CILI KASI TARUK! AZMIN ALI BOH PENERAJANG BAIK PUNYA KAT MAT SABU! #melakarsejarahbaru #cukuplah #kamipulak #BN4eva



Sebelum aku nak bebel panjang kita baca dulu kenyataan Azmin Ali yang disiarkan oleh AIDC kat bawah ni:

AIDC - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menafikan membuat permohonan maaf secara peribadi kepada PAS berkaitan pendirian partinya membantah rancangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.

Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Permatang Pauh, Jamsari Salleh yang dilaporkan oleh theSun sebagai berkata bahawa kawasan itu kini akan menyokong PKR kerana parti itu telah membuat permohonan maaf.

Azmin dilaporkan menegaskan bahawa perjumpaan selama sejam dengan PAS malam tadi di Seberang Jaya adalah untuk menjelaskan ‘salah faham’ antara kedua-dua parti pembangkang itu.

"Jadi, tidak timbul soal permohonan maaf," kata Azmin ketika ditemui di SP Arena di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas PKR mengumumkan Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti itu dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Azmin berkata perjumpaan itu dihadiri oleh beberapa pemimpin tinggi PAS termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya 11 PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man dan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan.

Omar sebelum ini berkata PAS Permatang Pauh akan memboikot pilihan raya kecil jika PKR gagal memohon maaf atas keputusan parti itu tidak menyokong langkah Hadi mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen.

Azmin berkata Mat Sabu, yang mempengerusikan perjumpaan itu, mengulangi keputusan kepimpinan pusat PAS pada 13 April bahawa parti itu akan menyokong PKR dalam PRK itu.

Mat Sabu melaporkan Omar sendiri telah membuat persediaan untuk jentera kawasan itu untuk membantu PKR sejak 12 Mac, tambah Azmin.

Apabila ditanya, Azmin berkata isu boikot tidak timbul kerana dalam mana-mana parti, ahli akar umbi mengambil arahan dari kepimpinan pusat parti.

Ditanya laporan media yang mengatakan ‘Omar hanya akan mengambil arahan dari Hadi’, Azmin berkata: “Itu adalah perkara dalaman mereka.”

PK: Mat Sabu demi PRK Permatang Pauh sanggup menipu dan nak tunjuk yang pakatan mereka semua ok malah lebih ok dari BN yang sedang berantakan akibat krisis dalaman namun Azmin Ali kasi penerajang baik punya kat Mat Sabu bulu melekat kat kerongkong tu. So rakyat Permatang Pauh, tolong la jauhi parti keparat ini.

11 Responses to "CILI KASI TARUK! AZMIN ALI BOH PENERAJANG BAIK PUNYA KAT MAT SABU! #melakarsejarahbaru #cukuplah #kamipulak #BN4eva"

  1. Tak baik tuduh begitu . Kemungkinan Mat Syabu yang berkata benar dan Asmin yang berbohong .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  2. 1.puak perasuah tau apa tentang hudud!!kepala pun makan berbilion!!!
    2.mat det kata puak perasuah pun bengong tentang gst tapi buat gst!!!
    3.puak perasuah hanya tahu makan rasuah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju . Orang melayu memang kuat makan rasuah .

      Delete
    2. Yang bagi rasuah Cina, Melayu yang bangang dok sokong mereka.

      Delete
    3. Sejak bila ko dengar cakap che det? che det kata anwar meliwat, ko tak percaya lak.

      Delete
    4. Che det ka yg kata?? ke puak puak pelampau dalam UMNO yang tak senang dengan Anwar yang kata? Che det ikut ja..kebetulan Che Det terdesak masa tu..apa lagi..korbankan anwar la..



      Delete
  3. Lagi Isu Panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  4. Woi parpu, hari tu ngko cakap mukhriz nak buat peristiharan sokongan atau tidak kpd najib atau nak letak jawatan pada 24 April ni...
    isu mat lebai sudin jadi lagu mana?
    ini dah 27 April, masih senyap macam siput babi jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bior je la..parpu sedang dilamun cinta....dengar khabar minah ronggeng permatang pauh nak masuk melamar...kikiki

      Delete
  5. Parpundek..

    Sejak DSAI dipenjarakan, korang punya blog prepaid, postpaid dan daily paid dah makin hambar...apa nak buat...

    UMNO & JUBO berpisah tiada...muahahhahahah

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!