KUNYIT SUDAH HANGIT! SEKEJAP NAK RAYU SEKEJAP TAK NAK RAYU! APA MOTIF KELUARGA SIPELIWAT NI?


Tiada yang lebih ditunggu-tunggu melainkan pada penghujung hari semalam iaitu hari terakhir Anwar Ibrahim sepatutnya menghantar petisyen memohon pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi pembebasannya dari penjara selepas dihukum penjara selama 5 tahun.

Ramai sudah pun menjangkakan Anwar Ibrahim akan mengambil peluang terakhir dalam siri proses perundangan negara selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Agung.

Dua hari sudah, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli cuba berdrama kononnya, Anwar Ibrahim enggan menggunakan peluang mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan dirinya dari penjara. Kononnya, Anwar Ibrahim tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada parti bagi mendapatkan proses semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan bagi tujuan pembebasannya. Anwar kononnya enggan mendapatkan pengampunan diraja kerana dia kekal dengan pendirian bahawa dia tidak bersalah tetapi telah dipenjarakan kerana konspirasi dan fitnah politik.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli itu kemudiannya 'disahkan' oleh Khalid Samad, sekutu kuat Anwar Ibrahim di dalam PAS. Menurut Khalid Samad, Anwar tidak akan memohon pengampunan diraja kerana permohonan pengampunan bererti Anwar Ibrahim telah mengaku meliwat, insaf dan berikrar tidak akan mengulangi perbuatannya. Sedangkan selama 7 tahun, hanya di mahkamah sahaja, kenyataan LIWAT SUKA SAMA SUKA dikeluarkan di hadapan hakim oleh dua orang ketua peguambela Anwar Ibrahim iaitu Mendiang Karpal Singh dan Gopal Sri Ram.

Nurul Nuha yang membuat kenyataan bagi pihak keluarganya yang ke istana dengan mengheret anak dan cucu Anwar bagi mendapatkan simpati awam, cuba memutarbelitkan kenyataan kononnya mereka sekeluarga ke Istana Negara dan menyerahkan petisyen agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong memerintahkan agar semakan kehakiman dibuat atas dasar Anwar Ibrahim tidak bersalah walaupun mahkamah telah memutuskannya bersalah hanya bersandarkan kepada kepercayaan bahawa Anwar telah dikenakan fitnah politik.

Dan lebih menarik lagi, Nurul Nuha cuba mengheret Institusi Diraja dalam kancah politik murahan PKR yang akan menyeret segala-galanya dalam usaha memartabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA  
24 FEBRUARI 2015 
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa. 
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara. 
Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia. 
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. 
Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan. 
NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras #March2Freedom

Artikel 42 Perlembagaan Malaysia yang mempunyai 13 Fasal tidak menyatakan langsung tentang kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk memansuhkan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah, melainkan untuk mengampun, menangguhkan hukuman atau meremit, menggantung ata mengurangkan hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah. (RUJUK FASAL 1, 2 dan 10 ARTIKEL 42 Perlembagaan Malaysia). Pengampunan pula dilakukan oleh Jemaah Pengampunan yang antara lain turut mengandungi Peguam Negara atau wakil Peguam Negara bagi menasihati DYMM Yang Di-Pertuan Agong dalam kes pengampunan berkenaan.

Nurul Nuha tidak sepatutnya mengheret ibu, anak dan saudara-saudaranya ke Istana Negara hanya untuk menyampaikan petisyen agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong membuka semakan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan mengenepikan hukuman tersebut sebab bukan itu fungsinya Istana Negara.

Sepatutnya dia berterus terang bahawa dia dan keluarganya ke Istana Negara untuk mendapatkan pengampunan diraja buat Anwar Ibrahim. Dia dan keluarganya sudah mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat dan sekarang meminta agar hukuman diringankan.

Keluarga ini kuat bohongnya. Mereka meminta pengampunan diraja dan mengakui Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat, tetapi masih lagi cuba berdalih kononnya meminta agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong melakukan semakan kehakiman bersandarkan Akta 42 bikinan mereka sendiri!

PK: Ok, aku ingta nak tulis artikel ini tapi sebab Flying Kick dah tulis maka aku tak payah tulis dan aku tampal je kat blog aku ni. Aku sangat pelik sebab haritu kata tak nak rayu sekarang nak rayu, bermakna Anwar kena mengtaku dia meliwat untuk mintak ampun, bila dia masuk rayuan kata ini adalah konspirasi maka akan ditolak rayuan tersebut sebab bukti dah jelas dia meliwat.

Apa akan jadi nanti? Anwar dan konco-konconya akan mula menyerang Tuanku Agong dan sistem beraja pulak kan? Ini adalah permainan jahat PKR yang nak merosakkan institusi DIRAJA. Kurang ajar mereka ni.

6 Responses to "KUNYIT SUDAH HANGIT! SEKEJAP NAK RAYU SEKEJAP TAK NAK RAYU! APA MOTIF KELUARGA SIPELIWAT NI?"

  1. ALLAH yang tunjukkan jalan.....perancangan ALLAH......takde siapa boleh jangka.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















      Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

      Delete
  2. Wan Azizah terpaksa buat begini kerana Pakatan Rakyat dan PKR dalam keadaan tenat sekarang semenjak Anwar masuk penjara ditambah pula Nik Aziz telah mati .

    ReplyDelete
  3. Mengapa masih tulis "datuk seri" lagi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori beb, nak bagi pencerahan. datuk seri dari selangor je yg ditarik balik. anwar masih ada datuk seri dari negeri lain yang masih berkuatkuasa.

      Delete
  4. Membaca kandungan press release agak kelakar jika di bandingkan dengan pendapatan fakta kes LIWAT Anwar 2 oleh Mahkamah Persekutuan. Kesimpulan nya, ingat Anwar sorang ajer yang sakit mental tahap kronik. Rupa2 nya isteri dan anak-anak pun sahih sakit mental tahap kronik. Nak katakan mereka ini tidak berpelajaran tinggi, dak jugak. So, sakit mental lah Nampak nya.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!