PANAS BERAPI! APAHAL BERSIH 2.0 SARAWAK SANGAT KURANG AJAR NI?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dilihat seolah-olah sengaja mencabar kedaulatan negara ini apabila menjemput 20 diplomat asing untuk mendengar taklimat berkaitan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula di Sarawak.

Tindakan itu secara tidak langsung membuka ruang kepada kuasa asing untuk mencampuri urusan SPR yang selama ini berjaya menguruskan pilihan raya secara adil dan telus.

Buktinya, negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dikuasai parti pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu kerana suara majoriti pengundi tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Kini, Bersih 2.0 mengatur strategi untuk menjatuhkan imej kerajaan dan SPR berhubung cadangan persempadanan semula di Sarawak yang bakal berhadapan pilihan raya negeri ke-11.

Diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura menghadiri sesi dua jam itu yang berlangsung di Kuala Lumpur bagi mendedahkan kepincangan proses tersebut.

Pihak tersebut antara lain mendakwa notis yang dikemukakan SPR tidak lengkap dan menyukarkan pengundi di Sarawak untuk mengemukakan bantahan.

SPR juga didakwa tidak tidak memberi penjelasan kewajaran penambahan 11 DUN baru di negeri itu yang turut menyaksikan persempadanan yang tidak sekata.

Pegawai Sumber Maklumat Bersih 2.0, Rama Ramanathan dipetik laporan The Malaysian Insider, berkata cadangan persempadanan semula Sarawak kali ini mengejutkan kerana hanya 52 daripada 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditunjukkan dengan jelas di atas peta.

Awal bulan ini, SPR mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah 11 bahagian menjadikan kepada 82 bahagian keseluruhan.

11 bahagian pilihan raya negeri yang baru disyorkan itu ialah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Triboh, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Telian, N63 Selirik, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Long Lama.

SETERUSNYA BACA DI PERAK TODAY...

PK: Ini soal kedaulatan negara bahalol, apa kehal korang nak bawak masuk orang luar? Aku rasa dah tiba masanya NGO-NGO lahanat macam ni dihalau keluar dari negara kita yang tercinta ni la!

4 Responses to "PANAS BERAPI! APAHAL BERSIH 2.0 SARAWAK SANGAT KURANG AJAR NI?"

  1. Awat yg pegawai2 SPR nih bodoh first degree. Kalau yg tak diundang ada dalam majlis penerangan tuh , halau mereka keluar lah . Kalau mereka tak mahu keluar then batalkan saja majlis tuh . Awat yg bodoh sangat ... Bodoh First Degree lah

    ReplyDelete
  2. Ala bro..najib pergi jilat obama time banjir tu boleh je..

    ReplyDelete
  3. Anon 1037

    Bersih 2.0 tak kurang ajar, mereka cukup diajar. Yang kena ajar cukup-cukup sampai jadi pandai dan cerdik adalah pegawai SPR.

    ReplyDelete
  4. Sori beb! dengar kata Org luar tu dari india, dr negeri Kelinga, macam parpu kari punya keturunan aka kimmak. Ala kasi parpu kari & todi diam le diorang! itu pun xtau ka?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!