FUYOH! HARI INI PELUMBA ASIA MENGUNGGULI LE TOUR DE LANGKAWI!

KUANTAN: Pelumba Asia melakukan kejutan apabila berjaya menguasai tiga tempat teratas bagi peringkat kelima Le Tour De Langkawi (LTDL) dari Kuala Terengganu- Kuantan, Pahang yang membabitkan jarak sejauh 200 Kilometer (KM), hari ini.

Tempat pertama telah dimenangi oleh pelumba dari Korea, Seo Joon Yong yang mewakili pasukan KSPO.

Tempat kedua pula dirangkul oleh pelumba Indonesia yang mewakili pasukan Pegasus Continental Cycling, Jamalidin Novardianto.

Manakala tempat ketiga milik pasukan Terengganu Cycling Team, Mohd Adiq Husaini Othman.

Pelumba dari pasukan Malaysia National Team, Loh Sea Keong terpaksa berpuas hati apabila sekadar meraih tempat kelapan.

Caleb Ewan dari pasukan Orica Greenedge masih menyarung jersi kuning dan jersi biru bagi peringkat kelima ini manakala pelumba dari pasukan MSS, Zhang Wen Long masih mengekalkan jersi putih bagi kategori Asia.

Sementara itu, pelumba pasukan UHC, Kiel Reijnen diumumkan sebagai pemenang jersi merah.

Untuk peringkat keenam esok, Caleb akan menyarung jersi kuning manakala jersi biru menjadi milik Andrea berdasarkan pungutan mata.

LTDL peringkat keenam esok akan bermula dari Maran ke Karak, membabitkan jarak sejauh 96.6 KM.

PK: Ini aku petik dari portal Perak Today. Nak tengok galeri foto penuh KLIK SINI

0 Response to "FUYOH! HARI INI PELUMBA ASIA MENGUNGGULI LE TOUR DE LANGKAWI!"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!