CILI FLAKES KASI TARUK! TONY PUA KANTOI MENIPU ISU 1MDB!


Tony Pua sudah acap kali menuduh kerajaan menipu tentang 1MDB. Terbaru, dia menuduh CEO 1MDB yang baru, Arul Kanda cuba menipu dan berkata, dana-dana dari Cayman telah pun ditebus. Kemudian Tony Pua mempersoalkan tentang integriti auditor terbaru yang merupakah salah satu daripada 4 firma perakaunan terbesar dunia dan menuduh Deloitte tidak melakukan kerja mereka dengan baik. (BACA DI SINI)

Dan memandangkan Tony Pua tidak dapat menerima kenyawaan bahawa 1MDB telah berjaya memperolehi USD488 juta daripada rundingan dengan Petrosaudi dan memperolehi kesemua wang mereka Tony Pua kemudiannya mempersalahkan KPMG, auditor sebelumnya yang juga merupakah salah satu daripada 4 firma audit terbesar dunia. (BACA DI SINI)

Tony Pua juga tidak berpuas hati dan menuduh kerjasama antara 1MDB dengan Petrosaudi tidak berjaya sehingga menyebabkan pelaburan berjumlah USD1.2 bilion perlu ditarik kembal.

Bagi Tony Pua, semuanya tak betul. Semua pelaburan tak tulen tanpa dia menyebut sedikit pun kegagalannya dalam pelaburan dan syarikat kecilnya di Singapura sehingga menyebabkan dia terpaksa menganggotai DAP dan kemudian menjadi Wakil Rakyat DAP untuk memperolehi pendapatan.

Semua orang dituduh menipu. Kerajaan menipu. Arul menipu. Sedangkan kredibilitinya sendiri cukup diragui memandangkan kegagalannya dalam matematik dan logik.

Barangkali tidak salah kalau kita katakan, Tony Pua sebenarnya berhadapan dengan sakit jiwa yang sangat teruk.

Mungkin elok juga kalau kita terangkan sedikit demi sedikit kepada Tony Pua agar memudahkan kefahamannya.

1MDB telah meletakkan USD1 bilion dalam perkongsian dengan Petrosaudi. 1MDB kemudiannya memutuskan untuk keluar dari perkongsian dan menukarkan pelaburan mereka mejadi pinjaman Islam sebanyak USD1.2 bilion dengan jaminan korporat oleh syarikat induk PetroSaudi International.

Keluar dari perkongsian (JV) bukanlah seperti mengeluarkan wang dari bank dan kita tidak boleh mengeluarkan pelaburan sebanyak USD1.2 bilion begitu-begitu sahaja.

Kemudian 1MDB menjual kesemua nota pinjaman mereka kepada pihak ketiga dan membuat keuntungan sebanyak USD488 juta selepas keuntungan sebanyak USD200 juta yang dibuat apabila keluar daripada perkongsian, sekaligus menjadikan keseluruhannya adalah keuntungan sebanyak USD688 juta.

Jumlah tersebut telah pun disahkan oleh Deloitte dalam laporan audit pada Mac 2013 dan Mac 2014.

Apa yang susahnya Tony Pua untuk menerima hakikat yang 1MDB telah BUAT DUIT YANG SANGAT BANYAK berbanding kerugian sepertimana yang digembar-gemburkannya? Apakah keuntungan USD688 juta itu bukannya keuntungan? Apakah keuntungan bagi Tony Pua bermaksud kerugian?

Apa pula perlunya Tony Pua memperlekehkan dua buah firma perakaunan daripada 4 buah firma terbesar dunia dengan menuduh mereka menipu?

Siapa sebenarnya yang menipu? Bukankah dalam hal ini, Tony Pua sebenarnya yang jelas menipu?

Terbaru, PetroSaudi International telah menafikan semua tuduhan Tony Pua dan menyifatkannya sebagai palsu, berniat jahat dan fitnah.

PetroSaudi International adalah sebuah syarikat persendirian yang memiliki syarikat carigali dan pengeluaran minyak yang ditubuhkan pada tahun 2005. Syarikat tersebut dimiliki ahli perniagaan Saudi, Tarek Obaik dan Putera Turki bin Abdullah Al-Saud, anak lelaki Raja Abdullah Arab Saudi.

Fitnah yang dibuat oleh Tony Pua yang disokong oleh Rafizi Ramli dan disebarluaskan untuk tujuan fitnah oleh para penyokong Pakatan Rakyat, telah dinafikan oleh PetroSaudi International, bahkan menjelaskan bahawa keseluruhan pembayaran kepada 1MDB telah dibuat.

PetroSaudi International dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas para pembuat fitnah tersebut. Secara jelas, PetroSaudi merujuk kepada artikel Sarawak Report yang bertajuk, "Heist of the Century - How Jho Low Used PetroSaudi As 'A Front' To Siphon Billions Out of IMDB".

Isu ini terlebih dahulu dipopularkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli. Sarawak Report pula sekadar jadi tukang tambah untuk melariskan kekelentongan Tony Pua dan Rafizi Ramli.

Kononnya dalam laporan portal tersebut, mereka telah memperolehi dokumen dan email yang berkaitan dengan transaksi oleh 1MDB termasuklah butiran perkongsian 1MDB dengan PetroSaudi dari tahun 2009.

Jho Low dituduh menguruskan dan mengendalikan projek perkongsian itu.

Elok juga PetroSaudi menyaman puak-puak yang tidak pernah serik-serik melakukan fitnah terutama sekali ke atas Tony Pua dan Rafizi Ramli. Biar ia menjadi satu pengajaran kepada mereka agar tidak bergantung lagi kepada fitnah dan cuba tunjuk pandai tetapi sebenarnya bodoh dalam bidang matematik dan pelaburan.

PK: Dah lama aku nak tulis pasal 1MDB ni, tapi elok juga bilmana bloggers Flying Kick dh tulis panjang lebar dan korang bacalah dan fahamkan ok. Jangan asyik jadi bodoh dan dengar je segla penipuan yang lahir dari hasutan anjing Pakatan! Geddit?

1 Response to "CILI FLAKES KASI TARUK! TONY PUA KANTOI MENIPU ISU 1MDB!"

  1. http://www.sarawakreport.org/2015/02/heist-of-the-century-how-jho-low-used-petrosaudi-as-a-front-to-siphon-billions-out-of-1mdb-world-exclusive/

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!