menyokong MB. Bukankah dia dulu yang kena tunjuk sokongan padu pada MB, bukan minta MB tunjuk sokongan pada PM. Kerana timbul ramai puak tikam belakang macam nilah yang menyebabkan orang menyampah dengan UMNO. Mat Lebai lu memang hina dan jijiklah. Nak membodek pun kenalah berpada-pada. Nampak kebodohan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat lebai ni sekadar hero kampung. Lu dok buli Mukhriz apa hal. Kalau berani buatlah kritikan terbuka pada Tun M.

      Delete
    2. Muka pun macam samseng jalanan saja.

      Delete
    3. samsing betul penyokong najib ni. La ni klu kita perhatikan di utusan malaysia dan TV 3 mereka cemuh siapa saja yang tak setuju dengan najib.
      Dulu gang bekas PKR yang hari-hari hemtam parti PKR/PAS/DAP la ni semua dapat jawatan ada jadi senator, jadi duta pun ada klu x salah.
      Mereka ini dah lupa ke kedah dapat kembali kepada BN kerana Najib istihah anak cet det akan jadi MB sebelum PR. Klu sebut nama lebai sudin dah tentu dapat kat PAS.

      Delete
    4. Depa ni tengah syok sendiri. Setakat yang dibagi jawatan memanglah dok sokong bagai nak gila. Bila mai PRU baru naik heran, pasal apa rakyat tak sokong depa. Baru buat post-mortem yang syok sendiri, kononnya bukan salah depa. Pi tabur duit kat rakyat lagi. Bila dah habis duit baru kelam kabut mana nak korek duit lagi. Last-last sibuk pasal subsidi kena ambik balik, tak boleh cover lagi, bantai GST pula. Mampuihlah BN kali ni kalau dok buat ketegar lagi.

      Delete
    5. Kalau nak pendek cerita, undurlah Najib. Bubuhlah orang lain pulak. Lagipun jawatan PM ni bukan hak turun temurun. Dan tolonglah pastikan setiap kali pemilihan UMNO diadakan pemilihan presiden dan mewajibkan timbalan mesti bertanding presiden. Baru boleh tahu bila khidmat presiden lama tidak diperlukan lagi. Kata demokrasi tapi tang pemilihan presiden tak mau pulak demokrasi.

      Delete
  3. Menyampah ! Rasa nk jentik2 telor mamat ni!

    ReplyDelete
  4. Kata je nak jentik telor. Nnt nmpk kawan telor tu, jentik ke mana, apa kemana. Tau2 KAK bedah yg mengeletik.

    ReplyDelete
  5. Di Kedah adalah menjadi kebiasaan seseorang itu ahli UMNO dan juga PAS pada masa yang sama.Apa yang UMNO bagi dia tibai untuk anak beranak dia......bila mengundi dia pangkah PAS.Spesis macam ni selalunya ada jawatan dalam UMNO walaupun kecil.Kecil-kecil pun jawatan itu dapat la juga ke Mekah secara percuma.(Macamana boleh tahu dia pangkah PAS?..............dia 'kiss and tell'.

    ReplyDelete
  6. Masih ada lagi spesis Lebai Sudin dok bergayut dengan UMNO. Najib mesti ambil tahu ramai lagi spesis Al Juburi dok bergayut dalam kerajaan. Spesis makan gaji buta.

    ReplyDelete
  7. Mat Lebai Sudin main tikam belakang. Ni patut geng dengan PKR, boleh ganti mamat yang dok main tikam belakang punya. Sekurang-kurangnya kita apa tahu jasa Tun M pada negara. Apa jasa hang Mat Lebai ?

    ReplyDelete
  8. Bingai ni berangan nak jadi menteri besar, dalam pas kedah ada pahrolrozi, xsangka dalam umno kedah si bingai ni

    ReplyDelete
  9. Mat Lebai Sudin jenis politik UMNO yang dibenci oleh rakyat. Nak membodek pun biarlah cara yang cerdik sikit. Dia menunjukkan tahap kebodohan UMNO. Dia sendiri memang bodoh dan bebal. Dia yang patut dipecat dari UMNO kerana peragai buroknya.

    ReplyDelete
  10. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!