TERKINI! MENTERI BESAR KELANTAN TAHU MENGENANG BUDI

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

 بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi saya sempat bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis taklimat banjir di Kelantan yang telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilapangan terbang Sultan Ismail Petra pagi tadi. Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah mengeluarkan arahan agar dipertingkatkan keperluan aset air, udara dan darat dalam usaha membantu serta menyelamat seluruh mangsa banjir di Kelantan. Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam mengurus bencana banjir yang kritikal ini.

Saya mewakili pihak Kerajaan juga turut berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor YAB Haji Mohamed Azmin Ali kerana dengan keprihatinan beliau sanggup turun ke Kelantan menyerahkan sumbangan sebanyak RM 1 juta dan membuat kerahan rasmi akan menghantar jentera khusus bagi operasi membersih pada fasa kedua setelah banjir surut nanti. 

Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di Dun saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah. Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini.

Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh: 4 Rabiul Awwal 1436 / 25 Disember 2014

14 Responses to "TERKINI! MENTERI BESAR KELANTAN TAHU MENGENANG BUDI"

  1. Elehhhh....about time laaa
    .meluat.

    ReplyDelete
  2. Ini kejadian setiap tahun berlaku, tak kan tak boleh rancang dan laksana langkah2 mengatasi, sekurang2nya mengurangkan kesan banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ano...cuba google yengtze river di china,,,,,,banjir setiap tahun korbankan lebih jutaan orang......setiap tahun.............setiap tahun.....dan setiap tahun...bukan china tak buat apa2 tapi manusia sendiri suka ambil risiko kerana selepas banjir pinggir sungai itu subur tanahnya....

      di mesia-kelantan....tahun hadapan sebelum banjir cuba suruh pakcik.sedara.mak.ayah kalian suruh pindah ke pusat pemindahan sementera atau datang kl umah korang diorang nak tak...kompom taknak sbb jawpan klise mana ada banjir....

      banjir bukan berlaku sikit2 dia naik secepat2 nya...kalau ada pengalamanlah...kalau setkat baca komen org di fb pastu komen balik menda sama di sini penat aku je type...

      Delete
    2. maafkan saya tak reply soklan anda....apa langkah2 mengatasi banjir yg difikirkan sesuai???besarkan sungai....dalamkan sungai??????sume lngkah ini ada pro and kons sepeti tahap aras laut dan darat dsb...kalau sungai didalamkan ia perlu dalamkan ke semua hingga ke laut...laut pula ada kiraan tahap aras laut sebelum tindakan boleh diambil

      Delete
    3. Aku meluat pd nik abduh..mana pegi dia nya?

      Delete
  3. 1.laaa!!itukan kerja mereka!!kelantan bukan sebuah negara!!sebuah negeri!!!akai dimana oii!!!
    2.jangan rapat sangat dengan puak-puak tu!!nanti sama-sama dicop puak 10% dan 20%!!
    3.tuuu yang bala silih berganti dimalaysia!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bala banjir paling teruk berlaku di Kelantan , Pas pula yang perintah, tahun ini paling teruk hampir satu kelantan tengelam , tapi saya tak mahu fikir yang karut marut sebab saya percaya pada alquran dan sunah yang sahih.

      Delete
    2. Allah plg murka dgn makhluknya yg angkuh sombong. Iblis dilaknat Allah krn sifat sombong. Macai ngok 8.37pm, aku mntk umh ko kena bncana, then ko ckplh byk2 dn teruskn sifat busuk hati tu, 20% ke ape, org mcm ni layak dicampak dlm sungai. Sptutnya ko kn ckp Krjn PASngok tu berpuluh tahun banjir kelantan awat xbuat persediaan, taklh jd kelam kabut, dh hebat sgt doa Najib pecah perot, bnjir urus sndiri lah.. bebal punye macai

      Delete
    3. 1.pemimpin 10% dan 20%!!bila lihat pemimpin macam tu!!penjawat awam pun 10%!!rakyatpun ikut 10%!!sebab tu hutan ditebas!sungai menjadi cetek!!semuanbya berpunca dari pemimpin 10%!!
      2.budaya 10% pun jadi darah daging!!lahirlah generasi tak ketawan hala!!makan Allah turunkan bala !!satu demi satu!!dari kapal terbang hilang!kena tembak!!dan akhirnya bah paling besar!!
      3.setakat manusia!!ko boleh duga ke taburan hujan yang lebat!!paras aras air laut yang tinggi!!sehebat-hebat Jepun!!hebat dengan persediaan!!musnah jugak dengan tsunami tempohari!!
      4.Bala dari Allah berpunca dari pemimpin yang korupsi!itulah faktanya!!

      Delete
  4. Salam perjuangan tuan,

    Mohon pautkan link blog saya di blog tuan. Saya akan letak link blog tuan juga di.blog saya.

    Link blog : http://sayapejuangbahasa.blogspot.com

    Segala perhatian tuan amat saya hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Masa musibah sepatut semua orang bertaubat, dan berganding tangan, bukan menambahkan doa dengan mengumpat di sana sini, ayat al Quran bukanlah alat untuk menghalalkan dosa, taubat;ah wahai saudara ku sekalian,

    Warna parti bukan wasilah untuk menghalalkan dosa. WALLAH HU A'LAM.






    ReplyDelete
  6. Air dicincang tak akan putus.. Kembali lah saudara saudara ku rapatkan saf ukhwah Muslimin muslimat

    ReplyDelete
  7. Elok bagitau paspussy tu jgn byk sgt reka fitnah. Ketika kejadian lahad datu paspussy buat apa? Dah jadi d negeri mereka sekarang ni nak ckp apa rezki air dari Allah.?? Jika terkena kpd negeri bn yg pegang ckp apa pulak - bala dari Allah.?

    ReplyDelete
  8. ORG SERAMBI MEKAH TAK TAHU QADA DAN QADAR KER?? KALU ALLAH KATA BANJIR BANJIR LAH TAK KIRA DIMANA. AMERIKA YANG BERATUS TAHUN MAJU PUN DILANDA BANJIR. ABIS SKRG NAK BUAT APA.???.DALAM AIR PUN SIBUK BERPOLITIK. SETAKAT NI TAK NAMPAK PUN PEMIMPIN2 BESAR YANG SUKA SANGAT BUAT DOA BALA PADA KERAJAAN KELUAR DARI SARANG. MENGUTUK SAJA KERJA YANG KORANG PAKAR. SEDANG ORANG DARI SELURUH PELUSUK MALAYSIA MENGHULURKAN BANTUAN. MUHASABAH DIRI LAH WEI.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!