CILI KASI TARUK! APA GAME ANWAR SEBENARNYA NI?


Nampaknya selan Fuad Zarkashi, Ismail Sabri pun dah belasah Anwar la jubs yang kuat main wayang sekarang ni.

Selepas Fuad Zarkashi memperemeh-remehkan usaha keluarga Anwar Ibrahim dan mempertikaikan kejantanan serta ikrar hebat Anwar Ibrahim yang kononnya akan bertahan di penjara kerana mempertahankan pendirian yang dia tidak bersalah tetapi akhirnya memohon pengampunan diraja, giliran Ismail Sabri pula memperlekehkan Anwar Ibrahim.

Ismail Sabri yang pada bulan lepas telah menimbulkan kontroversi berkata, permohonan petisyen pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agung itu sebenarnya tidak lebih daripada sekadar ingin mengekalkan kerusi di Parlimen Permatang Pauh. Anwar Ibrahim bukannya mahu mendapatkan pengampunan kerana dia sedar, manusia peliwat sepertinya yang dikenakan hukuman paling minima iaitu lima tahun penjara tanpa sebatan, pada kebiasaannya tidak akan diberikan pengampunan.

Pengampunan seperti kata Fuad Zarkashi hanya dipohon oleh mereka yang telah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup, bukannya BANDUAN JENAYAH LIWAT yang dihukum penjara 5 tahun.

Apa yang dikatkan oleh Ismail Sabri ada benarnya, memandangkan keputusan SPR dan Speaker Dewan Rakyat yang memutuskan PRK Parlimen Permatang Pauh hanya akan diadakan selepas proses petisyen pengampunan itu diumumkan, memberi kelebihan kepada Anwar Ibrahim apabila kedudukan dan jawatannya dikekalkan.

Dalam kebanyakan kes yang melibatkan hukuman penjara, Speaker Dewan Rakyat akan menggunakan kuasanya dan peruntukan yang ada dalam Perlembagaan untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi. Bagaimanapun, dalam kes Anwar Ibrahim, keadaan amat berbeza dan layanan yang diberikan juga lebih istimewa. 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, permohonan pengampunan itu hanyalah wayang daripada Anwar dan bukannya kerana sudah insaf dengan kesalahan kes liwatnya,

“Saya nampak dia (Anwar) minta maaf sebelum 15 hari daripada tempoh hukuman penjara yang sedang dijalani. Anwar bersunguh-sungguh mengemukakan permohonan maaf sebelum kerusinya dikosongkan.

“Jika sudah masuk hari ke 15 sudah tentu kerusinya akan dikosongkan. Jadi dari segi politik Anwar bukan mahu meminta ampun tetapi hanya mahu mengekalkan kerusinya itu dari dikosongkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-42 Lembaga Pertubuhan Peladang di Dewan Tan Sri Abu Zahar Menara Lembaga Pertubuhan Peladang.

Ismail Sabri juga berkata, Anwar tidak layak hadir ke Parlimen kerana status Anwar masih seorang yang bersalah dan sedang menjalani hukuman.

Menurutnya, Ketua Pembangkang itu berhak mengemukakan permohonan pengampunan tetapi statusnya sebagai seorang pesalah tidak boleh diubah.

“Saya berpendapat status dia masih lagi orang dijatuhkan hukuman dan hukuman ke atas Anwar tidak boleh ditangguhkan sebelum keputusan pengampunan dibuat oleh YDPA.

“Kita serah kepada Speaker Dewan Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada Anwar boleh hadir atau tidak ke Parlimen,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata beliau, permohonan petisyen pengampunan oleh keluarga Anwar hanyalah semata-mata ingin mendapatkan simpati daripada rakyat.

“Pada saya isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membawa anak dan cucunya untuk memohon petisyen pengampunan daripada YDPA hanya untuk menarik simpati. Sepatutnya peguam Anwar yang akan menghantar petisyen itu,” ujarnya.

Anggota keluarga Anwar sebelum ini muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang Selesa lalu bagi mengemukakan petisyen permohonan pengampunan DiRaja.

Anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara tersebut. 

PK: Ini aku ceduk dari Buletin Sengal beb. Anwar hanya nak main game. Ingat game dia untuk rosakkan institusi Raja. Itu aje. Korang nak ke si peliwat jadi ahli parlimen korang wahai penduduk Permatang Pauh?


2 Responses to "CILI KASI TARUK! APA GAME ANWAR SEBENARNYA NI?"

  1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete
  2. Game bontot! Kah! Kah! Kah!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!