YAY PM DAH TURUN BERSAMA RAKYAT MENGHADAPI BANJIR BESAR!


PM DENGAR dan telah kembali ke tanahair untuk bersama rakyat yang sedang menghadapi banjir paling buruk setakat ini. Thank you PM

PM bersama MB Kelantan mendengar taklimat banjir di Kota Baharu.  

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
 
SITUASI BANJIR SEMASA
26 DISEMBER 2014

1. Pada 26 Disember 2014, kejadian banjir telah melibatkan enam (6) negeri iaitu  Terengganu, Pahang, Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak .

2. Jumlah pasukan operasi kesihatan dan perubatan adalah sebanyak lima ratus tiga  puluh tiga (533) pasukan iaitu dua ratus tujuh puluh empat (274) perubatan dan dua ratus enam puluh satu (261) pasukan kesihatan yang bertugas untuk menjalankan aktiviti di kawasan semasa banjir.

3. Sehingga pada 26 Disember 2014 seramai  tiga ribu sembilan ratus sembilan belas (3919) mangsa banjir telah diberi rawatan. Pemeriksaan dan rawatan diperolehi daripada pasukan perubatan. Tiada penyakit berjangkit seperti leptospirosis, HFMD, tifoid, measles, denggi atau penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi  berlaku di kalangan mangsa banjir.  

4. KKM juga menjalankan aktiviti pemeriksaan di  pusat  pemindahan bagi mengesan  pembiakan nyamuk, keselamatan dan kualiti makanan, keselamatan mutu air minum dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan.

5. KKM ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir atau yang berisiko banjir hendaklah sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan-arahan pihak yang berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah awal. Ini dapat mengelakkan sebarang kesulitan serta mengelak daripada berlakunya kemalangan dan kehilangan jiwa.   Orang ramai juga dinasihati supaya mengelak makan makanan yang  tidak dimasak dan hanya minum air yang  dimasak atau air botol mineral sahaja. Sila awasi anak-anak supaya tidak bermain air banjir kerana dikhuatiri tercemar dan risiko penyakit berjangkit seperti cirit birit, kolera, tifoid dan leptospirosis.

6. KKM  juga menasihatkan orang ramai terutama mangsa banjir termasuklah golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung , wargatua serta mereka yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan lain-lain yang memerlukan pemeriksaan serta rawatan susulan yang masih berada di pusat pemindahan dan yang telah pulang ke rumah masing-masing hendaklah terus menjaga kebersihan dan kesihatan, sekiranya sakit hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Perhatian perlu diambil untuk mengelakkan kecederaan terutamanya semasa membuat kerja-kerja pembersihan selepas banjir.
 
7. Pada 25 Disember 2014 Pengurusan Tertinggi KKM telah memutuskan supaya pemindahan pesakit kritikal dari Hospital Kuala Krai (HKK) dan penghantaran bekalan diesel ke HKK dilaksanakan segera.  KKM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya memindahkan 4 pesakit dari HKK ke Hospital USM (HUSM) dengan menaiki helikopter ATM pada jam11.50 malam.  Bekalan diesel sebanyak 640 liter  sampai di HKK pada jam 12.00 malam.
 
8. Hari ini 26 Disember 2014, YB Menteri Kesihatan bersama-sama dengan YBhg Datuk Ketua Pengarah Kesihatan telah berlepas ke Hospital Kuala Krai pada jam 4 petang  untuk meninjau keadaan di sana dan turut membawa bersama bantuan makanan, air minum dan ubat-ubatan. YBhg Datuk Ketua Setiausaha KKM juga berada di Kelantan dan menyelaras bantuan yang diperlukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
 
YBhg. Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
26 Disember  2014

2 Responses to "YAY PM DAH TURUN BERSAMA RAKYAT MENGHADAPI BANJIR BESAR!"

  1. Di negara kapir makan babi lakhanat, kalau ditimpa bencana, PM nya akan batalkan segala percutian dan perayaan serta segera pulang untuk menangani krisis tetapi di negara yang sembahyang tunggang tunggit 5 kali sehari sampai dahi hitam serta mulut berbuih-buih baca doa seperti Malaysia, PM nya lepak sakan main golf dengan Obama sambil tersengih-sengih perasan. Macam mana boleh jadi macam tu sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Obama penyokong rejim Israel! PM Najib tak tahu kah?

      Delete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!