UPDATE BERITA TERKINI DARI PARPUKARI

BERITA HARI INI:-  24/01/2015

1.Raja Arab Saudi Raja Abdul Aziz yang juga Penjaga Dua Tanah Suci telah mangkat.Baginda berusia 90 tahun.

2.PM membatalkan program nya di Forum Ekonomi Dunia 2015 yang sedang berlangsung di Davao Switzerland bagi menghadiri majlis pengkebumian Raja Arab Saudi,

3.KWSP benarkan mangsa banjir mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 2 .

4.Kedudukan Sabah yang berdekatan dengan masrkas pejuang MILF di Filipina menjadikan negeri itu terancam dengan pergerakan dan fahaman IS.

5.Laporan akhir siasatan mengenai tragedi MH17 di jangka siap pada akhir tahun ini.

6.Mursyidul PAS Datuk Nik Aziz yang sedang di rawat di HUSM Kubang Kerian, kelantan enggan menjalani rawatan kemoterapi lagi dan bercadang mahu mengambil ubat2 tradisional yang mula menampakkan kesan positif.

7.PM berkata Bajet 2015 tidak akan di bentangkan semula ekoran perubahan kepada nilai Ringgit dan harga minyak dunia.

8.Malaysia masih menjadi tarikan pelabur asing di mana penurunan nilai Ringgit merupakan 1 tarikan pelaburan untuk pengusaha luar negara.

9.Vokalis Slam Zamani memaafkan anggota polis yang merakam dan menyiarkan keadaan diri nya yang menyanyi sambil di gari dalam lokap.

10.Isteri Awie, Rozana mendakwa penyanyi itu telah menyorok anak2 mereka 3 minggu yang lalu dan tidak membenarkan nya berjumpa dengan anak nya.

11.Kekecohan berlaku di tapak pasar malam Kg Bukit Naga, Shah Alam bila penguatkuasa MBSA bertelagah dengan peniaga yang tidak di benarkan menjalankan perniagaan di tapak tersebut.

12.Beberapa kumpulan NGO berkumpul di depan Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur dan menyerahkan bantahan keatas majallah Charlie Hebdo kerana menyiarkan kartun yang menghina Nabi Muhammad S.A.W

13.Seleberiti Amerika Paris Hilton teruja dapat menjejak kaki ke Malaysia untuk kali pertama.

14.Satu Asteroid yang bersaiz 0.5km di jangka akan menghampiri bumi pada 27 Januari ini.Asteroid jenis ini yang cuma muncul setiap 200 tahun tidak merbahaya kepada bumi kerana jarak lintasan nya yang jauh.

15.Tengku Adnan Mansor menyarankan MIC berjumpa dan bersemuka dengan ROS dari meneruskan tindakan mogok lapar dan bertelagah sesama sendiri.

16.Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan berkata tindakan Setiausaha Agung parti G.Kumar Amaan yang mengadakan mogok lapar di depan pejabat ROS tiada kaitan dengan parti itu.

17.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Saiful Bukhari untuk meminta penyataan dalam tuntutan RM50 juta keatas Anwar Ibrahim berhubung kes liwat mereka.

18.Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berkata percubaan DAP untuk membawa pilihanraya kerajaan tempatan adalah 1 kesilapan dan boleh membawa kepada ulangan tragedi 13 Mei.

19.Pasangan suami isteri warga emas mati rentung dalam kebakaran di Kg Dara, Sungai Tawar di Baling Kedah.

20.Dua ekor lagi buaya naik ke darat akibat banjir di Sarawak.Seekor di temui di Kg Lubuk Punggur, Simunjan dan seekor lagi Sg Niah, Miri .

21.Pemandu lori yang menyebabkan pelanggaran dan kebakaran keatas sebuah kereta di mana pemandu nya mati terbakar hidup2 di Kuala Kangsar di dapati positif dadah.

22.Polis tahan 4 lelaki yang mampu membuat bom sendiri ekoran kejadian bom buatan sendiri yang di letak di luar rumah di Jalan Badak Mati, Nibong Tebal.

23.Seorang lelaki di Johor Bahru kini di anggap telah bankrap oleh Bank Negara selepas kad pengenalan nya yang hilang telah di guna orang lain untuk membuat pinjaman kereta pada 2011.

24.Jabatan Imigresen akan tetap melaksanakan pendaftaran pekerja asing secara online selepas 28 Februari ini.

25.Kementerian Kesihatan berjaya mengumpul RM321,000 dari 6,000 kakitangan nya untuk membantu mangsa banjir.

26.Angkata Tentera Malaysia kaji SOP yang sesuai untuk membantu mangsa banjir pada masa akan datang.

27.Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak telah mula berkurangan dan cuaca juga mula beransur baik.

28.TNB berusaha membaik pulih semula keadaan bekalan elektrik di Jeli,Kuala Krai dan Gua Musang yang terjejas teruk sebelum ini.

29.Hampir 6000 guru KAFA di Selangor menuntut kenaikan elaun RM200 sebulan dari kerajaan negeri yang di janjikan semasa PRU13.

30.DBKL mahu ambil tindakan tegas keatas penyewa rumah PPR yang mempunyai tunggakan sewa .

31.Lelaki warga emas yang juga pekak dari Jepun tiba di Georgetown dalam misi mengelilingi dunia dengan menggunakan motosikal.

32.Dua penyeludup rokok dan arak merempuh pagar sempadan Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam sebelum melarikan diri mereka dengan berjalan kaki di celah orang ramai.

33.City Liner dan Mara Liner akan mengadakan perkhidmatan bas yang lebih baik di stesyen bas Kangar dan Seremban selepas perjanjian dengan SPAD.

34.Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu kerajaan pusat perjelaskan lebih lanjut mengenai projek PR1MA di negeri ini kepada mereka.

35.Pengguna kenderaan terutama kereta di kawasan Persiaran Bandar Utama , Petalng Jaya di minta hati2 kerana telah ujud 2 kes samun dengan taktik melanggar dari belakang sebelum mangsa di samun ketika berhenti untuk melihat kerosakan pada kenderaan mereka.

5 Responses to "UPDATE BERITA TERKINI DARI PARPUKARI"

  1. Banyaknya berita.x tau nak fokus yg mana satu.

    ReplyDelete
  2. berita terkini. seorang tua lagi bodoh didapati kritikal pada tahap nak mampos. tua bodoh ni selalu ludah, kutuk kerajaan dan mengata kan kerajaan ni mcm mcm. tetiba tua tak sedar diri ni masuk hospital kerajaan. dan mintak kerajaan tolong. kafir benar pemikiran tua taghut ni. berita terkini terkini ni ni ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anom....tak elok kata mcm tu. Biarlah dia dgn cara dia... sbb itu pribadi dia. Kita jangan terikut-ikut rentak dia, nanti kita jadi dia.....

      Delete
    2. Budak ni masti bodoh sombong sama dengan yang lain seangkatan dengannya. tiada pengetahuan macam ni la jadinya.

      Delete
  3. Budak tu tak bodoh sombong. Dia pun belajar dari orang tua tu. Sepatutnya makin tua makin matang namun kerana dendam kesumat yang tak pernah padam menyebabkan orang tua ini hilang pedoman.

    Orang tua inilah penyebab orang2 muda tak keruan.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!