KAFIRKAH AKU KERANA MENYIARKAN ARTIKEL INI???

🚨RENUNGKAN KISAH INI:

Bukan menyindir, bukan mengata tetapi sebagai bahan renungan buat kita semua. Fikirkan mengapa umat Islam semakin jauh dari Mesjid.

Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. 

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note. 

Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang beberapa minit. Dia beritau Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn si India."

Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. 

Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tetapi ahli qariah ada yg dapur tak berasap! Anak kebuluran. Memang mudah kita kata kerja banyak tapi malas. Apa kata kalau ianya terjadi pada kita.

⚠🚨Renungkan:

1⃣ kutipan setiap jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.

2⃣ kemana aliran kewangannya utk kebajikan ahli qariah?

3⃣ tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yg btauliah utk kewangan masjid?

4⃣ adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??..memang benar data yg ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tp data itu tlalu umum..sepatutnya masjid yg punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dlm menjaga kebajikan ahli qariah.

Mengapa kita lebih daif dari bukan islam.

Didoakn semoga dengan adanya masjid² yg aktif dlm menjaga kebajikan ahli qariahnya semoga hati masyarakat lebih dekat dgn masjid yg ada layanan mesra dan cukup memahami keadaan orang islam terkini.

PK: Bukan nak cari salah tapi bila lagi kita nak sedar? Wahai pusat ZAKAT tahukah kamu wang zakat itu mesti dihabiskan pada tahun sama ianya dikutip? Duit zakat takleh diguna untuk buat investment?

Masji2 yang kebanyakan yang dikuasai lebai PAS apa cerita? Takkan duit semua simpan dan hanya bayar bile api air saja? Bukan patut ada tabung khas bantu orang susah di sekitar kariah? 

Aku nak sangat kalau2 ada orang masjid dan orang jaga zakat ke baitulmal ke masuk sini dan komen. Aku nak sembang dengan korang. Pembaca budiman yang aku hormati sampaikan pada mereka yang patut! Tq

19 Responses to "KAFIRKAH AKU KERANA MENYIARKAN ARTIKEL INI???"

  1. Ya allah kafir doe buat camnie hahaha sarcastic aje....tak salah kalau betol...and kita suara pendapat apa salah kan?

    ReplyDelete
  2. Asalam. Sptutnya smua masjid ada simpan data anak qariyah untk mnyengkn bntuan d bri yg bnr2 fakir dn miskin. Dlm data hndklah d smpan brpa bsr kluarga, pndptn ktua kluarga, brpa ank yg skolah/kolej/U dn lain2 sbgai cntoh untk mnynangkn sbrang bntuan yg hndk d beri sbgai cntoh. Tp brapa bnyk msjid d sluruh m 'sia ada smpan data anak qariyah untk mksud ini ! Sy cdng pjbt/majlis agama kluar arahn untk msjid2 mnyimpn data anak2 qariyah untk bntuan kpd yg bnr2 fakir dn miskin.

    ReplyDelete
  3. Ada masjid di Kg Langgar..alor setaq yg dikuasai oleh lalat hijau..duit tabong macam duit depa kedekut nak belanja..bulan posa masjid org lain meriah.. depa..hmmmm lari abis anak kariah..simpan duit byk2 buat apa org sedekah utk memakmurkan masjid dan kebajikan..tolong la Majlis2 agama pantau duit2 tabong masjid..cuba sesekali buat audit..

    ReplyDelete
  4. Macam mana oranh tak pandang rendah dekat umay islam...sedang kan islam itu mudah..tapi disebabkan manusia yah bertopeng kan iblis nie la yang menjahanam kan nama baik islam...sepatutnya tu la peribadi orang islam...contoh baik

    ReplyDelete
  5. Malu aku baca sesetengah komen diatas yang mungkin datangnya drp orang Islam sendiri, mudah sungguh anda semua menilai institusi Mesjid dengan cuma seorang hamba Allah yang mendapat RM 50.00 dari gereja dan ditawarkan bekerja digereja maka Gereja diangkat2 dipuji2 manakala mesjid pula seolah dihina2...alangkah nipisnya Iman bagi mereka2 tersebut?
    Apakah dengan nilai 50 rgt. awak semua sanggup menuduh institusi Mesjid yang bukan2.
    Sepatutnya sebelum membuat komen kita kena kenali dahulu apakah masaalah lelaki tersebut?
    Kalau dia seorang yang baik mengapa dia diberhentikan kerja?
    Kalau dia susah pernahkah dia pergi mengadu kePej Keb. Masharakat atau kePej. Zakat.?
    Kepada setengah pengomen tu pula sebelum sedap2 mulut nak buat tuduhan belajar2lah pergi kepejabat Zakat dan pej. Kebajikan lihat sendiri bagaimana mereka bekerja dan lepas itu belajar2lah pergi ke Mesjid muga2 Allah memberi petunjuk.
    Ingatlah bahawa bercakap dengan bekerja tak sama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bercakap soal realiti bukannya fantasi..kita tak sepatutnya malu dgn komen2 di atas kerana itu semua kebenaran yg terpaksa diberikan bagi membuka mata pihak2 berkenaan..dah byk kebenaran yg dipaparkan di arus media masa tetapi yg berkenaan tetap tak berubah..tunggu media masa papar baru nak bertindak..kadang2 kita yg di sekiling pun tak pernah ambik tahu jiran2 sekampong..balik la pada ajaran islam..jiran adalah saudara terdekat kita..

      Delete
    2. apa yang diceritakan oleh penulis memang ada kebenaran nya.. tak kiralah samada realiti atau fantasi.. secara ikhlas ada masjid lagi dahsyat..ajk masjid termasuk pak imam sendiri pun tak tahu berapa jumlah sebenar wang tabungan masjid dan kemanakah wang tersebut dibelanjakan.. besar kemungkinan masjid tersebut diuruskan oleh orang yang kurang pengetahuan pentadbiran tetapi dipilih atas sebab-sebab tertentu.. pelik tapi benar..

      Delete
    3. Malu konon,aku lagi malu bila baca kau punya komen yg kononya bernas sangat tu.Sebenarnya orang2 macam kau nilah yg membuatkan masalah yg di bangkitkan susah nak selesai dan mungkin tak selesai.Bak kata orang banyak sangat cikadaknya dan penuh dengan prasangka buruk.Aku rasa kau ni dari kalangan orang2 kaya dan tak perlu nak mengadap kerenah orang2 di tempat2 yg kau sebutkan tu.Bila kau tak pernah lalui semua tu lebih baik kau diam.Komen perasan bagus kau tu tak membantu langsung.Memang aku marah,sebab aku dah lalui benda2 macam tu.Eh..diam lagi baik la kau ni.

      Delete
    4. Isunya bkn menghina masjid. Isu adalah org2 yg pgg tabung amanah utk bantu saudara Islam. Tanggungjawab dan amanah tidak dilaksanakan dgn betul. Amanah adalah bkn utk perut sendiri, dan tidak bermakna kedekut. Amanah adalah melaksanakan tugas2 dgn betul. Bkn pgg jawatan mkn gaji @ elaun buta

      Delete
    5. Wajarkah sebuah pusat zakat membina masjid berjuta2 di kawasan elit dari wang hasil zakat sedangkan org2 miskin anak yatim masih melambak di negeri yg kononnya membangun.

      Delete
  6. Dikalangan umat Islam Melayu ramai yang jujur tapi dan pandai! tak pandai mencari jalan memudahkan perkara atas jalan Allah! Mereka lupa jika mereka mudahkan untuk orang lain, Allah akan permudahkan untuk mereka! Ada pula yang mentadbir ikut kelas! disenangkan adik beradik, orang ternama namun yang benar-benar memerlukan dijadikan payah!

    ReplyDelete
  7. Je suis muslim.
    Tlg jawab sapa yg berkenaan. Nanti eric paulsen plak tlg jawab. Nak letak muka kata mana?? Tak yah le brdebat dgn dia. Settle ni dulu

    ReplyDelete
  8. Aku dah agak dah, akan ramai lah pengomen yang akan turun untuk melepaskan geram akibat daripada sebuah komen dari seorang hamba Allah, cuma sayang yang tukang2 komen tersebut cuba mancari jalan mudah yang konon untuk menyelesaikan masaalah dengan hanya pandai menuding jari kepada orang lain, menyalahkan serta menuduh pihak tertentu yang bukan2.
    Memang...! didunia ini yang paling pandai adalah orang2 yang sekadar mampu memberi pendapat mereka kepada sesuatu yang siap atau lebeh dikenali tukang komen, ada pulak yang mengaku pernah terlibat secara langsong dgn situasi begini, kalau dah anda pernah terlibat apakah yang pernah anda lakukan? cukup setakat komen sahaja tanpa melakukan sesuatu?.
    Pendek kata senang cakap lepas ini pakat2lah pergi keMesjid muga2 anda terlantek sebagai J/Kuasa Mesjid dan selepas itu dengan kuasa yang anda dapati buatlah sesuatu perubahan yang terbaik untuk dicontohi!
    Boleh kan? takkanlah cakap pandai bikin tak pandai

    ReplyDelete
  9. iman tak boleh dibeli dengan duit! apa kes kebulur nak duit gereja? kau tadah tin kosong kat kaki lima pun boleh dpt rm50. apa kes nak kutuk masjid je cerita...

    ReplyDelete
  10. Hoi parpu,hari2 aku baca artikel ko.yg ini aku menyampah baca.dh macam w'berantai,lpas baca foward.macam fitnah banjir le.tang kata nk dapat duit dari masjid susah,kena pegi isi borang le bagai tu penipu.jangan reka cerita atau orang yg di telepon tu penipu,atau tali barut kristian.
    aku pernah sembang dgnbendahari masjid kt klang le.pasal orang terdesak.memang dia ada pegang cash utk org terdesak.rm50 hinggit utk1 org.memang kna isi nama utk rekod,klu tidak dia plak dikata songlap duit.
    klu dh tkde dea tu usah menipuatau nk fitnah plak.

    ReplyDelete
  11. bagi bukti le,atau nombor telefon brader yg sengkek tu,kita orang nk pakat2 buat colection ni,atau ini cerita kosong.saja2 buat tatapan minda je.
    klu dh tjde modal tutup je blog ni.
    tu,isu balak tu kasi petik hari2.

    ReplyDelete
  12. Asalamualaikum...hanya ingin berkongsi sedikit info.. Kepada sesiapa yg meminati game seperti clash of clans atau hay day boleh download aplikasi whaff reward untuk membantu anda menambah gem,,, hanya perlu ikut step ini.....1.download aplikasi whaff reward....2..apabila sudah download masokkan invite code iaitu AL33196 Dan anda akan menerima 0.30$...3.anda perlu kumpulkan duit tersebut sebanyak 12$ dengan mendownload aplikasi yg direkomendkn ...seterusnya apabila sudah mencapai 12$ ..anda perlu exchange duit tersebut kepada Google play gift card... Dan apabila sudah exchange anda akan medapat no acc untuk membeli gem tersebut,, hanya masuk ke game clash of clans dah pilih 1200 gem,,gem tersebut akan diterima,, Dan anda boleh menggunakannya,, saya sudah berjaya lakukannya,,, bagaimana anda?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!