BODOH PUNYA DAJJAL! HUKUM KARMA:ANTARA SIRUL AZHAR DAN ANWAR IBRAHIM

Apabila seseorang tertuduh didapati bersalah dan perlu membela diri dalam mahkamah, mereka ada beberapa pilihan. Dua antaranya seperti berikut

1.Memberi keterangan membela diri secara BERSUMPAH dari dalam kandang SAKSI dan boleh disoal balas pihak pendakwa.

2. Memberi keterangan membela diri TANPA bersumpah dari dalam kandang TERTUDUH dan TIDAK boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.

Keterangan dgn cara nombor 1 lebih berwibawa. Cara nombor 2 untuk orang yang membohong dan takut. Keterangan yang tidak berwibawa.

Dua kes sebagai contoh;

1. Kes pembunuhan Altantuya – 4 Febuari 2009 Sirul Azhar telah memilih untuk memberi keterangan membela diri dgn cara no 1 seperti di atas. Memberi keterangan BERSUMPAH dari dalam kandang SAKSI.

2. Kes liwat Anwar Ibrahim vs Saiful Bukhari – 22 Ogos 2011,Anwar telah memilih untuk memberi keterangan TIDAK bersumpah dari kandang TERTUDUH dan tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.

Apabila Sirul memilih cara nombor 1 beliau tidak boleh lagi menipu mahkamah. Beliau kena bercakap benar 100 % sepertimana sumpah yang beliau lafazkan. Jika Najib yang suruh maka mereka kena kata Najib. Jika Rosmah yang suruh, maka beliau kena kata Rosmah. Peluang untuk mereka membela diri diberi seluas-luasnya. Adalah satu kerugian jika beliau memilih untuk tidak bersungguh2 membela diri kerana beliau berhadapan dgn tuduhan yang boleh membawa hukuman mati.

Manakala keterangan Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan fakta dan diambilkira oleh mahkamah kerana keengganan dia bersumpah dan disoal balas oleh pendakwa. Keterangan yg tiada kredibiliti. Negara2 komanwel gunapakai undang2 yg sama, iaitu keterangan yg berwibawa atau berkredibiliti adalah cara no 1.

Setelah meneliti balik keterangan Sirul semasa membela diri melalui carian di google, saya dapati tidak ada sebaris ayat atau sepatah perkataan pun yang beliau kaitkan pembunuhan itu dgn Datuk Najib atau isteri. Paling kuat pun melalui keterangannya pada 4 Feb 2009 Sirul berkata seperti berikut, “SAYA SEKADAR KAMBING HITAM” –www.bernama.com 4 feb 2009.

Tetapi tidak dinyatakan dengan lanjut kambing hitam kepada siapa ? Sepatutnya Sirul menggunakan kelebihan yang ada padanya ketika itu untuk menyatakan dgn terus terang apa yang berlaku dan menyebut nama satu persatu orang yang mengambing hitam beliau. Biar semuanya terdedah. Tapi sayangnya Sirul tidak mengambil kesempatan yang terbuka luas itu dan menggunakan kekebalan mahkamah serta sumpahnya sebaik mungkin.

Sekarang sudah terlambat JIKA Sirul hendak mengikut ‘nasihat-nasihat’ drp puak2 Parti Ajaran Sesat agar Sirul mendedahkan perkara itu kepada media Australia. Sebab peluang untuk beliau dedahkan segalanya dengan berwibawa telah terbuka luas sebelum ini.

Setakat ini ibu Sirul telah dicucuk oleh puak2 Parti Ajaran Sesat. Sejauh mana ibunya tahan dgn cucukan itu belum pasti lagi.

Sebagaimana syaitan tidak puas hati selagi tidak menyesatkan umat manusia, begitulah dgn puak2 Parti Ajaran Sesat.Mereka tidak akan puas hati selagi tidak keluar perkataan Najib atau Rosmah yang suruh drp mulut Sirul.

Keterangan Sirul secara bersumpah dalam kandang saksi yang TIDAK menyebut atau mengaitkan sikit pun dengan Najib dan Rosmah, mereka pertikaikan dan racuni permikiran rakyat agar percaya bahawa Najib dan Rosmah yang terlibat. Tapi keterangan rakan mereka yang meliwat yang diberi TANPA bersumpah dari kandang TERTUDUH dan TIDAK boleh disoal balas , dianggap berwibawa dan diberitahu kpd rakyat bahawa rakan mereka tidak meliwat. Itu semua fitnah Umno.

Amalan apakah itu jika bukan amalan syaitan ?

PK: Ini aku ambik dari Facebook. Senang nak faham kan? Aku tak faham kenapa sampai hari ini pakatan yang ketandusan idea terus menerus nak pergunakan semua orang dalam kes altantuya ni? Dari bapak Altantuya yang sduah terang lagi bersuluh kata Najib tidak terlibat hingga la ke mak Sirul pulak sekarang.

Ada baiknya Pakatan tumpukan pada perpecahan dalaman yang sedang merea hadapi sekarang ini. Aku dah naik muak dah dengan cerita Altantuya ni. Dari dulu kita mintak bukti, hinga kini tiada satu kaitan pun dengan Najib. Yang ada hanyalah certa palsu tak masuk akal. Lepas ni pakatan nak guna sapa? Barrack Obama pulak ke? Muahahahahaha

3 Responses to "BODOH PUNYA DAJJAL! HUKUM KARMA:ANTARA SIRUL AZHAR DAN ANWAR IBRAHIM "

  1. Sirul dah tau dia akan ke tali gantung. So, sblm mati, dia nak buat duit sikit utk ahli keluarga dia utk teruskan hidup. Klau dia keluarkan apa2 statement sekalipun, dah tak guna. Sepatutnya dia bersuara dlm mahkamah yg dihadiri oleh semua pihak yg berkepentingan. So, nak buka cerita skrg?? Nak baca skrip mana ye??

    ReplyDelete
  2. Masalah Kelantan tak selesai lagi. Nak cari salah orang yang nak bantu Kelantan...

    ReplyDelete
  3. plz Jangan memecah belahkan bangsa lagi..sekarang admin adalah dajal bermata satu..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!